Karangan Jenis Peribahasa
1. Peribahasa merangkumi simpulan bahasa ,
perumpamaan , pepatah , dan bidalan.
2. Sebelum menulis karangan jenis ini, anda
perlu memahami maksud peribahasa itu sejelas-jelasnya.
3. Kalau karangan ini ditulis dalam bentuk
cerita, cerita itu hendaklah mempunyai pertalian dengan peribahasa itu.
Sebaik-baiknya, cerita mengandungi nilai-nilai murni.
4. Kalau karangan ini ditulis dalam bentuk
penerangan , maksud peribahasa itu perlu dihuraikan terlebih dahulu. Kemudian
jelaskan fungsi dan kepentingannya di dalam masyarakat.
Biar Lambat Asalkan Selamat
Pengenalan
maksud peribahasa
Perenggan
ke-2 sesetengah orang tidak sabar
dalam sebarang pekerjaan
Perenggan
ke-3 contoh seorang pemandu kenderaan pandu laju kerana mahu cepat sampai ke destinasinya
Perenggan
ke-4 berlaku perkara yang tidak
diingini /menyesal
Penutup peribahasa ini merupakan contoh yang baik
dalam kehidupan sentiasa
selamat kalau mengamalkan peribahasa ini
Peribahasa ‘Biar Lambat Asal Selamat’ membawa maksud sesuatu pekerjaan yang hendak dibuat biarlah dibuat dengan cermat dan berhati-hati supaya pekerjaan itu berhasil dengan baiknya.
Ada setengah-setengah orang tidak mahu sabar dalam membuat sebarang pekerjaan. Mereka mahu segera menyiapkan pekerjaan itu tanpa menghiraukan akibatnya.
Sebagai menghuraikan peribahasa di atas , saya akan mengambil contoh seorang pemandu kenderaan. Pemandu itu memandu kenderaannya dengan laju kerana dia ingin segera sampai ke tempat yang hendak ditujunya. Tanpa disedari, perbuatannya itu berbahaya kepada dirinya sendiri dan juga orang lain.
Sekiranya dalam perjalanan itu, sesuatu perkara yang tidak baik berlaku ke atas dirinya misalnya kemalangan , pemandu itu akan menyesal kerana perbuatannya itu. Ketika itulah dia akan terfikir perkara itu tidak akan terjadi jika dia sabar dan cermat ketika memandu.
Peribahasa di atas adalah satu contoh yang paling baik dalam kehidupan kita seharian. Orang yang selalu mengamalkan peribahasa ini akan sentiasa selamat dalam setiap pekerjaan yang dilakukannya.