Wednesday, 27 March 2013

USAHA TANGGA KEJAYAAN




pesanan bonda
                       Aiman berumur 12 tahun. Dia berasal daripada keluarga yang berada. Dia bersekolah di Sekolah Kebangsaan Morib. Dia belajar di kelas Tahun 6 Jujur.
                       Aiman seorang yang lemah dalam dalam pelajaran. Dia tidak suka belajar dan sering tidak menumpukan perhatian di dalam kelas. Oleh sebab itu, kerja rumahnya tidak pernah selesai.Dia sering dimarahi oleh guru-gurunya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.
                       Dia selalu membuli murid-murid yang lebih kecil darinya. Suatu hari, dia membuli seorang murid di belakang tandas. Ketika itu, Cikgu Amran sedang meronda sekeliling sekolah. Cikgu Amran ternampak Aiman membuli. Beliau terus menangkap Aiman lalu membawanya berjumpa dengan guru besar. Cikgu Amran menceritakan kepada guru besar tentang kejadian itu.
                       Selepas mendengar penerangan Cikgu Amran, guru besar terus menghubungi ibu bapa Aiman. Beliau memberitahu kepada mereka tentang kejadian tersebut. Apabila Aiman pulang ke rumah, dia dimarahi oleh ibu bapanya. Dia berjanji akan insaf dan tidak akan mengulanginya lagi. Sejak dimarahi, dia belajar bersungguh-sungguh dan menyiapkan semua kerja rumahnya. Dia juga tidak lagi membuli murid yang lebih kecil darinya. Peperiksaan UPSR sudah tiba. Aiman menjawab peperiksaan itu dengan bersungguh-sungguh.
                       Apabila keputusan diumumkan, Aiman mendapat 5A dalam UPSR dan dia adalah murid yang mendapat markah tertinggi dalam semua matapelajaran. Dia berterima kasih kepada guru-gurunya kerana telah mengajarnya sehingga mendapat keputusan yang cemerlang. Bak kata pepatah, usaha tangga kejayaan.

peribahasa

Milik Kita Di dunia

SEPERTI kacang lupakan kulit
          Pak Utih sedar dia tidak bersekolah. Hendak berniaga, dia tiada modal. Hendak menjadi tukang rumah, dia tiada kemahiran. Apatah lagi hendak bekerja di jabatan kerajaan. Jadi, hanya buruh kasar pekerjaan yang sesuai untuk orang seperti dirinya.
              Begitupun, Pak Utih bertekad. Dia tidak mahu anak-anaknya menjadi seperti dirinya. Dia mahu melihat anak-anaknya berjaya. Mudah-mudahan, kejayaan mereka nanti dapat meringankan beban yang ditanggung selama ini.
          Saban hari, Pak Utih melakukan pelbagai pekerjaan. Dia sanggup mengambil upah menebas rumput, memanjat pokok kelapa, menanam pokok koko, dan memetik buah sawit semata-mata untuk menyekolahkan Karim dan Salim. Dia sanggup berlapar, dia sanggup tidak bersalin pakaian asalkan anak-anaknya dapat belajar.
          Kini, dia dan isterinya boleh berbangga. Betapa tidak, Karim dan Salim satu-satunyanya anak masyarakat kampungnya yang berjaya ke menara gading.
          Setelah tamat pengajian,Karim dan Salim bekerja di Kuala Lumpur. Gajinya pula cukup lumayan. Jadi, mereka mampu membeli kereta mewah dan rumah banglo. Rupa-rupanya, keseronokan di kota menjadikan mereka lupa diri. Mereka langsung tidak menziarahi ibu bapa mereka di kampung pedalaman.
         Pak Utih betul-betul tidak menyangka bahawa anak-anaknya yang disanjung kini "seperti kacang lupakan kulit". Apabila teringat akan anak-anak itu, air mata mereka bercucuran ke pipi.            

penulisan..... karangan bersambung



Sambung Cerita........Tiba-tiba aku terdengar bunyi sesuatu.

                     Hari sudah jauh malam. Adik-adik aku sudah tidur, namun ibu bapa aku belum juga pulang. Aku menjadi bimbang dan risau.

                     Tiba-tiba aku terdengar bunyi sesuatu. Malam semakin sejuk, hendak lelapkan mata, aku tidak rasa mengantuk. Aku ingin bangun dari tempat tidurku, namun pelbagai andaian bermain dikepalaku. Aku berasa tidak sedap hati.

                     Bunyi itu semakin jelas. Setahuku, jiranku telahpun pulang ke kampungnya. Dari manakah datangnya bunyi itu? Aku memberanikan diri untuk mengintai dari celah pintu. Aku dapat melihat dengan jelas kelibat dua orang pencuri sedang mundar-mandir di dapur rumah jiranku. Aku segera menutup lampu kalau-kalau pergerakkanku diperhatikan.
         
                     Kedua-dua mereka nampak mencurigakan. Mereka berjalan terbongkok-bongkok. Mereka membawa beberapa peralatan rumah ke sudut halaman.

                     Menyedari kejadian itu, aku segera menelefon polis. Tidak lama kemudian, pihak polis pun tiba. Kedua-dua pencuri itu telah ditangkap. Kedua-duanya ialah kumpulan pencuri yang dikehendaki polis.

                     Aku juga terdengar bunyi deruan enjin kereta ayah. Rupa-rupanya ibu dan ayahku telahpun pulang. Aku amat gembira dan berasa lega. Ibu dan ayah tercengang melihat polis berada di kawasan rumah jiranku. Pihak polis mengucapkan terima kasih kepadaku.

                     Ibu dan ayahku tersenyum mendengar cerita itu. Tiba-tiba, ibu datang memelukku. Ibu dan ayah bangga denganku. Aku akan mengingati peristiwa itu sebagai kenangan manis buatku.
                 

Monday, 25 March 2013

Ayat Perintah

Cara-Berpakaian-Bagi-Wanita-Muslim



Ayat Perintah

Ayat perintah ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan arahan. Kata perintah boleh ditambah partikel �lah di belakangnya. 
contoh 
Jangan, Sila, tolong ,Harap ,usah, jemput, Minta 

Contoh ayat 
1. Jangan tolak meja itu ke situ. 
2. Silalah datang ke rumah saya jika ada masa lapang. 
3. Tolong buang sampah ke dalam tong sampah.

kata tanya ????

bersangka baik pada Allah



Kata Tanya

1. Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu. 
2.Kata tanya adalah kata atau perkataan yang digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya. 
3. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel �kah� apabila digunakan di awal ayat tanya. 
4. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat 
5. Partikel �kah� tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat. 

contoh 

a. Apakah benda itu ? 
b. Buku siapakah ini ? 
c. Kenapakah Ahmad gagal dalam ujian itu ? 
d. Bilakah awak akan memulangkan buku saya ? 
e. Engkau ini siapa ? 
f.  Mengapakah baju awak ini basah ? 
g. Apakah nama binatang itu ? 
h. Bagaimanakah rupa hantu ? 
i.  Di dalam kelas itu ada berapa orang murid lelaki ? 
j.  Nelayan itu dari mana ?

kata seru


kata Seru

1. Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya. 
2. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun. 
3. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan. 
4. Contoh kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah seperti yang berikut. 

Kata Seru Penggunaannya Ayat Contoh 
aduh untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum 
1. Aduh, sakitnya tanganku!

2. Aduh, besarnya rumahmu! 

aduhai untuk menyatakan perasaan sedih Aduhai, malang sungguh nasibku! 

ah untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu 
1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah!

2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima! 

amboi/wah untuk menyatakan perasaan hairan atau kagum 
1. Amboi, mahal betul kereta itu!

2. Wah, berani betul budak itu! 

cis/cih untuk menyatakan perasaan marah dan benci 
1. Cis, berani dia menentangku!

2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku ! 

eh untuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut 
1. Eh, kamu sudah sampai!

2. Eh, tadi dia ads di sini! 

hai untuk menegur seseorang atau menarik perhatian 
1. Hai, diamlah sikit!

2. Hai, sudah lama kits tidak bertemu! 


Contoh lain kata seru dan ayat 

Kata Seru maksud Contoh ayat 
wahai menyatakan perasaan sayang atau merayu  Wahai adik ku sayang ! 

amboi menunjukkan perasaan kagum  Amboi, tingginya bangunan KLCC ini ! 

hai  Hai, ke mana kamu menghilang selama ini ! 

nah  Nah, terimalah habuanmu ! 

aduh perasaan sakit  Aduh, sakitnya tanganku ini ! 

wah perasaan hairan  Wah, cantiknya merak ini ! 

ceh  Ceh, usah membantah kata-kataku ini ! 

bedebah marah  Bedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku ! 

cis marah atau jijik Cis, awak rupanya yang menjadi batu api ! 

oh terkejut hairan, gembira atau mengharap Oh, itu rupanya rumah kamu !

Oh, Tuhan, ampunilah dosa-dosaku ! 

eh hairan Eh, bila ia terjadi ! 

syabas gembira, puas, memuji atau ucap tahniah Syabas, awak berjaya juga akhirnya !

alahai menghina Alahai, itu pun awak tak boleh buat ! 

alamak terkejut Alamak, sudah pukul 8.00 pagi ! 

ha hairan Ha, budak itu yang menang ! 

Ya-Allah terkejut Ya-Allah, apa akan berlaku nanti ! 

Masya- Allah hairan atau marah Masya-Allah, sanggup dia melakukan perbuatan biadap itu !

kena uji lagi......



latihan - kata nama

LATIH TUBI TATABAHASA : KATA NAMA
KATA NAMA

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Dalam cerita-cerita zaman dahulu, Sang Kancil ialah seekor __________ yang pintar.
A orang B haiwan C makhluk D ternakan

2 Kebanyakan penduduk di Kampung Merbau bersawah ___________.
A kelapa sawit B bunga C getah D padi

3 Banyak makan __________ bererti banyak pengalaman hidup.
A hati B ubat C gula D garam

4 __________ ialah hasil kraf tangan Malaysia yang diminati oleh para pelancong.
A Batik B Dodol C Gamelan D Tarian Inang

5 __________ Puan Suziana yang kemas dan cantik itu menarik perhatian saya.
A Nyanyian B Masakan C Pakaian D Tarian

6 __________ itu terlalu kacak jika dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain.
A Gadis B Wanita C Pemudi D Pemuda

7 Pakaiannya yang celorong-celoreng itu menampakkan dia seorang __________.
A doktor B perwira C mekanik D pemandu

8 Mereka selalunya bermesyuarat di __________.
A bilik gerakan B bilik bacaan C bilik stor D bilik air

9 Sebahagian __________ tingkap rumah Nenek Mah telah reput.
A sumpah-sumpah B angkut-angkut C kisi-kisi D api-api

10 Mak Leha sedang menuang air ke dalam __________ itu.
A labu-labu B kisi-kisi C dekak-dekak D kuda-kuda

11 __________ cemerlang itu terpilih untuk menyambung pelajaran ke Jepun.
A Budak-budak B Kanak-kanak C Lelaki-lelaki D Pelajar-pelajar

12 __________ di lembah itu sangat sesuai untuk tanaman padi.
A Batu-batan B Tanah-tanih C Bukit-bukau D Kayu-kayan

13 Meja kayu jati yang antik itu diletakkan di __________ ruang tamu.
A dalam B bawah C tengah D atas

14 __________ yang telah busuk itu dibuang ke dalam tong sampah.
A Buah-buah B Buku-buku C Bekas-bekas D Barang-barang

15 Setiap petang, adik Lela bermain buaian dengan kawan-kawannya di _________pokok rambutan.
A tepi B atas C bawah D belakang

16 Cikgu Rozita merupakan bekas ________di Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Melaka.
A murid B pelatih C pelajar D mahasiswa

17 __________ kelapa yang sudah berkaparan di tepi pantai itu.
A Daun B Batang C Pelepah D Mayang

18 Posmen itu menyerahkan sepucuk __________ kepada Pak Cik Kassim.
A poskad B majalah C surat khabar D surat berdaftar

19 Pak Meon menghalau sekumpulan __________ yang masuk ke dalam kebunnya.
A Arnab B Kucing C kambing D kura-kura

20 Encik Salleh berasa bangga apabila memandu kereta Ptoton buatan __________.
A Malaysia B Korea C Jepun D China

21 Pada hari __________ yang lalu, Farid dan abangnya menunaikan solat di Masjid al-Falah di kampung mereka.
A Isnin B Rabu C Ahad D Jumaat

22 Orang ramai berkumpul di __________ itu untuk mendengar ceramah keibubapaan yang disampaikan oleh Dato. Dr. Fadzillah Kamsah.
A kedai B rumah C dewan D masjid

23 Kaum ______diingatkan supaya tidak terpedaya dengan jualan murah .
A gadis B isteri C betina D wanita

24 Pembinaan tukun tiruan di perairan negara ini telah berjaya menambahkan hasil tangkapan __________.
A pesawah B penoreh C nelayan D petani

25 Kita sebagai __________ Malaysia hendaklah menghormati undang-undang negara.
A pelancong B pendatang C rakyat D murid

26 Sofea dihadiahi ayahnya sebuah __________ kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR tahun lalu.
A motosikal B basikal C kereta D beca

27 Berbagai-bagai kemudahan disediakan oleh kerajaan untuk menjadikan Lata Ulu Kenas sebagai pusat __________.
A perkhemahan B pelancongan C petempatan D perkampungan

28 Walaupun Suraya dan Tania bukan adik-beradik tetapi _______________ sangat rapat seperti isi dengan kuku.
A dia B kita C kami D mereka

29 Kemalangan yang berlaku di bawah ____________itu menyebabkan kesessakanlalu lintas.
A jejantas B jambatan C lapangan D bangunan

30 Haziq merupakan satu-satunya __________ yang berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia.
A dekan B pelajar C professor D pensyarah

31 Ketibaan tetamu kehormat di majlis itu telah diumumkan oleh _________ dengan suara yang lantang.
A juruulas B juruacara C jurucakap D juruhebah

32 Penduduk Kampung Sira bergotong-royong membaiki __________ yang rosak itu.
A jambatan B jejambat C jejantas D jejari

33 Tiang telefon di hadapan rumah Elena condong akibat dipukul __________ semalam.
A rebut B hujan C angin D panas

34 Puan Rosnah dikejarkan ke __________ kerana darah di kakinya tidak berhenti mengalir.
A pasar B pejabat C hospital D bengkel

35 __________ itu tersenyum manis sambil menghidangkan minuman kepada penumpang.
A Seniwati B Pramugari C Pramugara D Peragawati

36 Mahasiswa dan mahasiswi di __________ diingatkan supaya menumpukan perhatian semasa mengikuti kuliah.
A university B sekolah C tadika D kolej

37 Kuiz itu diadakan untuk menguji kecekapan __________ dalam mata pelajaran Matematik.
A ibu B adik C kakak D pelajar

38 __________ yang dijual di kedai Kak Som itu segar-segar belaka kerana baru dipetik.
A Kuih B Lauk C Sayur D Barang

39 _________ polis itu sedang menyampaikan taklimat tentang kes rompakan kedai emas yang berlaku di Kedai Emas Fung Keong kepada pihak media.
A Juruacara B Jurucakap C Juruhebah D Jurumaklum

40 Penyokong-penyokong pasukan bola sepak Perak melonjak __________ apabila Khalid Jamlus menjaringkan gol kemenangan.
A lompatan B kemeriahan C kesenangan D kegembiraan

41 Semua penyertaan pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia hendaklah menggunakan__________ rasmi.
A surat B kertas C boring D lembaran kerja

42 Pada zaman dahulu, raja dengan permaisurinya yang sangat jelita akan tinggal di sebuah_________ yang cantik.
A singgahsana B mahligai C peterana D takhta

43 Pengguna-pengguna jalan raya dinasihatkan supaya menjaga __________ diri semasa memandu di lebuh raya yang sedang dalam penyelenggaraan itu.
A kesejahteraan B kebahagiaan C keselamatan D kebaikan

44 __________ yang digantung itu bertujuan untuk menakut-nakutkan burung yang memakan padi di sawah itu.
A Kuda-kuda B Pagar-pagar C Orang-orangan D Siku-siku

45 Stesen KL Sentral dipenuhi oleh __________ manusia yang berebut-rebut hendak pulang ke kampung untuk merayakan Hari Raya Aidilfitri.
A lautan B ribuan C barisan D susunan

46 Encik Jafri sedang memasang sebuah __________ di bilik tidurnya kerana cuaca terlalu panas.
A penghawa dingin B pendingin hawa C hawa pendingin D hawa dingin

47 Jika kita ingin mendapatkan sebarang maklumat tentang sesuatu, rujuklah pegawai yang bertugas di __________ itu.
A kaunter jawapan B kaunter hadapan C kaunter maklumat D kaunter pertanyaan

48 Perkembangan industri pelancongan akan menawarkan peluang __________ kepada rakyat negara ini.
A lawatan B pelajaran C kewangan D pekerjaan

49 Kerajaan negeri bercadang untuk membina sebuah __________ bagi memudahkan para pengkaji bintang.
A balai cerap B balai besar C balairung seri D balai bertingkat

50 Seramai lima orang murid miskin di sekolah ini akan menerima ___________ pakaian seragam sekolah sumbangan daripada PIBG.
A pendermaan B pemberian C anugerah D bantuan

51 Ayah dan ibu Sarah suka membeli belah di __________ kerana barangan yang dijual di sana murah harganya.
A kedai runcit bebas cukai B kedai bunga
C kedai kasut D kedai buku

52 __________ ialah Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Beliau digelar Bapa Pembangunan.
A Tun Abdul Razak B Tunku Abdul Rahman
C Tun Mahathir MohamadD D Dato. Abdullah Haji Ahmad Badawi

53 Pada musim tengkujuh, para nelayan menghabiskan masa dengan membubul__________.
A bubu B joran C pukat D perangkap

54 Ketibaan YAB Dato. Najib di majlis itu disambut oleh beberapa orang __________.
A kenalan B kedutaan C kenamaan D keutamaan

55 Azhan mengikuti pengajian dalam bidang __________ di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
A pelajaran B pertanian C perubatan D pendidikan

56 Buku __________ harian saya tertinggal di atas meja di bilik guru.
A tulisan B catatan C lembaran D ringkasan

57 Semua rakyat di negara ini hendaklah menghargai sumbangan para __________kemerdekaan tanah air.
A pejuang B pembela C penjajah D penjenayah

58 __________ pendatang tanpa izin ke negara ini telah menimbulkan pelbagai masalah sosial yang serius.
A Ketibaan B Kehadiran C Kedatangan D Kemasukan

59 Azua dan Latifah merupakan rakan __________ semasa mereka tinggal berjiran di Taman Sentosa.
A sepermainan B seperjuangan C persekolahan D perkongsian

60 __________ di tepi pantai pada waktu senja sungguh mengasyikkan dan mempesonakan.
A Pemandangan B Peristiwa C Keadaan D Situasi


masa untuk menguji anda


Jom-beramal-soleh



latihan - kata kerja

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
Latihan kata kerja…


1 Amir ________kesakitan apabila doktor mencuci lukanya.
A merintih B mengeluh C mengenang D mengerang

2 Badan Nabilah__________kerana ketakutan.
A menggeliat B menggeletar C menggelupur D menggelepar

3 Pengemis itu ___________oleh pekerja restoran tersebut.
A dihalang B dibuang C dihalau D ditindas

4 Mak Cik Hasnah sedang ___________bawang di dapur.
A menumbuk B mengetuk C memukul D memalu

5 Ibu ____________kelapa untuk mendapatkan santannya.
A memicit B melenyek C memerah D menindih

6 Anak ayam lari bertempiaran apabila seekor helang cuba ____________.
A merenggut B menyambar C merampas D mengambil

7 Persatuan Seni Lukis Sekolah Kebangsaan Seri Langkap akan ______pameran lukisan.
A melaksanakan B menjalankan C mengadakan D melahirkan

8 Kampung Berlian dan Kampung Permata _________oleh sebatang sungai.
A terbelah B terpisah C terpecah D terbahagi

9 Ular sawa itu __________ seekor kambing.
A melulur B meneguk C mengunyah D menghisap

10 Sebelum sesuatu aktiviti dijalankan kita perlulah _________nya terlebih dahulu.
A merancang B menimbang C melaksana D melihat

11 Lilian ....buku cerita yang dipinjamnya kepada Tan.
A memberikan B menyerahkan
C memulangkan D menghulurkan

12 Peniaga itu ......keuntungan dengan mengenakan harga jualan yang tinggi kepada pelanggan-pelanggannya.
A meraih B mencapai
C mengumpul D mengais

13 Mulut adik .....semasa mendengar cerita yang disampaikan oleh nenek.
A tertutup B tersengih C terlopong D terkatup

14 Fauzan .....kedatangan Encik Azam ke rumahnya dengan ramah.
A menunggu B menyambut C mengajak D menanti

15 Banduan itu terpaksa .....di penjara selama lima tahun akibat kesalahan mencuri.
A menetap B menginap C meringkuk D menumpang

16 Syarikat Tonggak Maju mampu.....projek kerajaan yang menelan belanja berjuta-juta ringgit.
A menganjurkan B melaksanakan C meningkatkan D mengadakan

17 Adik .....kerana memakai kasut tumit tinggi ibu.
A terjatuh B tertimpa C terhantuk D terhempas

18 Elina .....perca-perca kain itu pada selimut yang koyak.
A melekatkan B menampalkan C mencantumkan D meletakkan

19 Sang Kancil yang cerdik itu berjaya ......sungai yang dalam dengan tipu helahnya.
A melepasi B melangkahi C mengharungi D menyeberangi

20 Lidahnya melecur kerana .....air yang masih panas itu.
A terhisap B tertelan C tersedut D terhirup


21 Bekalan air di kawasan kami sering___________ .
A terkandas B terganggu C terpotong D terhalang

22 Chong Ming __________ sebaik-baik sahaja dia terjaga daripada tidur.
A mendengkur B mendepang C menggeliat D menganga

23 Murid-murid Tahun Enam Mawar ketawa berdekah-dekah apabila mendengar celoteh
guru kelas mereka yang __________ hati.
A menggeletek B menyentuh C menggores D mencuit

24 Setelah menanak nasi, ibu ________ ikan senangin untuk dimasak kari.
A menghiris B menyiang C mencincang D menyiat

25 Kenny jatuh terduduk apabila __________ kulit pisang.
A terpijak B terpegang C tersentuh D terlangkah

26Anggota polis trafik akan ___________ pemandu yang melanggar undang-undang jalan raya.
A mendenda B memarahi C menyaman D menasihati

27Pak Long Ahmad tidak berselera ___________ nasi walaupun sesuap kerana dia demam.
A menjamah B menyuap C mencubit D menelan

28 Penunggang motosikal itu telah _________ rantai leher wanita itu.
A menyinggung B menyambar C merenggut D merampas

29 Hasil eksperimen itu akan _________ dalam kumpulan masing-masing terlebih dahulu
sebelum diserahkan kepada beliau.
A diumumkan B dinyatakan
C dibahaskan D dibincangkan

30 Rosman __________ jalanya ke dalam anak sungai itu.
A membalingkan B melemparkan
C menebarkan D mencampakkan

31 Puan Sarifah _____air mawar di pusara suaminya yang terkorban akibat kemalangan jalan raya.
A merenjis B menyiram C menyimbah D menuangkan

32 Laksamana Hang Tuah ________perut pahlawan Majapahit itu dengan sebilah keris.
A menjolok B mencocok C mencucuk D merodok

33 Alia duduk ___________dengan santunnya sambil melayan tetamunya.
A bersila B berlunjur C bersimpuh D bertinggung

34 Cucu Pak Leman _____________ kaki datuk mereka yang lenguh-lenguh itu.
A memicit-micit B menekan-nekan
C menepuk-nepuk D menggenggam-genggam

35 Ibu bapa perlu _________anak-anak mereka supaya berjaya dalam hidup.
A membimbing B memandu C mengajar D mengawasi

36 Puan Leong ________kejadian kecurian di rumahnya kepada kawan-kawannya.
A menceritakan B mengadu C meracau D meleter

37 Tukang kayu itu sedang ________mata gergaji dengan pengikir.
A mengikis B mengikir C mengasah D mengilat

38 Hati Puteri Nur Ashikin _____apabila mendengar kisah sedih yang menimpa pemuda malang itu.
A terdiam B tercalar C tersayat D tersentuh

39 Kita perlu berusaha gigih sejak dari awal tahun lagi untuk _________keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR.
A memiliki B mendapati C mempunyai D memperoleh

40 Pendekar Harimau Berantai __________sebilah keris pada pinggangnya.
A melekat B menyisip C membubuh D menyangkut



41Sebagai pengurus syarikat, Puan Nelly sentiasa __________ pakaian yang kemas dan berjenama untuk __________ imejnya
A melaram ... mengekalkan B menyarung ... melonjakkan
C memakai ... menghangatkan D menampilkan ... menaikkan

42 Kak Wan mengeluarkan pai ayam yang telah _________ nya dari ketuhar.
A dibakar B disalai C didiang D dikukus

43 Normila menjerit ketakutan apabila terlihat seekor lipan sedang __________ di atas tilam.
A merayap B menjalar C memanjat D menyelinap

44Jabatan Meteorologi ___________ bahawa hujan lebat akan melanda
kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia.
A memaklumkan B memberitahu C meramalkan D melaporkan

45Semua murid di dalam kelas Enam Bestari __________ untuk mendapat 5A
dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah.
A berebut B bersaing C berjuang D berlawan

46Syarikat Seri Maju berhasrat untuk meneruskan pembinaan projek perumahan yang ______ itu.
A terhenti B terbantut
C terkandas D terbengkalai

47 Hafizi __________ badan adiknya sehingga dia ketawa terbahak-bahak.
A menggeletek B menggeletar C menggelepar D menggeliat

48 Adunan gula dan mentega itu __________ setelah dipukul dengan alat pemukul elektrik.
A mengembang B menguncup C menebal D menipis

49 Cikgu memarahinya kerana ____________ dinding tandas itu.
A menconteng B mengelap C menyapu D mencalit

50Kerajaan Terengganu menjadikan aktiviti ___________ sotong sebagai salah
satu aktiviti yang dapat menarik pelancong asing.
A menjala B memukat C mencandat D memancing


Saturday, 23 March 2013

anak murid cikgu,kamu baca dan faham yang ni dulu ya





AGAK banyak yang cuba cikgu kamu bekalkan untuk cuti ni 23/3/2013 hingga 31/3/2013.Jika ada ejaan yang tersalah.... maklumkan kepada cikgu kamu bila sekolah dibuka semula 1/4/2013

kata hubung





Kata Hubung

1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat. 

2. Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu: 
(a) kata hubung gabungan, 
(b) kata hubung pancangan, 
(c) kata hubung berpasangan. 

3. Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan/gabungan serta penggunaannya adalah seperti yang berikut: 

Kata Hubung Gabungan / Pancangan 
Contoh Ayat Contoh 

agar. Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.

apabila. Mukanya pucat apabila disoal. 

atau. Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana. 

bahawa Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.

dan Leela dan Siu Lan berjiran. 

hingga Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam. 

Jika Saya berpayung jika hujan. 

Jikalau Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan. 

kecuali Semua murid hadir kecuali Gopal. 

kerana Aini menangis kerana terlalu sedih. 

lalu Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon. 

manakala Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor. 

sambil Zalifah bernyanyi sambil menari. 

serta Zahid serta abangnya menonton wayang. 

semenjak Saya berkawan dengannya semenjak kecil. 

sementara Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat. 

sungguhpun Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari. 

supaya Belajarlah bersungguh-sungguh supaya pandai. 

walaupun Walaupun letih, diselesaikannya jugs kerja itu. 

tetapi Badannya besar tetapi penakut. 

Kata Hubung Berpasangan 

Contoh Ayat Contoh 

Baik - mahupun Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong membersihkan balai raya itu. 

Baik- baik Baik Daud baik adiknya sama-sama pintar. 
bukan sahaja malah Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah. 

entah- entah Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak. 

Jangan - pun Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada. 
Kian - kian Kian lama kian banyak orang yang ke sana. 

Sama ada - ataupun Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke Sekolah. 

sedangkan...inikan pula Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut.

Semakin -semakin Encik Husin semakin kaya semakin pemurah. 

sungguhpun...tetapi Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari. 

walaupun...namun Walaupun cacat namun Guan rajin berusaha. 

2. Contoh kata hubung dalam bentuk Akar 

dan, hingga, lalu, ketika, dengan, yang, tetapi, jika, 
kerana, serta, kalau, kemudian, demikian, walhal, walau, agar 
atau, demi, supaya 

3. Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan. 

semasa, sementara, seharusnya, andaikata, 
semoga, seketika, sebaliknya, sedangkan, 
setelah, sesungguhnya, walaupun, itupun, 
sewaktu, seandainya, meskipun, sekalipun, 
mudah, mudahan, moga-moga, jikalau, bagaimanapun,
padahal 

contoh ayat 
1. menggabungkan dua ayat 
Azhar dan Malek pergi ke Pulau Pinang. 


2. Menggabungkan dua rangkai kata 
Kita boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau kapal laut.

3. Menggabungkan ayat-ayat 
Negara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi rakyatnya masih miskin dan menderita.
Back to top Go down

kata adjektif

Cara-Berpakaian-Bagi-Wanita-Muslim



Ayat Perintah

Ayat perintah ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan arahan. Kata perintah boleh ditambah partikel �lah di belakangnya. 
contoh 
Jangan, Sila, tolong ,Harap ,usah, jemput, Minta 

Contoh ayat 
1. Jangan tolak meja itu ke situ. 
2. Silalah datang ke rumah saya jika ada masa lapang. 
3. Tolong buang sampah ke dalam tong sampah.

kata kerja


Tiada kasut


KATA KERJA

Kata kerja terbahagi kepada : 

A. Kata Kerja Transitif ( Perbuatan Melampau ) 
B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau ) 

A. Kata Kerja Transitif 


1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ). 
2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek ) 
3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan �me-� sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan. 

1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama. 
Contohnya: Atan mendengar radio. 
mendengar ialah kata kerja transitif 
radio ialah objek (kata nama) 

Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan. Contohnya: 
Contoh ayat : 
1. Kucing itu menangkap seekor burung. 
2. perempuan itu menjual sayur. 
3. Bapa sedang menulis surat. 

Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut. 

Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut. 

Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat atau penyambut. 

(a) Pak Abu menjala ikan. 
(b) Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu. 
(c) "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung. 
(d) Jangan suka memperdaya orang yang bodoh. 
(e) Untuk memperbaiki mutu lakonan anda perlu selalu berlatih. 
(f) Pihak polis mempertemukan ibu itu dengan anaknya. 

Subjek ( pembuat )
Kata kerja transitif
penyambut ( Objek )

Dia suka
membaca
buku

Jamilah
memukul
seekor ular

Abidin
menjual
kuih-muih

Ramli
berjalan
ke sekolah

Kereta itu
melanggar
seekor lembu


B. Kata Kerja Tak Transitif 

Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.

Contohnya :: 
1. Mereka berjalan pada hari cuti. 
2. Anjing itu sedang tidur. 
3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.

Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.

Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.

Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.

Subjek ( pembuat ) Kata kerja tak Transitif keterangan

Kami mandi di tasek itu. 
Dia senyum semasa berjalan 
Saya menyanyi dengan kuat 
Hassan berjalan ke sekolah 

 Kata Kerja aktif

1. Kata kerja aktif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.

2. Kata kerja aktif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber, men, ter, ber... an, dan ber...kan.

 Contohnya:
 (a) Ravi belum datang lagi.
 (b) Murid-murid sedang belajar.
 (c) Sungai itu mengalir deras.

Peringatan 

Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah �kan� atau � i� di hujungnya. 

Contoh ayat: 
1. Mereka menjalankan jentera itu. 
2. Emak sedang menidurkan adik. 
3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori. 
4. Halim mengikuti perbualan mereka. 
5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.
 Kata Kerja Pasif 

1. Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak berawalan men. 
Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.

2. Ada tiga jenis kata kerja pasif.

 (a) kata kerja pasif diri pertama
 (b) kata kerja pasif diri kedua
 (c) kata kerja pasif diri ketiga

3. Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku-. 
Contohnya: kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan.

4. Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan ka-. 
Contohnya: kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan kaupersilakan.
5. Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di-. 
Contohnya: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan

Back to top Go down

kata ganti nama






Kata Ganti Nama



Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA. 
Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Ganti nama Umum, Ganti nama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Ganti nama Sendi.

Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang 

2. Kata ganti diri terdiri daripada: 
(a)kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga); 
(b)kata ganti diri singkat; 
(c) kata ganti tanya; 
(d) kata ganti tempat; dan 
(e) kata ganti tak tentu. 

Gantinama Diri

Kata Ganti Diri Pertama 


1. Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap. 
2. Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak. 
Kata Ganti Diri Pertama
Penggunaannya

aku (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau dengan Tuhan

saya (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenal atau dalam suasana rasmi

hamba (tunggal)
digunakan pada diri sendiri pada zaman dahulu

patik (tunggal)
digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja atau sultan

beta (tunggal)
digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada rakyat

kami (jamak)
digunakan kepada diri orang yang berkata serta temannya apabila bercakap dengan orang kedua

kita (jamak)
digunakan kepada diri sendiri dan menyertakan diri orang kedua


Gantinama Diri Bilangan Tunggal dan Bilangan Banyak 
Bentuk
contoh kata nama diri pertama

tunggal
beta, patik, aku, saya

jamak
kita, kami, kita orang


Kata ganti nama Diri Kedua 


Kata ganti diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang. 
Kata ganti ini boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak seperti berikut : 
Bentuk
contoh kata Ganti Diri kedua

Tunggal
tuanku, wak, kamu, anda, engkau

Jamak
kalian

Kata Ganti Diri Kedua
Penggunaannya

anda (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita

awak (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita

engkau (tunggal)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan juga

tuanku (tunggal)
digunakan apabila bercakap dengan sultan dan raja

kalian (jamak)
digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap

kamu (tunggal dan jamak)
digunakan untuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita


Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri kedua 
1. Awak pekerja yang patuh 
2. Kamu semua adalah murid yang baik 
3. Guru mencari engkau. 
4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti. 
5. Tunku akan bersiram sekejab lagi. 

Kata Ganti diri ketiga 


kata ganti diri ketiga ialah bagi merujuk kepada orang ketiga,kata-kata seperti 
mereka, beliau, baginda hendaklah digunakan. 
Kata ganti diri ketiga boleh dipecahkan kepada dua bentuk. 
Bentuk
Contoh kata ganti diri ketiga

tunggal
ia, dia, beliau, baginda

jamak
mereka

Kata Ganti Diri Ketiga
Penggunaannya

baginda (tunggal)
digunakan untuk raja dan sultan

beliau (tunggal
digunakan untuk orang yang kita hormati, misalnya 
ibu bapa, guru, dan pemimpin

dia dan ia (tunggal)
digunakan untuk orang yang umum seperti orang biasa dan rakan

mereka (jamak)
digunakan untuk orang yang bilangannya lebih daripada seorang


Contoh ayat yang menggunakan kata ganti diri ketiga. 
1. Dia pegawai pendiaikan 
2. Mereka itu orang India. 
3. Beliau banyak membantu penduduk di situ. 
4. Ia diburu oleh pihak polis. 
5. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana. 
6. Dia menolong bapanya. 
7 "Sekiranya dada halangan, ��. akan berangkat esok pagi ,� kepada bendahara. 
8 "Sertailah peraduan ini. berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang lumayan," kata pengacara itu. 
9 Wakil rakyat akan merasmikan mesyuarat itu 2 jam lagi. 
10 " tunggu di sini. Biar kusiasat perkara itu dahulu," kata Bagok kepada pengikut-pengikutnya. 

Ringkasan 
Kata Ganti Nama Diri
Tunggal
Bilangan Banyak / Jamak

Diri Pertama
( Orang yang bercakap )
aku
saya
patik
hamba
kami
kita

Diri Kedua
( Orang yang dilawan bercakap )
awak
kamu
engkau
encik
cik
saudara
saudari
tuan
puan
anda
tuanku
awak semua
kamu semua
saudara sekalian
saudari sekalian
encik-encik
cik-cik
tuan-tuan
puan-puan
anda semua
kalian

Diri Ketiga
( Orang yang diceritakan halnya)
dia
ia
nya
beliau
baginda
mereka


Kata Ganti Tanya 
1. Kata ganti tanya ialah perbuatan untuk menggantikan nama benda, orang, tempat, 
masa, bilangan dan hal dengan maksud pertanyaan. 
2. Kata ganti nama pertanyaan ditambah �kah� dan tanda soal. 
3. Digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya. 
Benda
Orang
Tempat
Masa
Hal
Bilangan

apakah
siapakah
manakah
bilakah
bagaimanakah 
kenapakah 
mengapakah berapakah

Kata Ganti Nama
Penggunaannya

apa
digunakan untuk menanyakan nama benda atau bilangan

siapa
digunakan untuk menanyakan orang atau nama orang

mana
digunakan untuk menanyakan orang, binatang, benda, dan tempat


Contoh ayat 
1. Bilakah engkau pergi ke bandar ? 
2. Mengapakah kamu tidak datang semalam ? 
3. Murid-murid di dewan itu berapa orang ? 
4. Nama pokok itu apa ? 
5. Pemuda kacak itu siapa ? 

Kata Ganti Tempat

1. Kata ganti tempat digunakan untuk mengganti nama tempat. 
2. Contoh kata ganti tempat dan penggunaannya adalah seperti yang berikut: 
Kata Ganti Tempat
Penggunaannya

sana
digunakan untuk tempat yang dianggap jauh

sini
digunakan untuk tempat yang dekat dengan orang
yang bercakap

situ
digunakan untuk tempat yang agak jauh, tetapi tidak
sejauh sana

Benda, orang, Binatang
ini, itu

Tempat sini ( Digunakan bagi tempat yang hampir / dekat dengan penutur) 
sana ( Digunakan bagi tempat yang dianggap jauh) 
situ ( Digunakan bagi tempat yang tidak begitu jauh) 

Keadaan
begini, begitu, demikian


contoh ayat 
1. Ini langsat. 
2. Itu kucing. 
3. Pokok itu rendah sahaja. 
4. Kereta Proton Wira ini cantik. 

Kata Ganti Umum / Tak Tentu 

Kata ganti umum/ tak tentu ini wujud daripada penggandaan kata ganti tanya 
seperti apa, siapa, dan mana. Siapa-siapa boleh bertukar sesiapa. 
Kata ganti umum ini digunakan dalam ayat penyata dan ayat perintah sahaja. 

Kata Ganti Nama Penunjuk 


Perkataan yang digunakan untuk menunjuk sesuatu benda, orang, tempat dan cara. 

1. Kata itu dan ini disebut sebagai kata ganti tunjuk 
2. Fungsi kata ganti tunjuk adalah sebagai: 
(a) subjek dan letaknya di depan kata nama. Contohnya: 
i. Ini komputer. 
ii. Itu rumah Sally. 
(b) penentu dan letaknya di belakang kata nama. Contohnya: 
i. Kotak ini berat. 
ii. Saya belajar di sekolah itu. 

Kata Ganti tak tentu.

1. Kata ganti tak tentu menunjukkan sesuatu atau seseorang secara tidak tentu 
2. Contoh kata ganti tak tentu serta penggunaannya adalah seperti yang berikut: 
Kata Ganti Umum / Tak Tentu Ayat-ayat contoh

apa-apa
1. Entah apa-apa yang dibawanya 
2. Azman tidak berkata apa-apa setelah dimarahi gurunya. 

Siapa-siapa
1. Tidak ada siapa-siapa dalam bangunan itu.
2. Siapa-siapa saja boleh menyaksikan pertunjukan itu.

Mana-mana
1. Jangan ke mana-mana , duduklah di sini sahaja. 
2. Pilihlah mana-mana pakaian yang awak suka. 

Kata Ganti Tak Tentu 


sapa-sapa 
mana-mana, masing-masing, 
seseorang,dan sesuatu 
siapa-siapa atau sesiapa Penggunaannya 
digunakan untuk benda atau hal yang tidak tentu 
digunakan untuk tempat atau benda yang tidak tentu 
digunakan untuk

Back to top Go down