Friday, 25 April 2014

UNTUK CALON UPSR 2014

contoh karangan ucapan UPSR.



KARANGAN UCAPAN
Satu daripada jenis karangan yang kerap diuji dalam UPSR ialah karangan ucapan. Karangan jenis ini adalah karangan berformat.

Karangan ucapan ada beberapa jenis seperti;

• ucapan perpisahan
• ucapan takziah
• ucapan tahniah
• ucapan penerangan
• terima kasih

Untuk penulisan ucapan, biasanya suatu situasi diberikan .Anda dikehendaki menulis ucapan berdasarkan situasi seperti majlis keraian, perhimpunan, perpisahan dan sebagainya.

Sebuah ucapan hendaklah mempunyai ciri-ciri seperti berikut ;

Kata alu-aluan sebagai hormat kepada hadirin.

Kata alu-aluan  dimulakan dengan pengerusi majlis, kemudian diikuti mereka yang tinggi kedudukannya.

Ucapan atau panggilan kepada hadirin di tengah-tengah ucapan. Ucapan atau panggilan ini perlu ditulis sekurang-kurangnya sekali. 
Contohnya
- Saudara dan saudari sekalian
- Tuan-tuan dan puan-puan hadirin
- Pelajar-pelajar sekalian
- Rakan-rakan sekalian
- Hadirin sekalian

Kata alu- aluan dianggap pendahuluan, ‘terima kasih’ di akhir ucapan dianggap penutup. Walau bagaimanapun pelbagai teknik boleh digunakan. Umpamanya membuat penutupan dalam bentuk pantun yang sesuai dengan tema ucapan.

Soalan Perbincangan

Andaikan guru anda akan bertukar ke sekolah lain kerana dinaikkan pangkat.Anda sebagai ketua kelas diminta menyampaikan ucapan dalam satu majlis perpisahan untuknya.

Tuliskan ucapan anda itu selengkapnya.

Panjang karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan
dan tidak melebihi 120 patah perkataan .

Langkah 1

Memahami kehendak soalan .
Karangan ini menghendaki anda menyampaiakan ucpan tahniah kepada guru anda kerana dinaikkan pangkat dan berbangga dengan kejayaan yang telah dicapai olehnya.

Langkah 2
Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka karangan. Sebaik-baiknya kerangka karangan yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda hendaklah seberapa ringkas.

Langkah 3
Berdasarkan peta minda di atas, anda bolehlah menulis karangan anda. Semasa mengarang binalah ayat-ayat yang betul mengikut tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini.

Contoh karangan;

Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, yang diraikan Cikgu Ishak Ibrahim, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan.

Seperti yang kita sedia maklum, Cikgu Ishak telah dilantik sebagai Guru Cemerlang. Saya mewakili rakan-rakan mengucapkan tahniah dan sangat-sangat berbangga atas perlantikan cikgu. Kejayaan cikgu adalah kejayaan kami semua.

Hadirin sekalian,

Sepanjang tempoh sepuluh tahun beliau di sekolah ini, banyak ilmu dan pengalaman dicurahkan kepada kami, lebih-lebih lagi Cikgu Ishak merupakan seorang guru yang serba boleh. Dengan usahanya yang tidak mengenal jemu telah membuahkan kecemerlangan dalam UPSR pada setiap tahun.

Saya bagi pihak rakan-rakan mengambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih atas pengorbanan cikgu membantu kami meningkatakan kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Atas usaha-usaha beliau, tidak memeranjatkan kami apabila pihak Kementerian Pendidikan melantik cikgu sebagai guru cemerlang.

Hadirin sekalian,

Pada kesempatan ini juga, kami berharap cikgu akan terus kekal mengajar di sekolah ini. Kami masih memerlukan kepakaran dan kecemerlangan cikgu untuk terus membimbing kami lebih-lebih lagi UPSR hanya tinggal dua bulan lagi.

Akhir kata, saya bagi pihak rakan-rakan mengucapkan tahniah dan selamat berjaya kepada Cikgu Ishak Ibrahim. Doa kami semoga cikgu akan terus cemerlang dalam kerjaya cikgu dan bahagia selalau di samping keluarga tersayang.

Sekian, terima kasih.

Langkah 4

• Selepas mengarang , anda hendaklah membaca semula karangan . Betulkan semua kesalahan tatabahasa dari segi penggunaan perkataan , struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca, dan ejaan.

Latihan Minggu Ini:

Panjang karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan .

1. Kelab Bahasa Melayu sekolah anda akan mengadakan Mesyuarat Agong. Sebagai pengerusi kelab anda dikehendaki menyampaikan ucpan dalam majlis itu
Tuliskan ucapan anda itu selengkapnya.

2. Rakan anda telah memenangi satu pertandingan di peringkat daerah. Kelas anda telah meraikan kejayaannya. Sebagai ketua kelas, anda diminta menyampaikan ucapan bersempena dengan majlis itu.

Tuliskan ucapan anda itu selengkapnya.

3. Andaikan bahawa guru anda akan melanjutkan pelajaran ke universiti. Anda sebagai ketua kelas diminta menyampaikan ucapan dalam majlis perpisahan untuknya.
Tuliskan ucapan anda itu selengkapnya.


Contoh jawapan 1

Yang berusaha Tuan Guru Besar, Encik Rahim bin Omar, yang dihormati guru penasihat Kelab Bahasa Melayu, serta rakan-rakan sekalian. Terlebih dahulu saya selaku pengerusi kelab ini merakamkan ucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran hadirin sekalian dalam Mesyuarat Agong kelab ini.

Hadirin sekalian,

Sepanjang tahun ini pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh persatuan. Selaras dengan matlamat penubuhannya, untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan ahli dan murid-murid di sekolah ini.

Pada semester pertama, persatuan ini telah menganjurkan Minggu Bahasa Melayu. Pelbagai aktiviti dijalanakan untuk memilih peserta ke pertandingan di peringkat daerah. Antara aktiviti tersebut ialah pertandingan bercerita, mendeklamasi sajak, bersyair, dan syarahan.

Hadirin sekalian,

Pada semester kedua pula, persatuan telah menganjurkan pertandingan menulis karangan, kuiz antara rumah-rumah sukan, dan pertandingan drama sebabak antara kelas bagi murid-murid tahap 2.

Selain itu, persatuan juga telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Dewan Bahasa dan Perpustakaan Negara. Sebanyak 40 orang murid dan 4 orang guru terlibat dalam lawatan itu.

Sebelum saya mengundur diri, terlebih dahulu saya mewakili ahli jawatankuasa kelab ini memohon kemaafan jika terdapat kelemahan sepanjang kami menerajui kelab ini.

Sekian, terima kasih. 

TATABAHASA TAHUN 4 KSSR

Kata Nama Am Dapat Dibahagikan Kepada Kata Nama Yang: 

(a)    konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat.
(b)   abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
       Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.
       Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan: buai – buaian , tua – ketua, raja – kerajaan, tahu - pengetahuan .

KATA GANTI NAMA TUNJUK

          digunakan untuk menunjukkan benda, haiwan, manusia dan tempat.
          ada dua kata ganti nama tunjuk, iaitu ini dan itu

Kata Ganti Nama Tunjuk
Penggunaan
Ayat contoh
ini
Digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang dekat.
  1. Ini jalan ke rumah Tok Penghulu.
  2. Bilik ini telah lama dikosongkan.
itu
Digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang jauh.
  1. Pemuda itu sering mundar-mandir di luar sekolah kami menjelang senja.
  2. Kaca mata itu sesuai untuk digunakan pada waktu malam.
















Kata Kerja Aktif 

Kata Kerja yang menerima awalan meN- dengan/ tanpa akhiran -kan/ -i.
Contoh:
Mencari
Menjalani
Menggerakkan
Contoh Ayat:
i.   Samad membaca buku. (Ayat Aktif)
Samad – Pelaku
(Penyambut) – membaca apa? = Buku
ii.   Siti suka menaiki basikal.
Siti – Pelaku
(Penyambut) – Menaiki apa?  = Basikal 

Kata Kerja Pasif 

Kata Kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.
Kata Kerja yang mengandungi imbuhan ‘di’.
Contoh:
- Dicari
- Dijalani
- Digerakkan 

Contoh Ayat:
i. Buku dibaca oleh Samad. (Ayat Pasif)
        Apa yang dibaca oleh Samad? = Buku
        Buku itu dibaca oleh? = Samad
ii. Basikal telah dinaiki oleh Siti. (Ayat Pasif)
        Apa yang dinaiki oleh Siti? = Basikal
        Basikal itu dinaiki oleh? = Siti

KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN 

1.       Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama dengan  klausa yang menjadi keterangan .
2.       Antara contoh kata hubung pancangan keterangan ialah : kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dansesungguhnya

Contoh ayat:
                  Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
                  Saya berkawan dengannya semenjak kecil.
Contoh ayat:
Persembahan itu akan dibatalkan sekiranya sambutannya dingin.
              Persembahan itu akan dibatalkan.
    Sambutan persembahan itu dingin.

KATA MAJMUK YANG TELAH MANTAP

Ada 14 jenis kata majmuk yang telah mantap, iaitu:

suruhanjaya, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, pesuruhjaya, tandatangan, matahari, kakitangan, antarabangsa, warganegara, sukarela, kerjasama, bumiputera dan tanggungjawab.

Sumber: http://prpm.dbp.gov.my

SENARAI KATA YANG MANTAP DIEJA SEBAGAI SATU PATAH PERKATAAN
1
antarabangsa
18
manakala
2
apabila
19
matahari
3
apakala
20
olahraga
4
bagaimana
21
padahal
5
barangkali
22
peribadi
6
beritahu
23
peribahasa
7
bumiputera
24
perikemanusiaan
8
darihal
25
pesuruhjaya
9
daripada
26
setiausaha
10
dinihari
27
sukacita
11
dukacita
28
sukarela
12
hulubalang
29
suruhanjaya
13
jawatankuasa
30
tandatangan
14
kadangkala
31
tanggungjawab
15
kakitangan
32
walhal
16
kepada
33
warganegara
17
kerjasama