Kata Penguat
1. Kata Penguat ialah
perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif.
2. Kata penguat boleh
hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
Contoh
Paling
|
Agak
|
Sungguh
|
Amat
|
Terlalu
|
Nian
|
Benar
|
Paling
|
3. Kata penguat seperti
agak, paling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif.
4. Kata penguat seperti
sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif.
5. Kata penguat seperti
sangat, amat, dan sungguh bleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata
adjektif.
Contoh
1. Murid yang paling
pintar di sekolah ialah Latipah.
2. Pemandangan di tepi
pantai itu sungguh indah.
3. Suhu di kawasan
kutup amat sejuk.
4. Kereta api itu
sangat laju.
5. Kereta itu laju
sangat.
Kata Penegas
Kata penegas ialah kata yang digunakan untuk memberikan penekanan
atau menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat.
Contoh
-kah
|
-lah
|
-tah
|
jua
|
Juga
|
Sahaja
|
Hanya
|
Memang
|
Lagi
|
pun
|
Contoh
1. Itulah rumah saya.
2. Pernahkah awak makan
sup daging arnab.
3. Apatah dayaku untuk
menolongnya.
4. Kucing itu dibawa
juga ke rumah neneknya.
5. Hanya Kamal yang
belum membayar yuran.
6. Dia seorang sahaja
yang berbaju Melayu.
Kata Nafi
1. Kata nafi ialah
perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.
2. Terdapat dua kata
nafi, iaitu bukan dan tidak.
3. Kata nafi bukan
digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.
Contoh
a) Lelaki yang berbaju
merah itu bukan ayah saya.
b) Baju ini bukan untuk
Suzi, tetapi untuk adik saya.
4. Kata nafi tidak
digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.
Contoh
a) Melepak di pusat
membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.
b) Sungai di belakang
rumah saya tidak dalam sangat.
5. Kata nafi bukan
boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara.
Contoh
a) Budak itu bukan
pandai sangat tetapi dia rajin belajar.
b) Anjing itu bukan
garang tetapi suka bermanja.
Kata Pemeri
1. Kata Pemeri ialah
perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket.
2. Terdapat dua kata
pemeri, iaitu ialah dan adalah.
3. Kata pemeri ialah
diletakkan di hadapan kata nama atau kata frasa nama.
4. Kata pemeri adalah
diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Contoh
a) Perempuan yang
berambut panjang itu ialah kakak saya.
b) Hariza adalah antara
pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
c) Tarikh tutup
peraduan itu adalah pada hari Isnin.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete