Friday, 5 April 2013

BAHASA BERSIMPUL....... SIMPULAN BAHASA





Simpulan bahasa bermula Huruf A


§                     abang angkatt: lelaki yang telah diakui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian   darah dengan orang yang mengakuinya.
§                     abang ipar: suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami.
§                     abang kandung: abang yang seibu sebapa.
§                     abu angin: telah musnah sama sekali.
§                     Abu Dajal: orang jahat yang suka mengganggu orang lain.
§                     Abu Jahal: orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan; suka membuat kacau dan mengganggu sesuatu kerja baik.
§                     Abu Lahab: (sila lihat juga Abu Jahal.)
§                     Abu Nawas: orang yang pandai mencari helah dengan akalnya untuk melepaskan diri                         daripada sebarang bencana.
§                     ada-ada: ada sesuatu.
§                     ada akal: cara menyelesaikan sesuatu masalah.
§                     ada angin: orang yang berperangai luar biasa dengan fikirannya yang tidak tentu; orang yang mempunyai sikap tidak tetap kelakuannya sering berubah-ubah pada masa tertentu.
§                     ada bakat: berkebolehan dalam bidang tertentu.
§                     ada can: ada peluang.
§                     ada gaya: ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya.
§                     ada hati: menaruh keinginan yang melebihi kesanggupan pada sesuatu atau ada kemahuan untuk membuat sesuatu.
§                     ada harta: orang yang kaya atau berharta.
§                     ada jalan: ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
§                     adat balai: adat dalam istana raja.
§                     adik angkat: seseorang yang telah diakui sebagai adik sendiri tetapi tidak mempunyai pertalian darah.
§                     adik ipar: adik kepada isteri atau suami.
§                     adik kandung: adik daripada ibu bapa yang sama; seibu sebapa.
§                     adu buku: bertinju.
§                     adu domba: melaga-lagakan seseorang atau kumpulan dengan seseorang atau kumpulan yang lain.
§                     adu kening: berhadap-hadapan muka.
§                     adu lengan: beradu kekuatan.
§                     adu nasib: mencari rezeki.
§                     adu untung: (sila lihat juga adu nasib.)
§                     air mandi: sudah menjadi kebiasaan.
§                     air muka: (a) rupa, wajah; air muka seseorang. (b) maruah.
§                     air pasang: paras air laut yang meningkat.
§                     air sembilan: air yang digunakan untuk memandikan mayat.
§                     air setaman: air yang bercampur bunga-bungaan dan limau untuk dibuat mandi.
§                     air surut: paras air laut yang turun.
§                     ajak-ajak ayam: tidak sungguh-sungguh mempelawa; mempelawa tanpa kesungguhan.
§                     akal belut: orang yang pandai tipu muslihat.
§                     akal kancil: (sila lihat juga akal belut.)
§                     akal sejengkal: orang yang berasa dirinya lebih daripada orang lain.
§                     alas cakap: (a) penjelasan yang dibuat bagi menguatkan sesuatu kenyataan. (b) percakapan     yang tertib.
§                     alas kata: (sila lihat juga alas cakap.)
§                     alas perut: makan sedikit supaya tidak lapar.
§                     alih akal: berubah pendapat atau fikiran.
§                     alih angin: berpindah tempat tinggal.
§                     alih muka: menyamar.
§                     alim kucing: orang jahat yang berpura-pura berkelakuan baik.
§                     aliran masa: perubahan masa.
§                     aliran masyarakat: kehendak masyarakat.
§                     ambil abu: maksud yang tidak kesampaian.
§                     ambil ada: berpuas hati dengan apa yang ada.
§                     ambil angin: berjalan-jalan atau bersiar-siar di tempat luar rumah yang nyaman udaranya untuk menghilangkan penat.
§                     ambil bahagian: menyertai.
§                     ambil berat: beri perhatian.
§                     ambil haluan: membuat keputusan dalam sesuatu perkara.
§                     ambil hati: (a) menarik perhatian seseorang atau membuat sesuatu supaya yakin kepadanya atau disukai orang; memikat hati. (b) perubahan sikap kerana tersinggung; merajuk atau menaruh perasaan marah.
§                     ambil ibarat: menjadikan sesuatu sebagai teladan.
§                     ambil ingatan: dimasukkan ke dalam ingatan; memberi perhatian.
§                     ambil muka: membuat sesuatu supaya disukai.
§                     ambil sumpah: disuruh bersumpah; melakukan sumpah.
§                     ambil tahu: memberi perhatian tentang sesuatu perkara.
§                     anak Adam: umat manusia.
§                     anak air: sungai kecil.
§                     anak angkat: anak orang lain yang dijadikan, dibela, atau dipelihara sebagai atau seperti anak sendiri.
§                     anak bapa: seseorang atau orang yang gagah, berani, atau handal.
§                     anak baju: baju dalam.
§                     anak buah: orang yang termasuk dalam sesuatu keluarga, anak saudara (anak kepada abang, kakak, atau adik yang ada hubungan kekeluargaan); pengikut, rakyat, atau orang-orang yang di bawah jagaan seorang ketua.
§                     anak bukit: bukit kecil.
§                     anak bulan: bulan baru, satu haribulan Hijrah.
§                     anak dara: budak perempuan (gadis) yang belum berkahwin.
§                     anak didik: orang di bawah jagaan kita.
§                     anak emas: anak atau orang yang sangat disayangi; orang yang dikasihi oleh ibu bapanya atau majikannya.
§                     anak gahara: anak raja yang berbondakan keturunan bangsawan.
§                     anak haram: anak yang lahir di luar perkahwinan yang sah dari segi hukum agama.
§                     anak jantan: orang lelaki yang berani sifatnya.
§                     anak kandung: anak yang dilahirkan sendiri.
§                     anak kapal: orang yang bekerja sebagai kelasi dalam sesebuah kapal.
§                     anak mata: bulatan di tengah mata.
§                     anak negeri: rakyat sesebuah negeri.
§                     anak perahu: (sila lihat juga anak kapal.)
§                     anak piatu: anak yang kehilangan kedua-dua ibu bapanya.
§                     anak pungut: (sila lihat juga anak angkat.)
§                     anak sungai: sungai kecil yang mengalir dalam sebatang sungai yang lebih besar.
§                     anak tangga: tempat berpijak atau terpijak sebuah tangga.
§                     anak teruna: pemuda yang belum berkahwin.
§                     anak tiri: (a) bukan anak kandung kepada ayah atau ibu yang baru. (b) orang yang tidak diberikan perhatian sewajarnya.
§                     anak tunggal: anak satu-satunya.
§                     anak tut: (sila lihat juga anak angkat.)
§                     anak yatim: anak yang sudah kematian ibu atau bapanya.
§                     anak yatim piatu: anak yang sudah kematian ibu dan bapa serta tiada saudara mara.
§                     angin-angin: khabar atau berita yang belum dapat dibuktikan atau belum tentu betulnya.
§                     angkat alis: kehairanan.
§                     angkat bahu: tidak tahu atau tidak bertanggungjawab.
§                     angkat bakul: sifat seseorang yang suka memuji diri sendiri.
§                     angkat diri: sombong.
§                     angkat kaki: cabut atau pergi dengan segera dari tempat itu; melepaskan diri apabila ada kesusahan.
§                     angkat kening: (sila lihat juga angkat alis.)
§                     angkat mata: (a) berani menentang atau melawan. (b) selesai daripada membuat kerja berat.
§                     angkat muka: seseorang yang berperasaan megah dan sombong kerana kelebihan yang diperoleh.
§                     angkat nama: terkenal.
§                     angkat senjata: berperang.
§                     angkat suara: meninggikan suara.
§                     angkat sumpah: (sila lihat juga ambil sumpah.)
§                     angkat topi: menghormati.
§                     anjing hitam: orang jahat yang selalu menunjuk-nunjukkan keburukannya.
§                     anjing kurap: orang yang dipandang hina kerana kemiskinannya.
§                     api peperangan: perselisihan antara negara yang biasanya boleh memulakan peperangan.
§                     api percintaan: perasaan cinta yang meluap-luap.
§                     arang di dahi: mendapat malu.
§                     arang di kening: (sila lihat juga arang di dahi.)
§                     arang di muka: (sila lihat juga arang di dahi.)
§                     asam garam: pengalaman; susah senang dalam kehidupan.
§                     atas angin: negara-negara atau negeri-negeri Eropah atau di sebelah barat termasuk Asia Barat.
§                     atas nama: menjadi wakil seseorang atau pertubuhan.
§                     atas pagar: (a) berkecuali; seseorang yang tidak berpihak kepada mana-mana pihak. (b) tidak masuk campur. (c) tidak lulus dan tidak gagal (sederhana).
§                     ayam jalak: orang yang berani.
§                     ayam tambatan: seseorang yang menjadi orang harapan seseorang atau orang lain dalam sesuatu pertandingan.





Simpulan bahasa Bermula Huruf B

§                     babi buta: berbuat, membuat, atau melakukan sesuatu pekerjaan dengan tanpa atau tidak banyak berfikir dahulu lagi.
§                     bahasa dalam: bahasa istana (digunakan oleh kerabat diraja).
§                     bahasa ibunda: bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kaum.
§                     bahasa kasar: bahasa yang tidak sopan untuk digunakan.
§                     bahasa kesat: kata-kata yang tidak bersopan.
§                     bahasa pasar: bahasa pertuturan yang digunakan dalam percakapan sehari-hari yang tidak betul nahu atau susunan ayatnya dengan tidak mengikut tatabahasa yang betul.
§                     baik budi: seseorang yang bersikap baik dan penyayang; suka menolong.
§                     baik hati: (sila lihat juga baik budi.)
§                     baik sangka: berpendapat yang orang lain baik.
§                     balas budi: balas jasa dan berterima kasih.
§                     balas guna: (sila lihat juga balas budi.)
§                     balik gagang: berpihak kepada musuh.
§                     balik hati: berubah pendirian.
§                     bangkai bernyawa: orang yang kurus dan dipandang hina atau tidak berguna pada diri sendiri dan juga masyarakat.
§                     bantal lengan: kehidupan yang terlalu miskin.
§                     banting tulang: bekerja bermati-matian.
§                     banyak akal: banyak helah.
§                     banyak cakap: orang yang suka bercakap banyak atau berleter, termasuklah perkataan yang tidak sepatutnya dipercakapkan.
§                     banyak lemak: terlalu manja, orang yang kaya atau gemuk; orang yang tidak mendengar kata atau suka membantah walaupun telah melakukan kesalahan.
§                     banyak mulut: (sila lihat juga banyak cakap.)
§                     bapa angkat: orang yang mengaku sebagai bapa dan memelihara kita, walaupun tiada pertalian darah.
§                     bapa kandung: bapa sebenar.
§                     barang kemas: alat perhiasan orang perempuan yang berharga.
§                     basuh mulut: sajian manisan atau buah-buahan yang dihidangkan atau dijadikan hidangan selepas makan.
§                     batu api: penghasut.
§                     batu loncatan: sesuatu (orang atau tempat) yang digunakan atau dijadikan sebagai alat untuk mencapai sesuatu tujuan atau sesuatu yang lebih tinggi.
§                     batuk-batuk kambing: batuk yang dibuat-buat dengan tujuan mengusik atau menyindir.
§                     bau bacang: (sila lihat juga bau-bau bacang.)
§                     bau-bau bacang: hubungan persaudaraan atau saudara yang sudah jauh pertaliannya.
§                     bawa alamat: memberi tanda.
§                     bawa diri: (a) pandai bergaul. (b) melarikan diri.
§                     bawa hati: merajuk.
§                     bawa hidup: merantau mencari penghidupan.
§                     bawa mati: menyebabkan mati.
§                     bawa mulut: bercerita tentang keburukan orang lain.
§                     bawa nasib: (sila lihat juga bawa hidup.)
§                     bawa nyawa: menyelamatkan diri.
§                     bawa sial: mendatangkan malang.
§                     bawa tempurung minta sedekah: kita masih gagah dan kuat.
§                     bawa tuah: mendatangkan keuntungan.
§                     bawah angin: negara-negara sebelah timur seperti Jepun, Malaysia, dan lain-lain.
§                     bawah bendera: berada dalam perlindungan sesuatu kuasa.
§                     bawah tanah: pergerakan rahsia atau pergerakan gelap.
§                     bayang kata: dikias.
§                     bayar nyawa: mengorbankan diri.
§                     bekas tangan: hasil kerja tangan seseorang yang masih kekal; bekas pukulan.
§                     belah bumi: bunyi yang sangat kuat.
§                     belah hati: tidak tetap pendirian dalam mengambil sesuatu keputusan.
§                     belahan hati: orang yang sangat dikasihi.
§                     belahan jiwa: (sila lihat juga belahan hati.)
§                     belahan nyawa: (sila lihat juga belahan hati.)
§                     belakang hari: kemudian hari.
§                     bendera putih: tanda menyerah diri atau mengaku kalah dalam sesuatu peperangan atau perlawanan.
§                     bengkak perut: berasa dengki atau sakit hati kerana sesuatu.
§                     beradu buku: (sila lihat juga adu buku.)
§                     beradu kening: (sila lihat juga adu kening.)
§                     beradu lengan: (sila lihat adu lengan )
§                     beralih akal: (sila lihat juga alih akal )
§                     beralih angin: (sila lihat juga alih angin )
§                     beralih muka: (sila lihat juga alih muka)
§                     berani mati: tidak takut mati.berat badan: malas.
§                     berat bibir: orang yang tidak peramah atau yang pendiam; malas bercakap.
§                     berat hati: kurang senang.
§                     berat kaki: malas.
§                     berat kepala: pening kepala.
§                     berat lalat: pura-pura berani.
§                     berat lidah: tidak dapat berkata-kata.
§                     berat mata: mengantuk.
§                     berat mulut: (sila lihat juga berat bibir.)
§                     berat sebelah: tidak adil dalam membuat keputusan dengan memihak kepada satu pihak sahaja.
§                     berat tangan: orang yang malas berusaha, malas bekerja, atau malas membuat kerja; pemalas.
§                     berat telinga: orang yang pendengarannya kurang jelas.
§                     berat tulang: (sila lihat juga berat tangan.)
§                     berbahasa kasar: (sila lihat juga bahasa kasar.)
§                     berbalik gagang: (sila lihat juga balik gagang.)
§                     berbalik hati: (sila lihat juga balik hati.)
§                     berbantal lengan: (sila lihat juga bantal lengan.)
§                     berbelah hati: (sila lihat juga belah hati.)
§                     berbesar hati: (sila lihat juga besar hati.)
§                     berbuat jahat: (sila lihat juga buat jahat.)
§                     berbulan madu: pengantin baru yang pergi makan angin.
§                     bercerai kasih: (sila lihat juga cerai kasih.)
§                     bercerai mata: (sila lihat juga cerai mata.)
§                     bercerai mati: (sila lihat juga cerai mati.)
§                     bercerai susu: (sila lihat juga cerai susu.)
§                     bercermin bangkai: (sila lihat juga cermin bangkai.)
§                     berdiam diri: (sila lihat juga diam diri.)
§                     berdiri sendiri: orang yang tidak mahu menerima pertolongan orang lain.
§                     berendam air mata: sering menangis.
§                     berfahaman kiri: (sila lihat juga faham kiri.)
§                     bergadai bergolok: (sila lihat juga gadai bergolok.)
§                     bergadai nyawa: (sila lihat juga gadai nyawa.)
§                     berganti tikar: orang yang berkahwin dengan adik isterinya setelah isterinya meninggal dunia.
§                     bergendang paha: (sila lihat juga gendang paha.)
§                     bergolok bergadai: (sila lihat juga gadai bergolok.)
§                     berhati berlian: (sila lihat juga hati berlian.)
§                     berhati tungau: (sila lihat juga hati tungau.)
§                     beri jalan: memberi laluan, nasihat, keterangan, bantuan, atau buah fikiran untuk membuat sesuatu perkara.
§                     beri muka: kehendak dan kemahuan seseorang sentiasa dituruti; memanjakan seseorang dengan membiarkannya bebas membuat atau berbuat sesuka hatinya.
§                     berita hangat: berita baharu yang menjadi perbualan.
§                     berkaki ayam: (sila lihat juga kaki ayam.)
§                     berkerat rotan: (sila lihat juga kerat rotan.)
§                     bermain kayu tiga: orang yang tidak jujur.
§                     bermain mata: (sila lihat juga main mata.)
§                     bermandi keringat: (sila lihat juga mandi keringat.)
§                     bermandi ombak: (sila lihat juga mandi ombak.)
§                     bermasam muka: tidak bertegur sapa kerana telah berselisih faham.
§                     bermuka-muka: orang yang pandai berpura-pura baik terhadap seseorang; menunjukkan kebaikan kepada ketua atau seseorang dengan tujuan yang tertentu.
§                     berpaling hati: (sila lihat juga paling hati.)
§                     berpaling tadah: bertukar pihak atau mengkhianati pihak yang disokong.
§                     berpatah arang: (sila lihat juga patah arang.)
§                     berpeluk lutut: (sila lihat juga peluk luttut.)
§                     berpeluk tangan: (sila lihat juga peluk tangan.)
§                     berpeluk tubuh: malas untuk melakukan sesuatu pekerjaan.
§                     berpindah tangan: (sila lihat juga pindah tangan.)
§                     berputih tulang: (sila lihat juga putih tulang.)
§                     berputus arang: (sila lihat juga putus arang )
§                     bersaksi ke lutut: saudara mara dijadikan saksi.
§                     bersengkang mata: (sila lihat juga sengkang mata)
§                     bertali arus: tidak putus-putus dilalui orang; sesuatu benda atau perkara yang berlaku dengan tidak berhenti-henti.
§                     bertegang leher: berlawan cakap kerana hendak menegakkan pendapat masing-masing; berbantah.
§                     bertikam lidah: (sila lihat juga tikam lidah.)
§                     berumah tangga: beristeri atau bersuami.
§                     besar cakap: orang yang suka bercakap sombong.
§                     besar diri: bongkak atau sombong.
§                     besar hati: bangga; gembira; girang.
§                     besar kepala: keras kepala, degil dan sombong.
§                     besar mulut: suka bercakap besar.
§                     besar perut: hamil.
§                     betul bendul: orang yang lurus dan ada kalanya bodoh.
§                     biang keladi: orang atau hal yang menjadi punca kejahatan.
§                     bidan tarik: membuat sesuatu secara tiba-tiba.
§                     bidan terjun: (sila lihat juga bidan tarik.)
§                     bintang gelap: bernasib malang.
§                     bintang hati: orang kesayangan atau kekasih; orang yang dicintai atau dikasihi.
§                     bintang terang: nasib baik.
§                     boleh tahan: tidak buruk sangat atau boleh digunakan.
§                     bongkar sauh: bersedia hendak belayar.
§                     bongkok sabut: bongkok badan yang sedikit sahaja.
§                     bongkok udang: badan yang bongkok.
§                     buah bibir: perkara yang dibualkan oleh orang ramai, menjadi perbualan ramai, atau menjadi sebut-sebutan orang.
§                     buah cakap: (sila lihat juga buah bibir.)
§                     buah fikiran: pendapat atau pendangan.
§                     buah hati: (sila lihat juga bintang hati.)
§                     buah helah: mencari helah.
§                     buah kalam: hasil tulisan atau karya.
§                     buah mulut: (sila lihat juga buah bibir.)
§                     buah pena: (sila lihat juga buah kalam.)
§                     buah tangan: suatu pemberian dalam bentuk barang; oleh-oleh.
§                     bual kosong: bercakap tentang perkara yang tidak penting.
§                     buang adat: tidak menggunakan sesuatu adat lagi.
§                     buang air besar: berak.
§                     buang air kecil: kencing.
§                     buang anak: menggugurkan anak.
§                     buang arang di muka: menghilangkan malu.
§                     buang diri: merantau.
§                     buang lelah: berehat untuk meredakan kepenatan.
§                     buang malu: (sila lihat juga buang arang di muka.)
§                     buang muka: tidak suka.
§                     buang negeri: diperintah keluar dari sesebuah negeri.
§                     buang sauh: berlabuh.
§                     buang sial: berbuat sesuatu untuk menghilangkan malang.
§                     buang tabiat: berkelakuan atau bercakap yang aneh, biasanya sewaktu sebelum meninggal dunia.
§                     buang ubat: tembakan yang tidak kena pada sasarannya.
§                     buat akal: (sila lihat juga buah helah.)
§                     buat bodoh: berpura-pura macam orang tidak tahu.
§                     buat duit: berusaha mencari keuntungan.
§                     buat helah: berdalih.
§                     buat jahat: melakukan kejahatan, biasanya berkenaan hubungan lelaki dan perempuan.
§                     buat perkara: berbuat sesuatu, biasanya perkara yang tidak baik.
§                     buaya darat: lelaki yang jahat atau gemar berfoya-foya dengan perempuan.
§                     budak mentah: orang yang masih muda untuk membuat sesuatu pekerjaan atau penilaian.
§                     budi bahasa: kelakuan atau pertuturan (sama ada baik atau buruk).
§                     bujur sirih: bentuk muka seolah-olah bentuk sirih.
§                     buka langkah seribu: lari kerana takut disebabkan sesuatu.
§                     buka mata: sedar atau ambil perhatian tentang sesuatu perkara yang baik dan cuba mengikutinya.
§                     buka mulut: berkata-kata atau bercakap.
§                     buka pintu: memberi peluang.
§                     buka tanah: mengusahakan tanaman atau membina kawasan kediaman di atas hutan atau tanah yang terbiar.
§                     buka telinga: mendengar baik-baik.
§                     buka tembelang: mendedahkan rahsia keburukan seseorang.
§                     buku lima: penumbuk.
§                     bulan kesiangan: berwajah pucat.
§                     bulan madu: pergi ke sesuatu tempat untuk berhibur sesudah berkahwin.
§                     bulan penuh: cantik.
§                     bulat fikiran: teguh atau tetap fikirannya.
§                     bulat hati: ikhlas; tetap hati dan sugguh-sungguh; mengambil keputusan yang muktamad tentang sesuatu perkara; kuat azam atau kemahuan untuk membuat sesuatu.
§                     bulat kata: keazaman yang bersungguh-sungguh.
§                     bunga bangsa: orang yang berjasa kepada negara.
§                     bunga bibir: kata-kata yang manis.
§                     bunga dedap: perempuan yang rupanya sahaja cantik tetapi perangainya buruk atau tidak berbudi.
§                     bunga wang: keuntungan atau faedah yang diperoleh atau didapati daripada wang yang dipinjamkan atau disimpan di dalam bank.
§                     buru hutang: terdesak kerana berhutang.
§                     buru nafsu: melakukan sesuatu secara terburu-buru.
§                     buru pangkat: berusaha mencari pangkat.
§                     buru pelajaran: berusaha mencari ilmu pengetahuan.
§                     buruk hati: orang yang jahat.
§                     buruk laku: kelakuan tidak senonoh.
§                     buruk lantak: orang yang makan dengan gelojoh atau lahap makannya.
§                     buruk makan: (sila lihat juga buruk lantak.)
§                     buruk mulut: percakapan yang kasar.
§                     buruk penangan: akibat buruk atau tidak baik.
§                     buruk perut: kuat makan.
§                     buruk sangka: menaruh curiga.
§                     buruk selera: makan apa sahaja.
§                     buruk siku: meminta diambil balik semula benda yang telah diberikan kepada seseorang atau orang lain.
§                     busuk budi: perangai yang jahat.
§                     busuk hati: orang yang berhati jahat.
§                     busung dada: sombong.
§                     buta ayam: mata yang rabun menjelang senja; tidak dapat melihat dengan jelas ketika gelap atau pada waktu malam.
§                     buta hati: (a) tidak dapat menerima pengajaran orang atau mengenali mana yang buruk atau mana yang baik. (b) tidak berasa kasihan atau berhati perut, kejam.
§                     buta huruf: orang yang tidak tahu membaca dan menulis atau kedua-duanya; tidak berpelajaran.
§                     buta kayu: (sila lihat juga buta huruf.)
§                     buta larangan: tidak dapat melihat jauh.
§                     buta malam: rabun pada waktu malam.
§                     buta perut: orang yang tidak berfikiran, bodoh.
buta warna: tidak dapat mengecam jenis-jenis warna.


Simpulan Bermula Huruf C

§                     cabut lari: meninggalkan sesuatu tempat dengan segera.
§                     cabut nyawa: membunuh.
§                     cacing gila: suka merayau-rayau tanpa tujuan.
§                     cacing kepanasan: orang yang sentiasa gelisah.
§                     cacing naik ke mata: kelakuan atau perbuatan yang melampau.
§                     cahaya hidup: harapan dalam hidup.
§                     cahaya mata: anak.
§                     cahaya muka: seri pada wajah seseorang.
§                     cakap angin: percakapan atau cakap-cakap yang tidak menentu atau tidak berfaedah.
§                     cakap belakang: menceritakan keburukan orang lain.
§                     cakap berisi: percakapan yang mengandungi faedah atau kebaikan untuk orang lain.
§                     cakap besar: mengeluarkan cakap yang meninggi atau membesarkan diri sendiri.
§                     cakap kosong: kata-kata yang tiada isinya.
§                     cakap mulut: bahasa yang digunakan dalam percakapan harian.
§                     cakap tinggi: (sila lihat juga cakap besar.)
§                     cakar awan: bangunan-bangunan yang tinggi.
§                     cakar ayam: tulisan yang sangat buruk.
§                     cakar langit: (sila lihat juga cakar awan.)
§                     campak batu: orang yang pergi merantau selama-lamanya.
§                     campur cakap: melibatkan diri atau turut serta dalam urusan orang lain; ambil tahu.
§                     campur mulut: (sila lihat juga campur cakap.)
§                     campur tangan: (sila lihat juga campur cakap.)
§                     cangkul angin: melakukan kerja yang sia-sia.
§                     cari akal: melakukan atau mencari ikhtiar atau berikhtiar untuk menyelesaikan sesuatu perkara; mencari jalan dan sebab untuk melakukan sesuatu.
§                     cari bala: membuat sesuatu yang akhirnya menyusahkan diri sendiri.
§                     cari fasal: mencari sebab untuk memulakan pergaduhan.
§                     cari fikiran: (sila lihat juga cari akal.)
§                     cari ikhtiar: berusaha bersungguh-sungguh.
§                     cari jalan: (sila lihat juga cari akal.)
§                     cari makan: bekerja untuk mencari nafkah, rezeki, atau wang.
§                     cari muka: mengusahakan sesuatu untuk mendapatkan pujian atau ganjaran.
§                     cari nama: berusaha untuk menjadikan namanya dikenali ramai.
§                     cari rezeki: (sila lihat juga cari makan.)
§                     cari salah: berusaha untuk mengetahui kesalahan orang.
§                     cari seteru: (sila lihat juga cari fasal.)
§                     cari susah: (sila lihat juga cari bala.)
§                     cecah bahu: sampai ke paras bahu.
§                     cecah bumi: jejak ke bumi.
§                     celaka dua belas: seseorang yang menghadapi kecelakaan terlalu teruk.
§                     celik huruf: tahu membaca dan menulis.
§                     cemburu buta: terlalu cemburu, cemburu yang tidak beralasan, tanpa sebab.
§                     cencaru makan petang: pekerjaan yang lambat tetapi memuaskan.
§                     cepat kaki: orang yang rajin apabila disuruh.
§                     cepat lidah: bercakap tanpa berfikir dahulu.
§                     cepat mulut: orang yang tidak boleh, dapat, atau tahan menyimpan rahsianya.
§                     cepat tangan: pantas atau cepat melakukan sesuatu; orang yang suka mencuri.
§                     cerai hidup: suami isteri yang bercerai ketika hidup.
§                     cerai kasih: putus percintaan.
§                     cerai mata: berpisah.
§                     cerai mati: bercerai kerana meninggal dunia.
§                     cerai susu: bayi yang telah berhenti menghisap susu.
§                     cerdik busuk: cerdik tetapi selalu menyusahkan dan menyakitkan hati orang.
§                     cerita burung: berita yang tidak berasas.
§                     cermin bangkai: menanggung malu akibat sesuatu kejadian.
§                     cicak kubin: sangat kurus.
§                     cinta kilat: cinta yang cepat timbul dan cepat hilang.
§                     cinta palsu: bukan, pura-pura, atau tidak bercinta.
§                     cium tanah: jatuh tertiarap ke tanah.
§                     cuci mata: bersenang-senang dengan melihat perempuan atau sesuatu yang cantik dan indah.
§                     cuci perut: membersihkan perut dengan julap dan lain-lain.
§                     cuci tangan: tidak mahu mengambil tahu, bertanggungjawab, atau terlibat dalam sesuatu hal atau perkara yang telah dilakukan.
§                     cucur keringat: bekerja keras.
§                     cucur peluh: (sila lihat juga cucur keringat.)
§                     cuit hati: menggelikan hati.
§                     cukup bulan: sampai waktu.
§                     cukup umur: akil baligh atau sudah dewasa.
§                     cupak asli: adat yang diwarisi daripada datuk nenek.
§                     cupak hanyut: orang yang berjalan lemah lembut, hidup melarat.
§                     curi hati: menawan atau memikat hati, jatuh suka.
§                     curi masa: menggunakan sebahagian daripada masa yang sibuk untuk urusan lain.
§                     curi tulang: malas bekerja atau mencuri peluang untuk tidak bekerja; menghelat masa atau tenaga semasa membuat sesuatu, mencuaikan kerja.

Simpulan Bahasa Bermula Huruf D

§                     dabik dada: menepuk dada menunjukkan keberanian.
§                     dada ayam: dada bidang.
§                     dada lapang: sabar dan tidak mudah marah.
§                     dagang piatu: orang asing yang tiada saudara-mara dan sahabat handai.
§                     dahi sehari bulan: bentuk dahi yang cantik.
§                     daki dunia: harta dunia yang tidak dapat dibawa mati.
§                     dakwat tumpah: rambut yang hitam lebat.
§                     dalam kekeringan: sewaktu seseorang itu tidak mempunyai wang.
§                     dalam tangan: sudah tentu dapat diperoleh.
§                     dapat akal: beroleh ikhtiar atau helah.
§                     dapat bahagian: denda atau kena pukul, beroleh separuh atau sebahagian harta.
§                     dapat harta timbul: mendapat keuntungan tanpa berusaha besar.
§                     dapat hati: beroleh cinta, cinta yang berbalas.
§                     dapat khabar: menerima berita.
§                     dapat malu: menanggung malu.
§                     dapat nama: menjadi terkenal.
§                     dapat terpijak: mendapat keuntungan, rezeki, wang, atau sesuatu yang tidak disangka-sangka dan diterima sekali gus dengan mudah tanpa berusaha.
§                     darah baru setampuk pinang: masih muda.
§                     darah daging: kaum keluarga atau saudara-mara sendiri.
§                     darah gemuruh: mudah gugup atau hilang pertimbangan.
§                     darah manis: mudah mendapat bahaya atau kecederaan.
§                     darah muda: semangat atau perasaan yang tidak sabar, lekas marah.
§                     darah panas: orang yang cepat marah atau lekas marah.
§                     darah putih: orang bangsawan, anak raja.
§                     darah raja: keturunan raja.
§                     datang berkampung: berkumpul.
§                     datuk nenek: leluhur.
§                     daun pintu: bahagian pintu yang boleh dibuka dan ditutup.
§                     daun telinga: bahagian luar telinga untuk menangkap suara.
§                     daun tingkap: bahagian tingkap yang boleh dibuka dan ditutup.
§                     daya fikir: kekuatan berfikir.
§                     daya upaya: ikhtiar untuk melakukan sesuatu.
§                     delima merekah: bentuk dan warna bibir yang elok.
§                     dendam kesumat: benci yang amat sangat.
§                     depan hidung: terlalu dekat.
§                     derma kilat: derma yang dipungut dengan serta-merta.
§                     detak hati: perasaan, kata hati.
§                     detik jantung: bunyi degup jantung.
§                     di depan hidung: (sila lihat juga depan hidung.)
§                     diam-diam lepu: pada zahirnya nampak baik tetapi sebenarnya jahat dan berbahaya sekali.
§                     diam-diam ubi: orang yang berusaha secara senyap tetapi menguntungkan.
§                     diam diri: tidak berkata-kata.
§                     diam membatu: (sila lihat juga diam diri.)
§                     diam penggali: orang bodoh.
§                     dibayang kata: (sila lihat juga bayang kata.)
§                     dibuang negeri: (sila lihat juga buang negeri .)
§                     diburu hutang: (sila lihat juga buru hutang.)
§                     dingin hati: tidak menaruh perhatian atau tidak gembira.
§                     dingin kepala: berfikiran tenang dan waras.
§                     dingin tangan: orang yang pekerjaannya selalu berjaya.
§                     ditangkap basah: (sila lihat juga tangkap basah.)
§                     dua sejoli: sepasang kekasih atau suami isteri.
§                     duduk perut: (sila lihat juga besar perut .)
§                     duit kopi: bayaran tidak rasmi iaitu wang yang diberikan kepada seseorang sebagai upah dalam usaha mendapatkan sesuatu, rasuah.
§                     duit pecah: duit syiling.
§                     duit teh: wang sagu hati.
§                     dunia terbalik: keadan yang berbeza daripada semula jadi, ganjil.
§                     duri dalam daging: sesuatu yang mengganggu ketenteraman.
§                     durian runtuh: (sila lihat juga dapat terpijak.)

 

 

Simpulan bahasa Bermula Huruf E

§                     ekor belangkas: pedang atau golok yang berbentuk ekor belangkas.
§                     ekor kuda: rambut yang diikat di belakang.
§                     ekor lipas: rambut pada lubang tengkuk.
§                     ekor mata: sudut mata yang di sebelah luar.
§                     ekor pulau: hujung pulau.
§                     elok budi: baik budi pekerti.
§                     emak angkat: perempuan yang dianggap seperti ibu kandung sendiri.
§                     emak tiri: wanita yang bukan ibu sendiri menjadi isteri bapa.
§                     emas putih: campuran emas berwarna putih.
§                     emas tempawan: orang yang dikasihi.
§                     emas tua: emas yang tinggi mutunya.
§                     emas urai: emas yang halus seperti pasir.
§                     embun betina: embun yang kecil-kecil.
§                     embun jantan: embun yang besar-besar.
§                     enak hati: gembira atau senang hati.
§                     enau di hutan: seseorang yang suka hidup bersendirian.


Simpulan bahasa Bermula Huruf F

§                     faham kiri: berfikiran politik yang radikal.
§                     fajar menyingsing: pagi hari.
§                     fasih lidah: pandai berkata-kata atau lancar bercakap.
§                     fikir panjang: berfikir dua kali.
§                     fikiran buntu: tidak dapat memikirkan sesuatu kerana tiada idea.
§                     fikiran kolot: fikiran yang ketinggalan zaman.
§                     fikiran sempit: fikiran yang cetek.
§                     fikiran tajam: cepat faham akan sesuatu.
§                     fikiran terbuka: sanggup mempertimbangkan sebarang cadangan, pembaharuan dan sebagainya.
§                     fikiran terganggu: sakit jiwa atau otak.

Simpulan Bahasa Bermula Huruf G

§                     gadai bergolok: sanggup berbelanja sehingga berhabisan harta benda kerana hendak mendapatkan sesuatu hajat.
§                     gadai nyawa: meletakkan diri dalam keadaan yang boleh membawa maut.
§                     gadis sunti: anak perempuan yang belum baligh.
§                     gajah guling: perhiasan sanggul dengan dua untai bunga melati.
§                     gaji buta: gaji yang diterima dengan tidak bekerja sunguh-sungguh atau gaji yang didapati tanpa bekerja keras; seseorang yang tidak bekerja tetapi mendapat gaji.
§                     gaji pokok: mendapat gaji tanpa perlu bekerja bersungguh-sungguh.
§                     gambaran hidup: teladan.
§                     ganti rugi: bayaran yang dibuat kerana sesuatu kerugian atas kerosakan.
§                     ganti tikar: berkahwin dengan adik isteri setelah isteri meninggal dunia.
§                     garam hidup: pengalaman.
§                     gatal mulut: suka bercerita keburukan orang.
§                     gatal tangan: sengaja mencari sebab tanpa tujuan apa-apa.
§                     gelap buta: sangat gelap.
§                     gelap fikiran: tidak dapat berfikir lagi kerana terlalu marah.
§                     gelap hati: sukar belajar.
§                     gelap mata: mengamuk atau marah macam orang gila.
§                     gelap pemandangan: pitam.
§                     gelap wang: menggunakan wang yang bukan hak.
§                     gelegar buluh: cakap besar tetapi tidak berisi.
§                     geli hati: rasa hendak ketawa.
§                     gelora hati: perasaan yang tidak tenang.
§                     gelora semangat: perasaan berkobar-kobar.
§                     gencatan senjata: memberhentikan peperangan.
§                     gendang besar: orang yang suka bercakap besar tetapi percakapannya semua kosong.
§                     gendang paha: bersuka ria kerana orang lain ditimpa kesusahan.
§                     gerak badan: bersenam.
§                     gerak hati: niat atau perasaan dari dalam hati.
§                     gerak jalan: latihan berjalan sebagai satu pasukan.
§                     gerakan gelap: gerakan tidak sah yang dirahsiakan.
§                     gergaji dua mata: orang yang menerima keuntungan daripada kedua-dua pihak.
§                     gigi air: bahagian tepi air laut, sungai atau tasik.
§                     gigi hutan: tepi hutan.
§                     gila angau: sangat kasih akan seseorang sehingga tidak menghiraukan hal-hal lain.
§                     gila babi: penyakit sawan babi.
§                     gila bahasa: orang yang tidak panjang fikirannya.
§                     gila bayang: ingin akan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh.
§                     gila bayang-bayang: berhajatkan sesuatu yang mustahil.
§                     gila-gila air: kurang sihat ingatan (fikiran).
§                     gila-gila bahasa: kurang sihat atau tidak panjang fikiran (cepat marah, pemberani, tidak malu).
§                     gila harta: sentiasa mementingkan harta kekayaan.
§                     gila isim: gila kerana tersalah menuntut ilmu batin.
§                     gila judi: orang yang suka bermain judi.
§                     gila kuasa: sangat ingin mendapat kuasa.
§                     gila pangkat: sentiasa ingin mendapat pangkat.
§                     gila perempuan: lelaki yang suka melihat atau sangat berkeinginan kepada seseorang perempuan.
§                     gila talak: teringat-ingat akan bekas isteri atau suami setelah bercerai.
§                     gila urat: sangat ingin kepada lelaki atau perempuan yang dicintainya.
§                     golok kayu: pengetahuan yang tidak mencukupi atau tiada gunanya.
§                     gulung tikar: muflis.
§                     gunting hati: melukai perasaan.
§                     gunung hati: tersangat ingin.
§                     gunung payung: orang kesayangan.
§                     gunung runtuh: bunyi bergemuruh.




Simpulan Bahasa Bemula Huruf  H
§                     habis akal: bingung setelah berusaha sedaya upaya.
§                     habis bulan: hujung bulan.
§                     habis jadi abu: musnah.
§                     habis jodoh: bercerai.
§                     habis modal: tidak ada idea lagi.
§                     habis nyawa: (a) mati. (b) menebus dengan nyawa.
§                     habis perkara: selesai.
§                     habis tahun: penghujung tahun.
§                     halwa mata: persembahan yang mengasyikkan.
§                     halwa telinga: sesuatu yang sedap didengar.
§                     hampa tangan: tidak mendapat apa-apa.
§                     hancur hati: kecewa.
§                     hancur luluh: hancur lebur.
§                     hangat hati: sangat marah.
§                     hangat-hangat kuku: suam-suam.
§                     hangat-hangat tahi ayam: tidak bersungguh-sungguh melakukan sesuatu.
§                     hangus hati: (sila lihat juga hangat hati.)
§                     hantu paku: orang yang suka mengaku hak orang lain sebagai haknya.
§                     hanyut diri: sesat langkah.
§                     harga diri: moral atau maruah seseorang.
§                     harga mati: harga tetap.
§                     harga pokok: modal atau harga belian.
§                     hari tua: masa seseorang yang telah tua serta tidak berdaya.
§                     hati ayam: pengecut atau penakut.
§                     hati batu: bantah, degil, atau enggan mendengar cakap dan tidak mahu mengalah; seseorang yang tidak mahu mengikut nasihat dan mempunyai azam yang kuat.
§                     hati berbulu: seseorang yang menyimpan niat jahat.
§                     hati berlian: sangat baik hati.
§                     hati budi: sifat atau perangai.
§                     hati emas: seseorang hatinya yang terlalu baik.
§                     hati kecil: perasaan hati yang sebenarnya.
§                     hati muda: rasa muda dalam hati.
§                     hati nurani: (a) hati yang telah mendapat petunjuk Tuhan. (b) perasaan hati yang murni.
§                     hati perut: bertimbang rasa.
§                     hati putih: mempunyai niat yang ikhlas.
§                     hati tawajuh: hati yang semata-mata dihadapkan kepada Tuhan.
§                     hati terbuka: ikhlas.
§                     hati tikus: penakut atau pengecut.
§                     hati tungau: penakut.
§                     hati waja: terus berusaha dan tidak mudah putus asa dengan mempunyai pendirian yang teguh atau memiliki cita-cita yang amat kuat.
§                     hentam kromo: membuat sesuatu kerja tanpa diteliti.
§                     hidung belang: pemuda lelaki yang suka mengusik, mengganggu, atau menggoda perempuan.
§                     hidung tinggi: bongkak atau sombong.
§                     hidup terbuang: tersia-sia diri.
§                     hilang akal: tidak mampu berfikir lagi; gila.
§                     hilang harapan: putus asa.
§                     hilang-hilang timbul: sekejap ada sekejap tiada.
§                     hilang ingatan: (sila lihat juga hilang akal.)
§                     hilang lenyap: hilang tanpa berita.
§                     hilang muka: seseorang yang menderita kerana malu.
§                     hilang nyawa: mati.
§                     hilang pegangan: hilang nilai-nilai yang baik.
§                     hilang semangat: tersentak kerana terperanjat atau terkejut.
§                     hilir mudik: berjalan ke sana ke mari.
§                     hina budi: berkelakuan buruk.
§                     hisap darah: mengambil keuntungan yang berlebih-lebih daripada orang ketika berjual beli.
§                     hisap jari: kecewa.
§                     hitam muka: muram atau marah.
§                     hitam putih: bertulis.
§                     hitung buah kerayung: mengira keuntungan sesuatu benda yang belum tentu dapat.
§                     hujung pangkal: asal mula.
§                     hukum alam: sesuatu yang berkenaan kejadian alam.
§                     hukum Allah: takdir Tuhan.
§                     hutang darah: tuntutan bela terhadap seseorang atau sesuatu pihak yang telah melakukan kejahatan.
§                     hutang kayu ara: hutang yang tidak mungkin berbayar.
§                     hutang lapuk: hutang yang sudah lama tidak dilunaskan.
§                     hutang nyawa: nyawa seseorang yang diselamatkan oleh orang lain.


Simpulan Bahasa Bermula Huruf  I

§                     ibu angkat: perempuan yang memelihara seseorang seperti anaknya sendiri.
§                     ibu ayam: seseorang perempuan yang melindungi atau menjaga pelacur untuk mendapatkan wang.
§                     ibu kandung: ibu sendiri.
§                     ibu keladi: orang yang duduk di tengah-tengah satu kumpulan orang.
§                     ibu pertiwi: tanah tempat kelahiran.
§                     ikat diri: terlalu berat.
§                     ikat hati: menawan.
§                     ikat janji: membuat perjanjian.
§                     ikat kata: menggubah kata.
§                     ikat perut: tahan selera, menahan lapar, atau kurangkan makan kerana berjimat.
§                     intan baiduri: (sila lihat juga emas tempawan.)
§                     iri hati: perasaan dengki atau cemburu.
§                     isi dada: sesuatu atau apa-apa yang terfikir dalam hati, perasaan; segala yang ada di dalam hati seseorang tentang sesuatu perkara.
§                     isi hati: (sila lihat juga isi dada.)
§                     isi perut: (sila lihat juga isi dada.)
§                     isi rumah: keluarga; orang yang tinggal di rumah berkenaan.


Simpulan Bahasa Bermula Huruf  J

§                     jadi abu arang: barang yang telah rosak.
§                     jadi alat: tenaganya sahaja diperlukan tetapi faedahnya ia tidak merasa.
§                     jadi angin: sesuatu yang tidak boleh dipakai lagi atau sudah rosak.
§                     jadi bapa kuda: orang lelaki yang berkahwin di sana sini dan tidak bertanggungjawab.
§                     jadi bumi langit: orang yang sangat diharapkan.
§                     jadi fikiran: masalah yang harus difikirkan.
§                     jadi kaki: orang yang dijadikan ejen atau pesuruh kepada sesuatu pekerjaan oleh orang lain.
§                     jadi perkakas: (sila lihat juga jadi alat.)
§                     jadi umang-umang: orang yang suka berlagak dengan memakai pakaian orang lain.
§                     jaga hati: bertolak ansur dan saling menghormati.
§                     jaga mulut: berhati-hati bila bercakap.
§                     jalan belakang: menggunakan cara yang tidak sah.
§                     jalan buntu: sesuatu yang tiada penyelesaian.
§                     jalan damai: menyelesaikan sesuatu menggunakan cara rundingan.
§                     jalan fikiran: cara berfikir.
§                     jalan kaki: berjalan tanpa kenderaan.
§                     jalan tengah: mengambil keputusan yang tidak berat sebelah.
§                     jantung hati: orang yang sangat dikasihi.
§                     jarum halus: tipu muslihat.
§                     jatuh air muka: menjadi malu.
§                     jatuh bangun: maju mundur.
§                     jatuh cinta: menaruh atau jatuh cinta (kasih) kepada seseorang.
§                     jatuh dari langit: (sila lihat juga dapat terpijak.)
§                     jatuh harga diri: jatuh maruah.
§                     jatuh hati: (sila lihat juga jatuh cinta.)
§                     jatuh melarat: menjadi miskin.
§                     jatuh nama: (sila lihat juga dapat malu.)
§                     jatuh sakit: mendapat sakit.
§                     jatuh semangat: hilang keberanian.
§                     jauh hati: sedih kerana perasaannya tersinggung oleh perbuatan atau percakapan orang lain.
§                     jejak bahu: (sila lihat juga cecah bahu.)
§                     jejak bara: sesuatu yang tergantung hampir mencecah tanah.
§                     jejak keruh: perbuatan yang kurang baik.
§                     jejak langkah: mencontohi.
§                     jejak orang tua: mengikut kelakuan orang tuanya.
§                     jelatang kampung: pengganggu keamanan kampung.
§                     jinak-jinak lalat: persahabatan seseorang yang bergaul dengan orang lain tetapi tidak mesra.
§                     jinak-jinak merpati: orang perempuan yang pada zahirnya kelihatan ramah atau lembut tetapi hakikatnya tidak atau ada hadnya.
§                     jinak lalat: (sila lihat juga jinak-jinak lalat.)
§                     jinak merpati: (sila lihat juga jinak-jinak merpati.)
§                     jiwa besar: mempunyai sikap yang tidak mahu kalah atau dipengaruhi oleh orang lain.
§                     jiwa hamba: mempunyai perasaan rendah diri dan senang memberi tenaga bakti kepada orang lain.
§                     jual mahal: tidak suka masuk campur.
§                     juling air: juling sedikit.
§                     juling itik: apabila memandang sesuatu, kepala disengetkan.



Simpulan Bahasa Bermula Huruf  N

§                     naik angin: menjadi terlalu marah tanpa bersebab atau tidak tentu masa sehingga tidak dapat mengawal diri; meradang.
§                     naik darah: (sila lihat juga naik angin.)
§                     naik geram: menyampah.
§                     naik kepala: berbuat sesuatu yang melampaui batas.
§                     naik lemak: menjadi terlalu manja.
§                     naik minyak: menjadi marah dan mengganas.
§                     naik pitam: pening.
§                     naik saksi: menjadi saksi.
§                     naik semangat: bertambah berani.
§                     nama baik: maruah.
§                     nasi damai: nasi yang dihidangkan kepada pengantin sebagai tanda mesra setelah bersatu.
§                     nipis telinga: (sila lihat juga darah panas.)
§                     Nujum Pak Belalang: tukang tilik palsu.
§                     nyawa-nyawa ikan: keadaan yang hampir-hampir mati.
§                     nyiur gading: pokok kelapa kuning.

 

Simpulan Bahasa Bermula Huruf O

§                     oleh-oleh: hadiah.
§                     omong kosong: (sila lihat juga cakap angin.)
§                     orang asing: orang dari negeri lain yang datang ke sesebuah negeri.
§                     orang asli: penduduk asal sesebuah negeri.
§                     orang atasan: orang yang berpangkat tinggi; pembesar.
§                     orang berada: orang yang berharta.
§                     orang besar: (sila lihat juga orang atasan.)
§                     orang biasa: rakyat biasa.
§                     orang buangan: orang yang dihukum buang negeri.
§                     orang buruan: orang yang dicari kerana kesalahan jenayah.
§                     orang dagang: (sila lihat juga orang asing.)
§                     orang dalam: orang yang bekerja dalam sesuatu jabatan.
§                     orang dapur: orang perempuan.
§                     orang darat: (sila lihat juga orang asli.)
§                     orang gaji: orang yang bekerja di rumah orang lain dan diberikan gaji.
§                     orang galang: orang yang menjadi pelindung kepada orang lain.
§                     orang halus: roh, jin, atau orang bunian.
§                     orang harapan: seseorang yang diharapkan untuk membuat sesuatu perkara.
§                     orang kanan: orang yang diharapkan.
§                     orang rumah: isteri.
§                     orang tua-tua: orang bijak dan berpengalaman.
§                     orang upahan: orang yang dibayar untuk membuat sesuatu kerja biasanya yang tidak baik.
§                     otak beku: orang yang bodoh.
§                     otak cair: orang yang sangat pintar, pandai, atau cerdik.
§                     otak kering: tidak berapa siuman; lambat atau susah menerima sesuatu yang diajarkan.
§                     otak udang: (sila lihat juga otak beku.)

 

Simpulan  Bahasa Bermula Huruf  P

§                     pacat kenyang: terus beredar setelah makan.
§                     padang jarak padang tekukur: musnah.
§                     pak pandir: orang yang bodoh.
§                     pak sanggup: orang yang menyanggupi sebarang kerja yang diberikan.
§                     pak turut: orang yang mengikut sahaja.
§                     paku belanda: harga tetap atau harga yang tidak dapat ditawar-tawar lagi.
§                     paling hati: tidak setia.
§                     paling tadah: (sila lihat juga paling hati.)
§                     panas hati: sangat marah atau sangat benci.
§                     panas rezeki: sukar mendapat rezeki.
§                     panjang akal: cerdik.
§                     panjang ekor: berani berbuat jahat.
§                     panjang fikiran: (sila lihat juga panjang akal.)
§                     panjang lidah: suka mengadu atau menyampai-nyampaikan cakap.
§                     panjang tangan: (sila lihat juga cepat tangan.)
§                     pasang badan: berhias diri untuk memikat.
§                     pasang kaki: menggunakan orang-orang yang tertentu untuk membuat sesuatu kerja.
§                     pasang mata: memerhatikan baik-baik; waspada.
§                     pasang telinga: mendengar dengan teliti, berhati-hati, atau bersungguh-sungguh.
§                     pasar gelap: perniagaan yang dijalankan secara haram dari segi undang-undang.
§                     patah arang: perceraian yang tidak dapat didamaikan lagi.
§                     patah hati: hilang kemahuan untuk berbuat sesuatu.
§                     patah kandar: hilang tempat bergantung.
§                     patah lagu: getaran suara apabila menyanyi.
§                     patah lidah: tidak dapat berkata-kata dengan lancar.
§                     patah perang: kalah perang.
§                     patah semangat: hilang kemahuan untuk berusaha.
§                     patung bernyawa: hidup yang tidak mempunyai cita-cita.
§                     pecah amanah: melanggar amanah.
§                     pecah khabar: tersiar berita.
§                     pedih hati: pilu.
§                     pejam mata: orang yang tidak mengambil tahu hal-hal yang berlaku di sekelilingnya.
§                     pekak badak: seseorang yang rosak pendengarannya atau pura-pura tidak mendengar.
§                     pekak batu: (sila lihat juga pekak badak.)
§                     peluk lutut: tidak bekerja.
§                     peluk tangan: (sila lihat juga peluk lutut.)
§                     peluk tubuh: (sila lihat juga peluk lutut.)
§                     pembasuh mulut: (sila lihat juga basuh mulut.)
§                     pencakar awan: (sila lihat juga cakar awan.)
§                     pencakar langit: (sila lihat juga cakar langit.)
§                     pendekar kata: orang yang pandai berpidato.
§                     pendekar lidah: (sila lihat juga pendekar kata.)
§                     pendekar pena: orang yang pandai menulis rencana di surat khabar.
§                     pendekar sambal: pendekar yang pengecut dan mudah ditumbangkan.
§                     pengubat hati: (sila lihat juga ubat hati.)
§                     pening-pening lalat: berasa pening sedikit.
§                     penyapu baru: orang yang baru akan rajin bekerja.
§                     perang dingin: bergaduh dengan tidak bercakap.
§                     perang gerila: perang secara bersembunyi.
§                     perang mulut: berbahas, bertengkar.
§                     perang pena: pertengkaran melalui tulisan di akhbar.
§                     perang saudara: perang antara orang sebangsa.
§                     perang terbuka: perang secara besar-besaran.
§                     peras otak: belajar bersungguh-sungguh.
§                     peras tenaga: (sila lihat juga banting tulang.)
§                     peras tenaga orang: membuat orang bekerja untuk keuntungan dirinya.
§                     perigi buta: perigi yang tidak berair.
§                     perut kapal: bahagian kapal yang di tengah-tengah.
§                     perut kosong: lapar.
§                     perut laut: bahagian laut yang dalam.
§                     pilih bulu: memandang kedudukan, bangsa, dan keturunan.
§                     pilih kasih: bersikap berat sebelah dengan memberi layanan yang lebih kepada pihak yang disayangi.
§                     pindah tangan: bertukar milik.
§                     pinggang kerengga: ramping.
§                     pintu rezeki: jalan untuk mendapat rezeki.
§                     pintu terbuka: sedia menerima tetamu.
§                     pisau cukur: perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki.
§                     potong jalan: mendahului sehingga menyebabkan orang yang sepatutnya mendapat sesuatu tidak berpeluang.
§                     pukul curi: memukul dengan tidak diketahui oleh orang yang dipukul.
§                     pukul rata: (a) purata. (b) melayan atau memperlakukan semua dengan sama.
§                     putera mahkota: anak raja yang bakal naik takhta.
§                     puteri lilin: perempuan yang tidak tahan kena panas.
§                     putih hati: ikhlas dan jujur.
§                     putih mata: kecewa atau gagal kerana harapan tidak tercapai; mendapat malu.
§                     putih tapak kaki: lari sekuat-kuatnya.
§                     putih tulang: mati.
§                     putus akal: (sila lihat juga mati akal.)
§                     putus arang: persahabatan yang putus sama sekali.
§                     putus kata: mendapat kata sepakat.
§                     putus rezeki: hilang mata pencarian.
§                     putus ubat: upacara menamatkan ubat selepas sembuh.
§                     puas hati: lega.


Simpulan Bahasa Bermula Huruf Q

§                     quran buruk: sesuatu yang sudah tidak boleh diharapkan atau digunakan tetapi masih dihormati kerana sebab-sebab tertentu.

Simpulan Bahasa Bermula Huruf R

§                     rabun ayam: (sila lihat juga buta ayam.)
§                     rabun senja: (sila lihat juga buta ayam.)
§                     raja bola: pemain bola yang handal.
§                     raja sehari: pasangan pengantin yang bersanding.
§                     rambang mata: tidak tahu yang mana satu hendak dipilih.
§                     rangkai hati: (sila lihat juga bintang hati.)
§                     retak tangan: nasib.
§                     rezeki harimau: makanan yang banyak dan berjenis-jenis.
§                     rezeki mahal: (sila lihat juga panas rezeki.)
§                     rezeki murah: selalu mendapat keuntungan.
§                     ringan kaki: suka melawat atau berkunjung.
§                     ringan kepala: mudah memahami sesuatu yang diajarkan.
§                     ringan mulut: peramah; suka bercakap-cakap.
§                     ringan tangan: suka menolong orang; rajin bekerja atau cepat membuat kerja.
§                     ringan tulang: (sila lihat juga ringan tangan.)
§                     ringan tulang berat perut: orang yang rajin bekerja dan memperoleh kesenangan.
§                     rosak hati: menderita.
§                     rosak nama: (sila lihat juga arang di dahi.)
§                     runtuh iman: tergoda untuk melakukan kejahatan.
§                     rusuh hati: gelisah.


Simpulan Bahasa Bermula Huruf  S

§                     sagu hati: wang atau pemberian yang diberikan sebagai ganti rugi.
§                     sakit akal: (sila lihat juga hilang akal.)
§                     sakit angau: (sila lihat juga gila angau.)
§                     sakit hati: perbuatan yang menyinggung perasaan dan membuatkan orang marah.
§                     sakit mata: benci melihat sesuatu.
§                     sakit otak: (sila lihat juga hilang akal.)
§                     sakit telinga: benci mendengar sesuatu.
§                     salah cakap: maklumat yang disampaikan tidak tepat.
§                     salah jalan: tersesat.
§                     salah kata: (sila lihat juga salah cakap.)
§                     salah kerop: salah alamat atau tujuan.
§                     salah langkah: memulakan sesuatu usaha tanpa rancangan yang teliti.
§                     salah mulut: terlajak kata.
§                     salah urat: terseliuh atau terpelecok.
§                     salin tikar: mengahwini kakak atau adik perempuan kepada isteri yang telah meninggal dunia.
§                     samar muka: waktu senja dengan cahaya yang hampir gelap.
§                     sampah dunia: (sila lihat juga bangkai bernyawa.)
§                     sampah masyarakat: (sila lihat juga bangkai bernyawa.)
§                     sampai ajal: meninggal dunia.
§                     sampai akal: (sila lihat juga masuk akal.)
§                     sampai hati: tidak segan-segan; tergamak; tidak menaruh belas kasihan.
§                     saudara angkat: (a) orang yang dipelihara oleh ibu bapa kita. (b) seseorang yang diakui sebagai saudara sendiri.
§                     saudara anjing: adik-beradik seibu berlainan ayah.
§                     saudara baru: orang yang baru memeluk agama Islam.
§                     saudara dekat: saudara-mara yang masih dekat pertaliannya.
§                     saudara jauh: (sila lihat juga bau-bau bacang.)
§                     saudara kandung: saudara seibu sebapa.
§                     saudara pungut: (sila lihat juga saudara angkat.)
§                     saudara susu: menjadi saudara atau adik-beradik kerana menyusu daripada perempuan yang sama.
§                     saudara susuan: (sila lihat juga saudara susu.)
§                     sehelai sepinggang: pakaian yang ada pada tubuh.
§                     sejuk hati: berasa lega atau tenang dan tidak risau memikirkan sesuatu perkara.
§                     sekangkang kera: sangat sempit, (tanah, kawasan, tapak, dan sebagainya) yang tidak luas.
§                     sekapur sirih: sekejap.
§                     senang cakap: mudah memperkatakan sesuatu tetapi sukar membuatnya.
§                     senang hati: gembira kerana sesuatu.
§                     senapang bambu: orang yang nampaknya berbahaya sahaja tetapi sebenarnya tidak.
§                     sengkang mata: tidak tidur semalaman.
§                     senyum kambing: senyum mengejek.
§                     senyum kucing: senyum yang ada muslihat.
§                     senyum manis: senyum yang menarik.
§                     senyum mesra: senyum yang menunjukkan kemesraan.
§                     senyum raja: senyum yang dibuat-buat.
§                     senyum-senyum siput: (sila lihat juga senyum simpul.)
§                     senyum simpul: senyum sedikit.
§                     senyum sumbing: (sila lihat juga senyum simpul.)
§                     senyum tawar: senyum yang dibuat-buat ketika sedang berduka.
§                     sepak kertas: tidak mempunyai pekerjaan.
§                     separuh mati: terlalu penat.
§                     serang hendap: serbuan yang dibuat secara sembunyi-sembunyi.
§                     seri muka: cahaya muka.
§                     seri panggung: bintang bangsawan.
§                     serkap jarang: tuduhan yang dibuat secara agak-agak; meneka atau menuduh dengan sembarangan sahaja.
§                     setengah masak: sesuatu yang tidak cukup sempurna.
§                     setengah tiang: gila-gila.
§                     simpul mati: masalah atau perbalahan yang tidak dapat diselesaikan.
§                     singkat akal: tidak bijak.
§                     singkat umur: umur pendek.
§                     suara hati: (sila lihat juga gerak hati.)
§                     suara-suara sumbang: (sila lihat juga suara sumbang.)
§                     suara sumbang: pendapat yang bertentangan dengan pendapat umum.
§                     sumber ilham: sesuatu yang menjadi inspirasi.
§                     suntuk akal: (sila lihat juga mati akal.)
§                     suntuk fikiran: cetek pengetahuan.


Simpulan Bahasa Bermula Huruf  T

§                     tahan hati: orang yang tahan menerima segala kesusahan.
§                     tahan uji: (a) boleh diuji. (b) terbukti kebaikannya (keelokannya dan lain-lain); seseorang baik yang disangka buruk.
§                     tahi air: sampah yang mengapung di atas air.
§                     tahi arak: (sila lihat juga kaki arak.)
§                     tahi judi: orang yang suka berjudi.
§                     tahi ketam: sisa kayu yang diketam.
§                     tahi lalat: titik atau tumbuhan kecil di kulit.
§                     tahi minyak: orang yang cerewet.
§                     tahu ada: mahukan sesuatu itu siap sedia.
§                     tahu adab: berbudi bahasa.
§                     tahu adat: sopan santun.
§                     tahu bahasa: (sila lihat juga tahu adab.)
§                     tahu diuntung: sedar akan kedudukan diri.
§                     tajam akal: cerdik; pintar.
§                     tajam fikiran: (sila lihat juga tajam akal.)
§                     tajam ingatan: tidak pelupa.
§                     tajam lidah: (sila lihat juga mulut bisa.)
§                     tajam mulut: (sila lihat juga mulut bisa.)
§                     tajam pendengaran: orang yang lekas dapat mendengar atau baik pendengarannya.
§                     tajuk mahkota: (sila lihat juga bintang hati.)
§                     tak kering gusi: ketawa yang berulang-ulang sehingga beberapa lama kerana mendengar lawak jenaka.
§                     talam dua muka: orang yang berbuat baik kepada dua pihak yang bermusuh.
§                     tali arus: terlalu banyak (misalnya orang) yang lalu di sesuatu kawasan; tidak putus-putus.
§                     tali barut: orang yang membuat pekerjaan tidak baik untuk orang lain.
§                     tangan kanan: (sila lihat juga orang kanan.)
§                     tangan kosong: hampa.
§                     tangan panas: selalu gagal.
§                     tangan terbuka: menerima atau menyambut sesuatu atau orang dengan sukacita.
§                     tangkai hati: (sila lihat juga bintang hati.)
§                     tangkai jering: (sila lihat juga ketam batu.)
§                     tangkai kalbu: (sila lihat juga bintang hati.)
§                     tangkap basah: ditangkap ketika melakukan kesalahan.
§                     tangkap buta: menuduh orang dengan sembarangan sahaja.
§                     tangkap maut: memilih dengan tidak teliti.
§                     tangkap muat: mengambil mana yang sempat.
§                     tangkap tangan: (sila lihat juga tangkap basah.)
§                     tangkap wap: perbuatan yang sia-sia.
§                     tarik kesimpulan: membuat kesimpulan.
§                     tarik langkah seribu: (sila lihat juga langkah seribu.)
§                     tarik modal: membawa masuk modal.
§                     tarik muka dua belas: bermuka masam.
§                     taruh hati: suka.
§                     taruh mata: melihat.
§                     tawar hati: tidak bersemangat; tidak ada kemahuan.
§                     tebuk tupai: perempuan yang kehilangan dara bukan melalui perkahwinan yang sah.
§                     tegar hati: (sila lihat juga hati batu.)
§                     telinga kuali: orang yang pekak atau tahan hati walaupun dimarahi.
§                     telinga lintah: (sila lihat juga tajam pendengaran.)
§                     telinga nipis: (sila lihat juga darah panas.)
§                     telinga tempayan: orang yang tidak mahu mendengar.
§                     teman hidup: suami atau isteri.
§                     teman sejawat: rakan tempat bekerja.
§                     terang hati: mudah memahami sesuatu yang diajar.
§                     terang tanah: waktu pagi atau hampir siang.
§                     terang-terang tanah: (sila lihat juga terang tanah.)
§                     terburu nafsu: (sila lihat juga buru nafsu.)
§                     termakan budi: (sila lihat juga makan budi.)
§                     tersalah jalan: (sila lihat juga salah jalan.)
§                     tersalah kata: (sila lihat juga salah kata.)
§                     tidur ayam: tidur dalam keadaan berjaga; mudah terjaga dari tidur.
§                     tidur mati: tidur yang tidak sedarkan diri.
§                     tidur-tidur ayam: tidur yang tidak nyenyak.
§                     tikam lidah: saling bertengkar, berdebat, atau berbahas tentang sesuatu.
§                     tin kosong: orang yang bercakap besar tetapi cakap-cakapnya itu tidak berilmu pengetahuan atau tidak boleh dipakai.
§                     tinggi hari: waktu matahari sudah tinggi.
§                     tinggi hati: megah dan sombong.
§                     tinggi rezeki: (sila lihat juga murah rezeki.)
§                     titi buih: melakukan pekerjaan yang sangat sukar.
§                     titik peluh: penat lelah (usaha yang bersungguh-sungguh); kerja atau usaha.
§                     tua keladi: orang yang semakin tua dan perangainya yang berperangai seperti orang muda yang semakin jahat.
§                     tua-tua keladi: orang tua yang berperangai buruk.
§                     tua-tua kelapa: orang yang semakin tua semakin baik perangainya.
§                     tua-tua terung masam: orang tua yang berperangai muda.
§                     tulang belakang: punca kekuatan seseorang, kumpulan, atau organisasi.
§                     tulang hitam: sumsum.
§                     tulang itik: orang yang tidak kuat bekerja.
§                     tulang kering: tulang dari lutut hingga pergelangan kaki.
§                     tumbuk rusuk: rasuah.
§                     turun minyak: menjadi berang atau ganas.
§                     turun takhta: melepaskan jawatan raja.


Simpulan Bahasa Bermula Huruf U

§                     ubat hati: penghibur hati.
§                     ubat jerih: upah.
§                     ubat lelah: (sila lihat juga ubat jerih.)
§                     ulat buku: orang yang suka atau rajin membaca buku.
§                     undur diri: beredar dari sesuatu tempat.
§                     untung batu: nasib buruk.
§                     untung sabut: nasib yang baik.
§                     upah seraya: memberi upah terhadap bantuan yang diberikan.



Simpulan Bahasa Bermula Huruf W

§                     wang duka: wang yang diberikan kepada waris yang meninggal dunia.
§                     wang hantaran: wang yang diberikan kepada keluarga pengantin perempuan.
§                     wang kopi: (sila lihat juga duit kopi.)
§                     wang suap: bayaran yang diberikan kerana melakukan sesuatu pekerjaan, biasanya secara tidak sah.


Simpulan Bahasa Bermula Huruf Z

§                     zaman atom: zaman moden atau zaman sekarang, iaitu zaman yang penuh dengan kemajuan.
§                     zaman bahari: zaman purbakala.
§                     zaman puntung berasap: zaman kuno.








KATA SENDI

PAGI TADI CIKGU DAH TERANGKAN BERKAITAN KATA SENDI DAN CIKGU MINTA KAMU LAYARI BLOG CIKGU KAMU NI UNTUK LEBIH JELAS LAGI.

1.KATA SENDI bertugas sebagai sendi yang merangkaikan FRASA NAMA dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain .
2. Kata sendi memerlukan frasa nama supaya bertugas sebagai predikat ayat.
3. Kata sendi dari,di,dan ke  adalah kata sendi yang utama kerana paling banyak dan sangat biasa digunakan dalam pertuturan dan penulisan.
4. Kata-kata sendi lain ialah akan,atas,bagi,sampai,sebagai,daripada,dengan,hingga,kepada,oleh,pada, sejak,seperti,tentang,terhadap,untuk, dan sebagainya

akan/kepada/terhadap

Digunakan selepas kata adjektif ( suka,sayang,hormat cantik dsb ) yang menyatakan perasaan atau sikap.
a. Dia sangat suka akan rambutan.
b. Amir sangat sayang akan / kepada ibunya.
c. Murid harus hormat akan / kepada / terhadap gurunya.

bagi / untuk

Digunakan untuk menentukan sessuatu yang dibezakan daripada yang lain,
a.Dia membeli hadiah untuk ayahnya.
b.Hal ini mudah bagi saya.

dari

Digunakan untuk tempat dan masa
a. Mereka dari Lahad Datu ,Sabah.
b. Mereka menunggu saya dari pukul dua petang.

daripada

Digunakan untuk orang,perbandingan,asal kejadian,benda abstrak,pertentangan dan untuk menunjukkan keanggotaan.
a.Surat itu daripada Rita.
b.Pisau itu lebih tajam daripada pisau ini.
c.Bakul ini dibuat daripada rotan.
d. Kami memperolehi banyak manfaat daripada ceramah tersebut.
e. Yang dikatakan berbeza daripada yang diamalkannya.
f.Kumpulan pengganas itu terdiri daripada lapan orang petani.

cikgu kamu berhenti di sini dulu ya.... bila ada kesempatan cikgu kamu sambung lagi... ha..ha. Anak-anak murid  4s yang cikgu sayang, hari isnin cuti ya... Hari selasa ,kalau cikgu tidak lupa,... jajan-jajan untuk murid-murid 4s.


http://lawaksengal.com/wp-content/uploads/2010/07/edisiam6.jpg

Tuesday, 2 April 2013

SKIMA KERTAS PENULISAN BAHASA MALAYSIA




PENULISAN Bahagian A:

* Elakkan penggunaan NAMA WATAK,  penggunaan nama watak dalam gambar AKAN DIPOTONG MARKAH.

* Sebaik-baiknya gunakan ayat majmuk dalam bahagian ini. Ayat majmuk lebih gramatis

.Setelah entri ini dikeluarkan ramai yang bertanya tentang benarkah nama watak tidak boleh ditulis dalam ayat tersebut (Bahagian A).
Saya bertanya kepada beberapa orang pemeriksa kertas Penulisan UPSR. Jawapannya begini:

-Boleh, namun nama tersebut haruslah berkesinambungan ke ayat seterusnya. Misalnya Ali, Ayah Ali, Kakak Ali, Ibu Ali...

-Jika masih was-was, maka untuk selamat gunakan saja Seorang budak lelaki.....Dua orang pelajar perempuan, Seorang guru ......dan lain-lain.






PENULISAN Bahagian B:

* Jika karangan berbentuk cerita atau menyambung cerita elakkan karangan yang tidak logik
seperti:
1. Cerita berkaitan hantu
2. Murid/calon menyelamatkan seseorang yang dalam keadaan kecemasan atau dalam apa-apa keadaan dengan menggunakan helikopter, jet atau sebagainya. Situasi mestilah LOGIK
3. Jika karangan itu memerlukan 'Apakah tindakan kamu' , maka calon itu mestilah menjadikan dirinya sebagai hero/heroin dalam cerita yang disampaikan itu. Sebagai contoh, jika hendak menyelamatkan orang yang lemas di sungai, calon itulah sendiri yang terjun ke sungai dan menyelamatkan orang itu, bukan menyuruh orang lain atau polis dan sebagainya.

PENULISAN Bahagian C:

Mulai tahun lepas, terdapat arahan tambahan dalam bahagian C iaitu JELMAKAN nilai murni.
Maksudnya di sini ialah, kita tidak harus menulis nilai yang telah tercatat dalam petikan. Sebagai contoh.
Ayat: Ahmad mengucapkan terima kasih kepada guru kelasnya.
Rumusan: Kita seharusnya berterima kasih kepada guru kita. (ini jawapan yang tidak tepat)
Sepatutnya: Kita seharusnya menghargai ...........(jelmakan satu nilai yang hampir sama maknanya dengan nil


SKEMA PEMARKAHAN NILAI MURNI BAHAGIAN C
 Bahagian C (Nilai Murni)

1.Nilai yang ada (hendaklah dijelmakan nilai baru)
yang menyamai maksud nilai tersebut. Contoh berterima kasih menjadi menghargai.

2. Contoh nilai mestilah apa yang ada dalam petikan.
(Misalnya seperti Ahmad yang....).

3. Jumlah perkataan 50 (Maksima 60 pkt)

4. Kesimpulannya, rumusan itu padat, bernas.

5. Kurangkan frasa yang tidak penting.


CONTOH JAWAPAN:

Berdasarkan petikan, saya dapati kita hendaklah........................................................................
contohnya............................................................................Selain itu,kita haruslah........................ ........................................misalnya..........................................................................................................................................................Disamping itu, kita perlulah.....................................................................
umpamanya..............................................................................................................................................
Oleh itu, kita sewajarnya.........................................................................................................................
seperti.......................................................................................................................................................
Akhir sekali, kita mestilah............................................................................................
dengan/supaya/untuk..................................................................................................................................