Thursday, 28 May 2015

Surat menyurat

Karangan jenis surat kiriman tidak rasmi.

Pengenalan.
*Surat krirman jenis ini biasanya dihantar kepada ahli keluarga ataupun sahabat dan isinya membicarakan hal-hal yang tidak formal.

*Alamat ditulis dibahagian atas sebelah kanan.

*Tarikh ditulis dibawah alamat. Kemudian dibubuh tanda noktah. Tarikh boleh ditulis dengan huruf kecil atau besar. Cara menulis tarikh yang betul, iaitu 25 Februari 2015. Cara yang salah ialah 25/5/2015, 25-5-2015 dan 25hb. Februari 2015.

*Untuk memulakan penulisan, langkau sebaris.

*Mulakan menulis surat dengan bertanyakan khabar dan menyatakan kesihatan diri dan keluarga.

*Jika membalas surat, sebelum menyatakan tujuan menulis, terlebih dahulu perlu menjawab pertanyaan yang dikemukakan dalam surat yang diterima.

*Gunakan panggilan mengikut usia seperti nenda, ayahanda, ibunda/bonda, kakanda/kanda, adinda, anakanda, cucunda, saudara/saudari untuk kawan. Elakkan menggunakan ganti nama aku, awak ataupun kamu.

*Bahasa yang digunakan mesti difahami oleh penerima.

*Akhiri surat dengan salam, penghargaan, terima kasih, dan menyatakan keinginan untuk berutus surat lagi.

*Tandatangan diletak di bahagian bawah sebelah kanan surat, iaitu selepas menulis pengakuan pengirim – Yang benar, Sahabatmu, dan lain-lain.

*Jika dibahagian atas sudah diletakkan nama, tidak perlu lagi menulis nama di bawah tandatangan. Nama boleh ditulis dengan huruf kecil atau besar.

*Alamat sudah dianggap sebagai pendahuluan. Ungkapan “Sahabatmu” (sebagai contoh), tandatangan dan nama pengirim dianggap penutup. Murid perlu mencari empat idea lagi dan ditulis dalam empat perenggan.. namun, jika murid ingin menulis pendahuluan dan penutup, yang menjadikan seseluruhan enam perenggan, ini tidak akan menambah atau mengurangkan markah, Cuma boleh mencantikkan lagi bentuk penulisan.

Format permakahan.
*Tanpa alamat pengirim                                                                               
 (ditolak ½ markah)

*Tanpa menghadap surat                                                       
 (ditolak ½ markah)

*Tanpa tarikh                                          
 (ditolak ½ markah)

*Tanpa penegas surat         
(ditolak ½ markah)

*Tanpa penutup (Sekian, terima kasih)     
 (ditolak ½ markah)

*Tanpa tandatangan/salah letak         
 (ditolak ½ markah)

Contoh 1.

Kamu baru sahaja menerima surat dari kawan kamu. Dalam surat yang kamu terima, kawan kamu itu ingin tahu tentang sambutan Hari Guru di sekolah kamu. Balas surat kawan kamu itu.
Rangka karangan.
Pendahuluan
Menemui sahabat di Melaka.
-Diri dalam keadaan sihat,
-Diharapkan kawan lebih sihat lagi.

Idea
1)Menghargai surat yang lalu.
-Hari guru begitu meriah.
-Perbagai acara diadakan.

2)Acara bermula pada jam 8.00 pagi.
-Dimulai dengan majlis ucapan.
-Guru-guru menyanyi.

3)Acara sukaneka di padang.
-Guru dan murid mengambil bahagian.
-Contoh acara tersebut.

4)Persembahan kebudayaan di dewan.
-Guru menunjukkan bakat.
-Bagitu bangga.

Penutup
Serba sedikit sambutan Hari Guru.
-Ada kesempatan menulis lagi.
-Ucapan terima kasih.

Mengarang karangan berpandukan peta minda di atas

Membalas surat kawan.
                                                                                          39, Jalan Jenjarum 1,
                                                                                          Seksyen BS 2,
                                                                                          48300 Rawang,
                                                                                          Selangor Darul Eksan.
                                                                              30 Mei 2015.


Menemui sahabatku, Natasha Ali yang berada di Batu Berendam, Melaka. Ketika saya menulis surat ini saya berada dalam keadaan sihat. Diharapkan saudari dan keluarga lebih-lebih lagi.

Natasha yang diingati,
            Terima kasih atas kesudian saudari menulis surat kepada saya. Menjawab pertanyaan saudari tentang Hari Guru di sekolah saya, pada tahun ini sambutannya sungguh meriah. Pelbagai acara diadakan, baik persembahan di dewan mahupun aktiviti sekaneka di padang.
            Acara dimulakan pada jam 8.00 pagi di dewan sekolah. Majlis dimulakan dengan ucapan Ketua Murid, diikuti oleh ucapan Tuan Guru Besar, dan pembacaan ikrar oleh guru-guru.
Kemudian, guru-guru menyanyikan lagu “Guru Malaysia” dan lagu tema Hari Guru.

Natasha yang dirindui,
            Kira-kira sejam kemudian, diadakan acara sukaneka di padang sekolah. Guru-guru dan beberapa orang murid mengambil bahagian. Diantara acara yang diadakan termasuklah permainan lari di dalam guni, berjalan menggunakan terompah gergasi, permainan bola sepak tujuh sebelah.
            Kira-kira jam 11.30 pagi, acara diteruskan dengan persembahan kebudayaan di dewan sekolah. Guru-guru menunjukkan bakat dengan menyanyi, menari, dan bermain silap mata. Kami merasa besar hati dengan persembahan guru-guru.
            Demikian serba sedikit tentang persembahan Hari Guru di sekolah saya. Jika ada kelapangan saya akan menulis surat lagi kepada saudari. Saya akhiri surat ini dengan ucapan terima kasih.

                                                                                              Sahabat mu,

                                                                                                                       

                                                                                            (Nur Illya Maisara)



Maksud peribahasa yang digunakan.
Besar hati – bangga.


Contoh 2.
Katakana kamu sudah berjaya melanjutkan pelajaran ke university. Kamu ingin menulis surat kepada guru kamu untuk mengucapkan terima kasih terhadap bimbingan dan pengorbanan yang diberikan sehingga kamu berjaya ke tahap sekarang. Tulis surat tersebut selengkapnya.

Rangka karangan.
Pendahuluan
Menemui cikgu Saadah di Johor.
-Berharap dalam keadaan sihat.
-Saya juga sihat.

Idea
1)Mungkin cikgu terkejut.
-Murid Sembilan tahun lalu.
-mengajar Bahasa Malaysia.

2)Yakin cikgu masih ingat.
-Mendapat 5A dalm peperiksaan UPSR.
-Berjaya memasuki Maktab Melayu Kuala Kangsar.

3)Tidak melupakan guru.
-Awal menolak kerana miskin.
-Usaha cikgu mengumpulkan RM1 324.

4)Harapan dan usaha sebagai pendorong.
-Berjaya ke UKM dalam bidang perubatan.
-Kejayaan bergantung pada usaha.

Penutup
Sampai di sini sahaja.
-Ada peluang akan menulis lagi.
-Akhiri dengan ucapan terima kasih.

Mengarang karangan berpandukan peta minda di atas.

Surat Kepada Guru.

                                                                                            39, Jalan Jenjarum 1,
                                                                                            Seksyen BS 2,
                                                                                            48300 Rawang,
                                                                                            Selangor Darul Eksan.
                                                                                30 Mei 2015.

Ke hadapan Cikgu Saadah yang berada di Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung, Rawang, Selangor. Semoga berada dalam keadaan sihat. Ketika saya menulis surat ini saya juga berada dalam keadaan sihat.

Cikgu yang diingati,
            Mungkin cikgu terkejut menerima surat saya ini. Untuk pengetahuan cikgu, saya ialah murid cikgu Sembilan tahun lalu, iaitu di Kelas Enam Intan. Cikgu mengajar saya mata pelajaran Bahasa Malaysia.
            Tentu cikgu masih ingat kepada saya. Selain menjadi Ketua Murid, saya merupakan seorang daripada lapan murid yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR. Hasil kejayaan tersebut, saya terpilih memasuki Maktab Melayu Kuala Kangsar.

Cikgu yang dirindui.
            Bimbingan dan pengorbanan cikgu tidak mungkin saya lupakan. Pada mulanya, saya ingin menolak tawaran tersebut kerana keadaan keluarga saya yang miskin. Atas usaha cikgu, cikgu berjaya mengumpul wang daripada penduduk kampong berjumlah RM1 324.
            Harapan serta usaha cikgu dan masyarakat kampong menyebabkan salabulat hati untuk berjaya. Kini, saya berjaya memasuki Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang perubatan. Benarlah kata cikgu, kejayaan bergantung pada usaha, bukan pada miskin atau kayanya seseorang.
            Sampai disini sahaja surat saya pada kali ini. Jika ada kesempatan saya akan menulis lagi. Saya akhiri surat ini dengan ucapan terima kasih.

                                                                                                   Bekas muridmu,


                                                                                                                       
                                                                                                   (Nur Illya Maisara)

Maksud peribahasa yang digunakan.
Bulat hati – azam yang sungguh-sungguh

FAEDAH MEMBACA

Karangan Fakta: Faedah Membaca Membaca jambatan ilmu. Ibu bapa haruslah memupuk minat membaca di kalangan anak-anak sejak dari kecil lagi. Terdapat pelbagai bahan bacaan yang sesuai dibaca seperti surat khabar, majalah, buku cerita, komik dan lain-lain lagi. Bahan-bahan ini boleh didapati di perpustakaan ataupun membelinya di kedai buku.
         Membaca dapat memberikan pelbagai faedah kepada kita. Antaranya membaca dapat menambah ilmu pengetahuan. Dengan membaca buku-buku ilmiah dalam pelbagai bidang seperti bidang sejarah, ekonomi, perubatan dan sebagainya, menjadikan kita pelajar yang berpengetahuan luas dan otak cair. Secara tidak langsung akan membantu kita menjadi pelajar yang cemerlang dan menjadi kebanggaan ibu bapa serta guru-guru. 
        Dengan membaca juga kita akan dapat mengetahui isu-isu semasa. Apabila kita membaca surat khabar, kita akan tahu berita semasa di dalam dan di luar negara. Contohnya berita tentang gempa bumi di Jepun, peperangan di Palestin, banjir melanda negara kita dan sebagainya. 
        Di samping itu, membaca juga dapat menghiburkan kita. Apabila kita berasa penat setelah menelaah pelajaran, kita boleh membaca buku-buku yang boleh menghiburkan kita seperti komik, majalah dan lain-lain lagi. Dengan itu, kita dapat menghilangkan rasa penat. 
        Seterusnya, membaca dapat mengisi masa lapang kita. Kita dapat mengelakkan diri kita daripada bergaul dengan kacang hantu atau kutu embun. Secara tidak langsung, kita tidak akan terjebak dengan gejala sosial seperti melepak, bergaduh, vandalisme dan lain-lain lagi.
        Kesimpulannya, membaca amat penting kepada para pelajar. Oleh itu, kita haruslah tanamkan sikap suka membaca pada setiap masa. Rakyat yang suka membaca adalah rakyat yang berilmu.

Masa Itu Emas

 Pelbagai istilah tentang masa yang kita dengar atau lihat. Antaranya ialah "Masa itu Emas", "Masa ialah Kehidupan" dan sebagainya. Ini menunjukkan masa sangat penting dalam kehidupan kita kerana masa yang berlalu tidak dapat diganti. Oleh itu, kita harus bijak mengurus masa supaya tidak membazir begitu sahaja.             Masa dapat digunakan dengan berfaedah apabila kita memenuhinya dengan melakukan hobi yang bermanfaat. Contohnya, bersukan, melancong, berekreasi, mengumpul setem dan sebagainya. Jika kita gunakan masa dengan hobi yang bermanfaat akan dapat memberikan kepuasan kepada kita.  Selain itu, kita dapat gunakan masa yang terluang dengan menziarahi sanak saudara, datuk dan nenek serta teman-teman. Selain dapat bersiar-siar, kita akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan.          
    Aktiviti yang paling bermanfaat untuk mengisi masa lapang ialah membaca. Pelbagai bahan bacaan dapat dibaca seperti buku rujukan, surat khabar, novel, majalah, jurnal dan sebagainya. Kita dapat mencedok ilmu dan maklumat sebanyak mungkin daripada bahan bacaan ini. Di samping itu, kita dapat menggunakan masa yang terluang dengan membantu ibu bapa membuat kerja-kerja rumah. Kita perlu faham situasi ibu bapa kita yang seharian penat bekerja. Oleh itu, jika kita membantu mereka mengemas rumah, menyapu sampah dan sebagainya, kita secara tidak langsung dapat meringankan beban mereka. Kita juga akan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.      
     Kesimpulannya, kita sebagai manusia sewajarnya mendisiplinkan diri supaya tidak membuang masa begitu sahaja kerana masa sangat berharga. Oleh itu, uruslah masa dengan bijak.

penulisan bahagian b



Autobiografi: Aku Sebuah Televisyen

Kerangka Karangan

-Dilahirkan di sebuah kilang Panasonic di Shah Alam.
-Dihantar ke sebuah kedai elektrik di Kuala Lipis.
-Dipamerkan di dalam almari kaca.
-Dibeli oleh seorang lelaki.
-Diletakkan di ruang tamu rumahnya.
-Aku digunakan dengan lasak setiap hari.
-Rosak akibat petir.
-Dibuang


Contoh Karangan

Aku dilahirkan di sebuah kilang televisyen Panasonic di Shah Alam. Badanku berbentuk leper dan kebanyakan bahagian badan ku diperbuat daripada plastik. Aku dicipta untuk membolehkan manusia menonton berita, cerita dan sebagainya. Walau bagaimanapun, selalunya aku digunakakan untuk berhibur. Oleh itu ramai manusia ingin memiliki ku bagi menghiburkan mereka di rumah dan sebagainya.

         Setelah aku selesai dipasang dan diuji, aku diletak di dalam kotak yang selesa untuk dihantar ke kedai-kedai elektrik di seluruh Malaysia. Aku dihantar ke sebuah kedai di Bandar Kuala Lipis, Pahang. Kemudian, aku dipamerkan di dalam almari kaca di kedai tersebut.Setiap kali pengunjung datang ke kedai itu, mereka pasti melihat-lihat aku. Ramai yang bertanya-tanya tentang harga ku dan memuji-muji akan kecantikan dan kecanggihan aku. Walau bagaimanapun mereka tidak mampu membeli ku kerana harga aku agak mahal berbanding dengan televisyen-televisyen yang lain.

         Pada suatu hari, aku dikunjungi oleh seorang lelaki muda. Dia mungkin sangat berminat untuk memiliki aku apabila dia dilihat tawar-menawar harga ku kepada tuan kedai. Akhirnya dia bersetuju membeli ku dengan harga RM4000.00. Selepas itu aku dibawa balik ke rumahnya di Kampung Merapoh dan diletakkan di ruang tamu. Aku lihat isteri dan anak-anaknya sangat gembira memperolehi aku. Sejak dari hari itu, aku sering digunakan oleh keluarga Encik Ali tanpa mengira waktu. Walaupun aku berasa penat, namun aku terpaksa menunaikan tanggungjawab ku kepada mereka. Kadang-kadang aku terus dipasang walaupun pada waktu hujan dan kilat sambar-menyambar menyebabkan aku berasa sedih kerana mereka kurang menjaga keselamatan diri ku.

         Kebimbangan ku itu akhirnya berlaku juga. Semasa hujan pada suatu malam, aku terpadam akibat kilat. Aku tidak boleh dibetulkan lagi kerana kerosakan ku amat teruk. Akhirnya aku dibuang ke tempat perlupusan sampah. Walau bagaimanpun aku berasa bangga kerana dapat juga aku berbakti kepada manusia di dunia ini semasa hayat ku.