
CAKAP BESAR
Terdapat seekor ayam jantan bernama Si Hitam. Pada kaki Si Hitam ada dua taji, iaitu satu tumbuh di sebelah kaki kanan manakala satu lagi disebelah kaki kiri.
Pada suatu petang, Si Hitam pergi ke sebuah kampung. Apabila sampai di kampung itu, Si Hitam nampak padi di jemuran. Di jemuran itu ada seekor ayam jantan. Ayam jantan itu bernama Si Kuning. Si Hitam kenal akan Si kuning itu.
“Kenapa kamu berada di sini? Kamu tak layak makan padi di jemuran ini. Hanya aku yang layak makan padi itu kerana aku ada dua taji. Sedangkan kamu ada satu taji,” kata Si Hitam dengan sombongnya.
“Kamu jangan sombong Si Hitam. Walaupun aku ada satu taji, tetapi aku ada selera juga hendak makan padi di jemuran ini. Soal makan tidak ada kena mengena dengan taji,” kata Si Kuning.
Si Hitam dan Si Kuning terus makan padi di jemuran itu. Sambil makan Si Hitam menunjukkan tajinya kepada Si Kuning.
“Tengoklah aku ini, ada dua taji, semua ayam jantan yang ada di sini takut kepada aku. Tak ada seekor ayam jantanpun yang berani melawan aku. Apabila aku tunjukkan sahaja taji aku kepada mereka , mereka terus cabut lari,” kata Si Hitam dengan bangganya.
“Sebenarnya mereka bukan takut, tetapi mereka tidak suka bergaduh dengan kamu tu. Kalau bergaduhpun apa yang dapat.” Kata Si kuning. Ia terus mematuk padi di jemuran.
“Kamu jangan makan banyak. Aku sahaja yang boleh makan banyak, kalau kamu berdegil akau akan taji muka kamu tu,” kata Si Hitam dengan sombong.
Si Kuning tidak mempedulikan kata-kata Si Hitam itu, sebaliknya dia terus mematuk padi itu dengan cepat. Si Hitam naik marah apabila Si Kuning tidak mengendahkan kata-katannya. Si Hitam pun mematuk kepala Si Kuning bertubi-tubi.
“Kenapa kamu patuk aku? Apa salah aku?” tanya Si Kuning.
Si Hitam tidak menjawab, sebaliknya dia terus mematuk Si Kuning bertubi-tubi. Akhirnya kedua-duapun bergaduh. Si Hitam menggunakan tajinya untuk mencederakan Si Kuning. Akibatnya kepak Si Kuning berlumuran darah kerana terkena taji Si Hitam. Si Kuning yang telah cedera terpaksa lari dan menyembunyikan dirinya.
“Ha, padan muka kau! Nak lawan aku konon! Aku ada dua taji , kamu tu hanya ada satu taji. Aku dah kata tadi, tapi kamu degil. Aku menang! Aku menang!” teriak Si Hitam sekuat-kuat hatinya.
Suara Si Hitam telah didengari helang bukit. Sedang Si Hitam berteriak itu, tiba-tiba Si Helang bukit dengan pantas menyambarnya. Si Helang bukit membawa Si Hitam ke atas sepohon pokok. Si Helang bukit mematuk Si Hitam sehingga mati dan memakan daging Si Hitam dengan lahapnya.
Cakap besar bermaksud cakap yang membesar-besarkan diri sendiri, sombong atau angkuh.

Brahim dan Samsu suddah lama berkawan. Mereka merupakan sepasang sahabat akhrab. Pendek kata ke mana-mana Brahim pergi, dia akan mengajak Samsu menemaninya. Begitu akhrabnya persahabatan antara Brahim dengan Samsu.
Pada suatu hari, Samsu kehilangan pensel 2B. Dia ingin meminjam pensel 2B Brahim.
“Brahim, kamu ada pensel 2B lebihkah? Kalau ada bagi aku pinjam sekejap,” kata Samsu kepada Brahim.
“Ada . Kamu ambil sahajalah. Lagipun aku ada banyak pensel 2B,” kata Brahim sambil menghulurkan sebatang pensel 2B kepada Samsu.
“Terima kasih, Brahim. Kamulah satu-satunya sahabat aku,” kata Samsu kepada Brahim.
Brahim hanya tersenyum sambil mengangguk. Samsu pun terus menggunakan pensel 2B pemberian Brahim itu.
‘Nasib baik Brahim beri terus pensel 2B ni, tak payahlah aku beli,’ kata Samsu di dalam hati.
Namun begitu, anggapan Samsu meleset. Beberapa hari kemudian Brahim meminta semula pensel 2B yang telah diberinya kepada Samsu.
“Samsu, pulangkan semula pensel 2B yang aku berikan kepada kamu minggu lepas.Pensel 2B aku telah hilanglah,” kata Brahim kepada Samsu.
Samsu terkejut mendengar kata-kata Brahim itu.
“Kamu ni buruk siku betullah. Bukankah kamu sudah berikan pensel 2B itu kepada aku. Takkan kamu nak ambil balik,” kata Samsu kepada Brahim.
“Aku tak kira apa yang kamu hendak cakap. Buruk sikukah, buruk lakukah, tapi aku mahu balik pensel 2B aku tu,” kata Brahim. “Macam mana kalau aku tak mahu bagi?” tanya Samsu.
“Pensel itu aku yang punya, kamu mesti faham!” kata Brahim dengan nada yang meninggi. Bagi mengelakkan berlakunya pergaduhan, Samsupun menyerahkan semula pensel 2B itu kepada Brahim.
“Nah, ambillah balik pensel kamu tu!, Lain kali kalau kamu sayangkan harta kamu, jangan berinya kepada orang lain. Kalau dah beri, kemudian ambil balik, kamu akan dikatakan buruk siku. Aku mungkin boleh memaafkan tetapi jika dengan orang lain , silap hari bulan akan berlaku pergaduhan,” kata Samsu kepada Brahim.
Dengan muka selamba Brahim mengambil pensel 2B itu dari tangan Samsu.
Buruk siku bermaksud sudah memberi sesuatu kepada orang tetapi memintanya kembali.

AJAK – AJAK AYAM
Maksud : Ajakan yang tidak bersungguh-sungguh, hanya sebagai pemanis mulut.
Sebaik sahaja loceng pada waktu rehat berbunyi, maka berduyun-duyunlah murid-murid Sekolah Kuala Betis ke kantin. Masing-masing masing mahu mengisi perut yang kosong.
“ Sopian buat apa kamu beli nasi lemak tu, marilah makan nasi goreng aku ni. Nasi goreng ni emak aku yang masak. Sedap!” kata Sofian kepada Kamarul.
“ Terima kasih,” jawab Kamarul.
Namun begitu, Sofian terus makan tanpa mempedulikan Kamarul yang duduk di sebelahnya. Kamarul dapat meneka bahawa Sofian ajak-ajak ayam. Tidak mungkin Sofian bersungguh-sungguh mempelawannya.
“Lagupun nasi goreng di dalam bekasnnya sudah tinggal sedikit” kata Kamarul di dalam hatinya.
“Kamu tak sudikan makan nasi goreng aku ini?” tanya Sofian.
Kamarul tidak menjawab kata-kata Sofian itu, sebaliknya dia terus bangun menuju ke tempat menjual kuih. Selepas membeli beberapa ketul kuih, Kamarul pun berjalan menuju ke arah Sofian. Belumpun sempat Kamarul hendak duduk, tiba-tiba Sofian bangun dari tempat duduknya dan terus beredar dari kantin itu. Kamarul terkebil-kebil melihat gelagat Sofian itu.
“Dia marah kepada akukah” kata hati Kamarul.
Pada suatu hari, Kamarul berjalan pulang bersama-sama Sofian. Ketika dalam perjalanan itu , Sofian berkata kepada kamarul,
“ Minggu depan cuti sekolah bermula, kamu sudah ada apa-apa rancangankah?”
“Tak ada,” jawab Kamarul.
“Kalau begitu saya hendak ajak kamu bercuti ke kampung datuk saya. Saya dan keluarga akan balik ke kampung datuk saya di Perak. Sekarang ini di kampung datuk saya musim buah-buahan, tentu kita dapat makan buah-buahan dengan sepuas-puasnya. Marilah ikut kami,” kata Sofian kepada Kamarul.
“Awak bersungguh-sungguhkan mengajak saya ni atau ajak-ajak ayamsaja?” tanya Kamarul kepada Sofian.
“Betul…ini bukan ajak-ajak ayam. Lagipun, ayah saya dengan ayah kamu kawan baik. Tentu ayah kamu akan membenarkan. Malam ni, saya minta ayah saya menelefon ayah kamu,” kata Sofian.
Pada malam itu , Kamarull memberitahu ayahnya tentang pelawaan Sofian.
“Sofian tu ajak bertul-betulkah atau ajak-ajak ayam?” tanya ayah Kamil.
“Entahlah ayah. Tapi jika tengok pada gaya cakapnya itu macam ajak betul-betul,” kata Kamil kepada ayahnya.
“Kita tunggu, jika Salim ajak betul-betul, ayahnya pasti menelefon ayah malam ni. Kalau ayahnya tidak menelefon ayah, sahlah Sofian tu ajak-ajak ayamsahaja,” kata ayah Kamarul.
Kamarul menunggu sehingga jam menunjukkan pukul dua belas tengah malam, namun ayah Sofian belum menelefon ayahnya.
“Ayah rasa salim tu ajak-ajak ayam sahaja Kamarul. Sehingga sekarang ayahnya belum menelefon ayah. Jadi tak payahlah kamu mengharap sangat. Dahlah tu, pergi tidur,” kata ayah Kamarul
Cepat Tangan
Kampung Aman terletak di pingir Bandar Bachok. Kampung itu merupakan sebuah perkampungan nelayan. Kebanyakan penduduk kampung itu bekerja sebagai nelayan. Golongan muda tidak kurang ramai juga yang menghuni kampung itu.
Di Kampung Aman kebelakangan ini sering berlaku kecurian. Hal ini disebabkan ada kalangan penduduk kampung itu yang besikap cepat tangan. Kebiasannya barang yang hilang seperti pukat, pancing dan pelbagai peralatan menagkap ikan yang lain.
Pak Sufian, selaku ketua kampung sudah pening kepala memikirkan aduan daripada penduduk kampung. Akhirnya, Pak Sufian mengambil keputusan untuk memerangkap si cepat tangan itu. Perancangan telah dibuat bersama-sama beberapa orang penduduk kampung.
Pada suatu malam, lebih kurang jam 1:00 pagi Pak Sufian, Pak Cik Alias, Pak Din dan, Pak Azhar memulakan rancangan mereka. Ketika itu kebanyakan penduduk kampung telah lena dibuai mimpi. Mereka bergerak perlahan-lahan menuju ke kawasan pinggir pantai di mana sering berlaku kecurian.
Setelah agak lama bersembunyi di bawah sepohon anak pokok ru yang rendang, mereka terlihat satu lembaga sedang terbongkok-bongkok di kawasan menyimpan bot-bot nelayan.
Pak Sufian mencadangkan agar mereka berpecah kepada dua kumpulan. Mereka bergerak perlahan-lahan ke arah lembagaa itu. Sekali-sekala mereka meniarap di atas pasir untuk mengelak kehadiran mereka dikesan lembaga itu.
“ Tangkap, tangkap . Jangan bagi dia lepas lari”. jerit Pak Sufian. Mereka menyerbu ke arah lembaga itu. Lembaga itu tergaman dan tidak sempat melarikan diri.
“ Eh, kau Man?”. Pak Sufian terkejut apabila mendapati orang yang ditangakap ialah jirannya.
Akhirnya Man jiran Pak Sufian diserahkan kepada pihak polis. Begitulah nasib orang yang cepat tangan.
No comments:
Post a Comment