
DARIPADA BUANG MASA ... lebih baik jawab soalan-soalan ni..
Arahan : Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong.
1. “Berapakah harga ………. petai ini?” tanya ibu kepada penjual.
A sebiji C seulas
B sebuah D sepapan
2. Banyak ………. perca kain yang berwarna-
warni dijahit untuk dijadikan alas kaki yang
menarik.
A cebis C bidang
B gumpal D gulung
3. Malik membeli sebatang tebu dan memotongnya agar setiap adiknya mendapat ……….
A sebiji C sehiris
B seruas D seketul
4. Pak Ahmad mempunyai beberapa ……….
rumah sewa di Kampung Pinang Sebatang.
A pintu C bidang
B papan D rangkai
5. Pemuda itu telah menjumpai ………. kunci sewaktu dalam perjalanan ke perhentian bas.
A sebilah C sejambak
B seutas D serumpun
6. Dia mengesat dakwat yang tertumpah di
atas meja itu dengan ……… kain.
A sebidang C sepasang
B secebis D selembar
7. Beberapa ……… mutiara digunakan pada kalung emas itu untuk mencantikkannya.
A ulas C butir
B keping D potong
8. Abang memasukkan ………. filem ke dalam kameranya.
A segulung C sekajang
B segelung D sebuah
9. Untuk memasak gulai itu, kita perlu memasukkan ………. asam gelugur dan beberapa ………. bawang merah.
A sepotong ….. biji
B sehiris ….. ulas
C seketul ….. biji
D sekeping ….. ulas
10. Setiap kali ayah pulang dari kampung, dia akan memuatkan keretanya dengan beberapa ……… rambutan serta beberapa ………. kelapa.
A tangkai ….. sikat
B ikat ….. tandan
C ikat ….. sisir
D tangkai ….. sisir
11. Ah Seng menggunakan tiga ………. kayu dan beberapa ………. daun kering untuk menghidupkan api.
A puntung ….. helai
B ranting ….. carik
C rumpun ….. lembar
D bilah ….. cebis
12. Beberapa ………. jalan raya dan dua ………. kedai ditenggelami air akibat hujan lebat.
A jalur ….. pintu
B kaki ….. baris
C batang ….. deret
D baris ….. buah
13. Sebelum beredar dari rumah nenek, emak sempat menjamah ……… pulut dan memakan ………. sirih.
A seketul ….. sekeping
B segenggam ….. sehelai
C sepotong ….. selembar
D secubit ….. sekapur
14. Tiap-tiap orang yang menyertai aktiviti gotong-royong itu membawa ……… penggali dan beberapa ……… dawai seorang.
A sebatang ….. gulung
B sebuah ….. gelung
C sekerat ….. lembar
D sebilah ….. utas
15. Emak menanam beberapa ……… sayur dan tiga ……… serai di belakang rumah untuk menjimatkan perbelanjaannya.
A baris ….. pucuk
B deret ….. kelompok
C batas ….. rumpun
D ikat ….. jambak
16. Dia menggunakan ……… tanah liat untuk dijadikan pinggan.
A sekepul C setompok
B segugus D segumpal
17. Hanya ………. penduduk di kawasan itu yang mendapat peluang masuk ke beberapa ……… maktab perguruan.
A segelintir ….. buah
B segolongan ….. biji
C sekelompok ….. deret
D sekumpulan ….. baris
18. Orang tua itu memilih beberapa ………. Jagung terbaik untuk dijadikan benih yang akan ditanam di ………. tanah terbiar.
A ulas ….. sekaki
B buah ….. sekumpulan
C biji ….. sekeping
D tongkol ….. sebidang
19. Pengawal yang bertugas ini memegang ………. senapang bagi menjaga keselamatan di ………. bangunan tinggi.
A sebilah ….. sebiji
B selaras ….. sebentuk
C sebatang ….. sebaris
D sepucuk ….. sebuah
20. Di atas para-para itu terdapat beberapa ………. pisang dan ………. rambutan.
A sisir ….. segugus
B sikat ….. sebutir
C biji ….. serumpun
D tandan ….. sejambak
21. Pemuda itu membeli ………. surat khabar mingguan di kedai Ali.
A sekeping C senaskah
B selembar D sehelai
22. ………. burung berterbangan di udara pada waktu pagi untuk mencari makan.
A Sepasukan
B Sekawan
C Serumpun
D Segerombolan
No comments:
Post a Comment