Friday, 5 April 2013

KATA SENDI

PAGI TADI CIKGU DAH TERANGKAN BERKAITAN KATA SENDI DAN CIKGU MINTA KAMU LAYARI BLOG CIKGU KAMU NI UNTUK LEBIH JELAS LAGI.

1.KATA SENDI bertugas sebagai sendi yang merangkaikan FRASA NAMA dengan kata-kata atau frasa-frasa yang lain .
2. Kata sendi memerlukan frasa nama supaya bertugas sebagai predikat ayat.
3. Kata sendi dari,di,dan ke  adalah kata sendi yang utama kerana paling banyak dan sangat biasa digunakan dalam pertuturan dan penulisan.
4. Kata-kata sendi lain ialah akan,atas,bagi,sampai,sebagai,daripada,dengan,hingga,kepada,oleh,pada, sejak,seperti,tentang,terhadap,untuk, dan sebagainya

akan/kepada/terhadap

Digunakan selepas kata adjektif ( suka,sayang,hormat cantik dsb ) yang menyatakan perasaan atau sikap.
a. Dia sangat suka akan rambutan.
b. Amir sangat sayang akan / kepada ibunya.
c. Murid harus hormat akan / kepada / terhadap gurunya.

bagi / untuk

Digunakan untuk menentukan sessuatu yang dibezakan daripada yang lain,
a.Dia membeli hadiah untuk ayahnya.
b.Hal ini mudah bagi saya.

dari

Digunakan untuk tempat dan masa
a. Mereka dari Lahad Datu ,Sabah.
b. Mereka menunggu saya dari pukul dua petang.

daripada

Digunakan untuk orang,perbandingan,asal kejadian,benda abstrak,pertentangan dan untuk menunjukkan keanggotaan.
a.Surat itu daripada Rita.
b.Pisau itu lebih tajam daripada pisau ini.
c.Bakul ini dibuat daripada rotan.
d. Kami memperolehi banyak manfaat daripada ceramah tersebut.
e. Yang dikatakan berbeza daripada yang diamalkannya.
f.Kumpulan pengganas itu terdiri daripada lapan orang petani.

cikgu kamu berhenti di sini dulu ya.... bila ada kesempatan cikgu kamu sambung lagi... ha..ha. Anak-anak murid  4s yang cikgu sayang, hari isnin cuti ya... Hari selasa ,kalau cikgu tidak lupa,... jajan-jajan untuk murid-murid 4s.


http://lawaksengal.com/wp-content/uploads/2010/07/edisiam6.jpg

No comments:

Post a Comment