Kata Nama Am Dapat Dibahagikan Kepada Kata Nama Yang:
(a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat.
(b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
• Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.
• Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan: buai – buaian , tua – ketua, raja – kerajaan, tahu - pengetahuan .
KATA GANTI NAMA TUNJUK
• digunakan untuk menunjukkan benda, haiwan, manusia dan tempat.
• ada dua kata ganti nama tunjuk, iaitu ini dan itu.
Kata Ganti Nama Tunjuk
|
Penggunaan
|
Ayat contoh
|
ini
|
Digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang dekat.
|
|
itu
|
Digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang jauh.
|
|
Kata Kerja Aktif
Kata Kerja yang menerima awalan meN- dengan/ tanpa akhiran -kan/ -i.
Contoh:
Mencari
Menjalani
Menggerakkan
Contoh Ayat:
i. Samad membaca buku. (Ayat Aktif)
Samad – Pelaku
(Penyambut) – membaca apa? = Buku
ii. Siti suka menaiki basikal.
Siti – Pelaku
(Penyambut) – Menaiki apa? = Basikal
Kata Kerja Pasif
Kata Kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.
Kata Kerja yang mengandungi imbuhan ‘di’.
Kata Kerja yang mengandungi imbuhan ‘di’.
Contoh:
- Dicari
- Dijalani
- Digerakkan
Contoh Ayat:
i. Buku dibaca oleh Samad. (Ayat Pasif)
Apa yang dibaca oleh Samad? = Buku
Buku itu dibaca oleh? = Samad
ii. Basikal telah dinaiki oleh Siti. (Ayat Pasif)
Apa yang dinaiki oleh Siti? = Basikal
Basikal itu dinaiki oleh? = Siti
KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN
1. Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama dengan klausa yang menjadi keterangan .
2. Antara contoh kata hubung pancangan keterangan ialah : kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dansesungguhnya.
Contoh ayat:
• Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
• Saya berkawan dengannya semenjak kecil.
Contoh ayat:
Persembahan itu akan dibatalkan sekiranya sambutannya dingin.
• Persembahan itu akan dibatalkan.
Sambutan persembahan itu dingin.
KATA MAJMUK YANG TELAH MANTAP
Ada 14 jenis kata majmuk yang telah mantap, iaitu:
suruhanjaya, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, pesuruhjaya, tandatangan, matahari, kakitangan, antarabangsa, warganegara, sukarela, kerjasama, bumiputera dan tanggungjawab.
Sumber: http://prpm.dbp.gov.my
SENARAI KATA YANG MANTAP DIEJA SEBAGAI SATU PATAH PERKATAAN
1
|
antarabangsa
|
18
|
manakala
|
2
|
apabila
|
19
|
matahari
|
3
|
apakala
|
20
|
olahraga
|
4
|
bagaimana
|
21
|
padahal
|
5
|
barangkali
|
22
|
peribadi
|
6
|
beritahu
|
23
|
peribahasa
|
7
|
bumiputera
|
24
|
perikemanusiaan
|
8
|
darihal
|
25
|
pesuruhjaya
|
9
|
daripada
|
26
|
setiausaha
|
10
|
dinihari
|
27
|
sukacita
|
11
|
dukacita
|
28
|
sukarela
|
12
|
hulubalang
|
29
|
suruhanjaya
|
13
|
jawatankuasa
|
30
|
tandatangan
|
14
|
kadangkala
|
31
|
tanggungjawab
|
15
|
kakitangan
|
32
|
walhal
|
16
|
kepada
|
33
|
warganegara
|
17
|
kerjasama
|
No comments:
Post a Comment