Thursday, 1 May 2014

tatabahasa lagi

KATA KERJA
Kata kerja terbahagi kepada :
A. Kata Kerja Transitif  ( Perbuatan Melampau )
B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )

A. Kata Kerja Transitif
1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ).
2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek )
3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

1.             Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama. Contohnya: Atan mendengar radio.
‑              mendengar ialah kata kerja
                transitif
‑              radio ialah objek (kata nama)
Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men‑, men ...i, men ...kan, memper‑, memper...i, dan memper...kan. Contohnya:

Contoh ayat :

1. Kucing itu menangkap seekor burung.
2. perempuan itu menjual sayur.
3. Bapa sedang menulis surat.

Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat
atau penyambut.

(a)           Pak Abu menjala ikan.
(b)           Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu.
(c)           "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung.
(d)           Jangan suka memperdaya orang yang bodoh.
(e)           Untuk memperbaiki mutu lakon­an anda perlu selalu berlatih.
(f)            Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya.


Subjek ( pembuat )
Kata kerja transitif
penyambut ( Objek )
Dia suka
membaca
buku
Jamilah
memukul
seekor ular
Abidin
menjual
kuih-muih
Ramli
berjalan
ke sekolah
Kereta itu
melanggar
seekor lembu


B. Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif  ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.




Contohnya :

1. Mereka berjalan pada hari cuti.
2. Anjing itu sedang tidur.
3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.

Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.


Subjek ( pembuat )
Kata kerja tak Transitif
keterangan
Kami
mandi
di tasek itu.
Dia
senyum
semasa berjalan
Saya
menyanyi
dengan kuat
Hassan
berjalan
ke sekolah

7.1 Kata Kerja Tak Transitif
1.             Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.
2.             Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber‑, men‑, ter‑, ber... an,
dan ber...kan. Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Murid‑murid sedang belajar. (c) Sungai itu mengalir deras.

Peringatan

Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah ‘kan’ atau ‘ I’
di hujungnya.
Contoh ayat:

1. Mereka menjalankan jentera itu.
2. Emak sedang menidurkan adik.
3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.
4. Halim mengikuti perbualan mereka.
5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.


7.3 Kata Kerja Pasif
1.             Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak berawalan men‑. Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.
2.             Ada tiga jenis kata kerja pasif. (a) kata kerja pasif diri pertama (b) kata kerja pasif diri kedua (c) kata kerja pasif diri ketiga
3.             Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku‑. Contohnya: kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan.
4.             Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan kau‑. Contohnya: kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan kaupersilakan.
5              Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di‑. Contohnya: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan



Murid-murid Tahun 4 jujur,
Baca nota tentang Penjodoh Bilangan di bawah dan jawab soalan yang diberi.


NOTA:  PENJODOH BILANGAN

1.   Penjodoh bilangan ialah kata yang digunakan bersama-sama dengan
      kata bilangan.
2.   Penjodoh bilangan digunakan untuk menentulkan sesuatu benda 
      mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.
3.  Yang berikut ialah beberapa contoh penjodoh bilangan serta 
     penggunaannya.

Penjodoh Bilangan
Penggunaan
baris
Untuk benda yang bersusun atau orang yang beratur seperti kedai, pokok, orang dan sebagainya
batang
Untuk benda yang panjang seperti kayu, pokok, sungai, pen, dan sebagainya
biji
Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur, manik, buah-buahan, dan sebagainya
cucuk
Untuk benda-benda yang dicucuk seperti sate, buah-buahan, dan sebagainya
das
Untuk bunyi tembakan senapang atau meriam
ekor
Untuk haiwan sepeti kucing, monyet, lembu, dan sebagainya
gugus
Untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur, rambutan, dan sebagainya
ikat
Untuk benda-benda yang diikat seperti kayau, buah-buahan, sayur-sayuran, dan sebagainya
jambak
Untuk benda yang dalam bentuk karangan atau berangkai-rangkai seperi bunga, anak kunci, buah-buahan, dan sebagainya
keping
Untuk benda yang nipis dan pipih seperti roti, papan, gambar, dan sebagainya
ketul
Untuk benda-benda yang berketul dan padu seperti batu, ais, arang, dan sebagainya
laras
Untuk senjata api seperti senapang, meriam, dan sebagainya
lembar
Untuk benda yang panjang dan halus seperti benang, tali, dan sebagainya
pasang
Untuk benda-benda yang berpasangan seperti baju, anting-anting, kasut, dan sebagainya
sikat
Untuk pisang
ulas
Untuk isi buah seperti durian, cempedak, nangka, dan sebagainya
utas
Untuk benda yang panjang dan dapat digulung seperti rantai, dawai, tali, dan sebagainya


Tip

Contoh Kesalahan Dalam Penggunaan Penjodoh Bilangan:

1.      (a) Setiap orang peserta dikehendaki mematuhi
                 peraturan  yang telah ditetapkan.  (salah)
           (b) Setiap peserta dikehendaki mematuhi
                peraturan  yang  telah ditetapkan. (betul) 
         
          Penjelasan :  Ada kalanya penjodoh bilangan tidak
          digunakan bersama-sama dengan kata bilangan.

     2.  (a)  Encik Ikmal telah memberikan sebuah pendapat
                yang bernas. (salah)
          (b)  Encik Ikmal telah memberikan pendapat yang
                bernas. 
 (betul)

         Penjelasan :  Penjodoh bilangan tidak diperlukan
         untuk menghitung kata nama abstrak.


     3.   (a)  Ayu memetik sejambak bunga lalu disematkan
                 di rambutnya. (salah)
(b)     Ayu memetik sekuntum bunga lalu disematkan di rambutnya. (betul)

           Penjelasan :  Penjodoh bilangan perlu digunakan
           bersesuaian dengan konteks ayat.




Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat berikut.

1 Untuk memagari kebunnya, Pak Cik Rashid telah membeli beratus-ratus
__________ kawat berduri.
A utas
B gulung
C gelung
D bidang

2 __________ bunga kenanga terselit pada sanggul Sofia
A Sejambak
B Sekuntum
C Sejambangan
D Sebatang

3 Sapu tangan itu dijahit dengan se __________ benang.
A utas
B untai
C gulung
D lembar

4 "Masukkan se __________ garam ke dalam lauk itu," kata Mak Cik Salmah kepada Jamilah.
A cuit
B cubit
C colet
D genggam

5 __________ awan mendung berarak ditiup angin ke arah utara.
A Segugus
B Sekelompok
C Sehamparan
D Sekumpulan

6 Beberapa __________ pulau yang indah terdapat di Phuket, Thailand.
A kelompok
B tompok
C buah
D biji

7 Se __________ kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam dia menghadap meja tulisnya.
A patah
B potong
C cebis
D untai

8 Ayah membeli dua __________ durian di pasar.
A biji
B ulas
C buah
D buku

9 Kakak menggunakan se __________ kain sebagai pembalut luka pada jarinya.
A cebis
B bentuk
C lembar
D cucuk

10 Polis melepaskan lima __________ tembakan ke arah perompak itu.
A butir
B das
C biji
D pucuk

11 Buku itu berharga dua belas ringgit se __________ .
A papan
B keping
C naskhah
D rangkap

12 Beliau memulakan ucapannya dengan se __________ pantun.
A baris
B patah
C rangkap
D buah

Soalan 13 Berdasarkan Gambar 1.



 Gambar 1

13 Ayah membeli beberapa __________ petai di gerai itu.
A gelung
B papan
C mata
D biji

14 Beberapa __________ rokok bertaburan di lantai.
A puntung
B berkas
C kotak
D pucuk

15 Mazirah membeli sebatang tebu dan memotongnya agar setiap adiknya
mendapat __________ .
A sebiji
B seruas
C sehiris
D seketul

16 Pak Cik Yusof mempunyai beberapa __________ rumah sewa di Kampung Sungai Kota.
A pintu
B papan
C bidang
D rangkai

17 Pemuda itu telah menjumpai __________ kunci sewaktu dalam perjalanan ke perhentian bas.
A seutas
B sebilah
C sejambak
D serumpun


Soalan 18 Berdasarkan Gambar 2



Gambar 2

18 Beberapa __________ mutiara diletakkan pada kalung emas itu untuk
mencantikkannya.
A ulas
B butir
C keping
D potong

19 Ayah memasukkan __________ filem ke dalam kameranya.
A segulung
B segelung
C sekajang
D sebuah

20 Pemuda itu membeli __________ surat khabar mingguan di kedai Ali.
A sekeping
B selembar
C senaskhah
D sehelai

21 "Tolong belikan saya se __________ pisang dan se __________ rambutan di gerai buah-buahan itu," pesan ibu kepada ayah.
A biji ... buah
B sisir ... ikat
C tandan ... gugus
D sikat.....longgok

22 "Letakkan lima __________ mangkuk dan beberapa __________ camca di atas meja itu," kata Chef Wan kepada pembantunya.
A biji ... batang
B buah ... batang
C bekas ... bilah
D butir ... bilah

23 Maimun menggubah dua __________ bunga mawar. Kemudian, dia
meletakkannya di atas se __________ almari.
A kuntum ... biji
B bakul ... buah
C jambak ... deret
D jambangan ... buah

24 Pak Cik Aziz ke hutan dengan membawa __________ parang dan
__________ tali untuk mencari rotan.
A sebentuk ... selembar
B sebatang ... segelung
C selaras ... segulung
D sebilah ... seutas

25 Naemah mengambil __________ isi ikan terubuk bakar yang masih panas itu.
A seekor
B secubit
C seketul
D segenggam

26 Ayah membelikan adik __________ langsat dan __________ rambutan.
A segugus ... setangkai
B segugus ... seikat
C sebiji ... selonggok
D setangkai ... segugus

27 Atikah menghadiahi gurunya __________ bunga dan __________ pena.
A sekuntum ..... sebilah
B sejambangan ..... seberkas
C setangkai ..... sepucuk
D sejambak ..... sebatang

28 Polis telah melepaskan beberapa __________ tembakan dengan
menggunakan lima _________ rifel M16.
A butir ..... pucuk
B das ..... laras
C biji ..... batang
D laras ..... das

29 Kakak membeli __________ kain songket dan __________ tikar di Kedai
Payang.
A sehelai ..... segulung
B secarik ..... segelung
C secebis ..... sehamparan
D sehelai ..... sebidang

30 Dia mengutip beberapa __________ batu lalu membaling ke arah __________ burung ciak itu.
A genggam ..... segerombolan
B batang ..... sekumpulan
C ketul ..... sekawan
D kepal ..... seekor

31 __________ senapang dan beberapa __________ peluru telah dijumpai di tepi
bangunan itu.
A Sebatang ..... biji
B Sedas ..... buah
C Selaras ..... butir
D Sekaki ..... butir

32 Berapa harga __________ ikan dan __________ sayur sawi ini?
A sebakul ..... seberkas
B selonggok ..... seikat
C seberkas ..... seikat
D sekawan ..... segulung

33 Untuk memasak gulai itu, kita perlu memasukkan __________ asam gelugur dan beberapa __________ bawang merah.
A sepotong ….. biji
B sehiris ….. ulas
C seketul ….. biji
D sekeping ….. biji

34 Setiap kali ayah pulang dari kampung, dia akan memuatkan keretanya dengan beberapa __________ rambutan serta beberapa __________ kelapa.
A ulas ….. sikat
B biji ….. tandan
C ikat ….. tandan
D ikat ….. sisir

35 Beberapa __________ jalan raya dan dua __________ kedai ditenggelami air akibat hujan lebat.
A jalur ….. pintu
B kaki ….. baris
C batang ….. deret
D baris ….. buah

36 Sebelum beredar dari rumah nenek, emak sempat menjamah __________ pulut dan memakan __________ sirih.
A seketul ….. sekeping
B segenggam ….. sehelai
C sepotong ….. selembar
D sekepal ….. sekapur

37 Tiap-tiap orang yang menyertai aktiviti gotong-royong itu membawa
__________ penggali dan beberapa __________ dawai.
A sebatang ….. gelung
B sebuah ….. gelung
C sekerat ….. lembar
D sebilah ….. utas

38 Emak menanam beberapa __________ sayur dan tiga __________ serai di belakang rumah untuk menjimatkan perbelanjaannya.
A baris ….. pucuk
B deret ….. kelompok
C batas ….. rumpun
D ikat ….. jambak

39 Dia menggunakan __________ tanah liat untuk dijadikan pinggan.
A sekepul
B segugus
C setompok
D segumpal

Soalan 40 Berdasarkan Gambar 3



 Gambar 3

40 __________ burung berterbangan di udara pada waktu pagi untuk mencari makan.
A Sepasukan
B Sekawan
C Serumpun
D Segerombolan



Selamat Menjawab Semoga Berjaya

Friday, 25 April 2014

UNTUK CALON UPSR 2014

contoh karangan ucapan UPSR.



KARANGAN UCAPAN
Satu daripada jenis karangan yang kerap diuji dalam UPSR ialah karangan ucapan. Karangan jenis ini adalah karangan berformat.

Karangan ucapan ada beberapa jenis seperti;

• ucapan perpisahan
• ucapan takziah
• ucapan tahniah
• ucapan penerangan
• terima kasih

Untuk penulisan ucapan, biasanya suatu situasi diberikan .Anda dikehendaki menulis ucapan berdasarkan situasi seperti majlis keraian, perhimpunan, perpisahan dan sebagainya.

Sebuah ucapan hendaklah mempunyai ciri-ciri seperti berikut ;

- Kata alu-aluan sebagai hormat kepada hadirin.

- Kata alu-aluan  dimulakan dengan pengerusi majlis, kemudian diikuti mereka yang tinggi kedudukannya.

- Ucapan atau panggilan kepada hadirin di tengah-tengah ucapan. Ucapan atau panggilan ini perlu ditulis sekurang-kurangnya sekali. 
Contohnya
- Saudara dan saudari sekalian
- Tuan-tuan dan puan-puan hadirin
- Pelajar-pelajar sekalian
- Rakan-rakan sekalian
- Hadirin sekalian

- Kata alu- aluan dianggap pendahuluan, ‘terima kasih’ di akhir ucapan dianggap penutup. Walau bagaimanapun pelbagai teknik boleh digunakan. Umpamanya membuat penutupan dalam bentuk pantun yang sesuai dengan tema ucapan.

Soalan Perbincangan

Andaikan guru anda akan bertukar ke sekolah lain kerana dinaikkan pangkat.Anda sebagai ketua kelas diminta menyampaikan ucapan dalam satu majlis perpisahan untuknya.

Tuliskan ucapan anda itu selengkapnya.

Panjang karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan
dan tidak melebihi 120 patah perkataan .

Langkah 1

Memahami kehendak soalan .
Karangan ini menghendaki anda menyampaiakan ucpan tahniah kepada guru anda kerana dinaikkan pangkat dan berbangga dengan kejayaan yang telah dicapai olehnya.

Langkah 2
Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka karangan. Sebaik-baiknya kerangka karangan yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta minda hendaklah seberapa ringkas.

Langkah 3
Berdasarkan peta minda di atas, anda bolehlah menulis karangan anda. Semasa mengarang binalah ayat-ayat yang betul mengikut tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini.

Contoh karangan;

Yang mulia Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, yang diraikan Cikgu Ishak Ibrahim, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan.

Seperti yang kita sedia maklum, Cikgu Ishak telah dilantik sebagai Guru Cemerlang. Saya mewakili rakan-rakan mengucapkan tahniah dan sangat-sangat berbangga atas perlantikan cikgu. Kejayaan cikgu adalah kejayaan kami semua.

Hadirin sekalian,

Sepanjang tempoh sepuluh tahun beliau di sekolah ini, banyak ilmu dan pengalaman dicurahkan kepada kami, lebih-lebih lagi Cikgu Ishak merupakan seorang guru yang serba boleh. Dengan usahanya yang tidak mengenal jemu telah membuahkan kecemerlangan dalam UPSR pada setiap tahun.

Saya bagi pihak rakan-rakan mengambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih atas pengorbanan cikgu membantu kami meningkatakan kecemerlangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Atas usaha-usaha beliau, tidak memeranjatkan kami apabila pihak Kementerian Pendidikan melantik cikgu sebagai guru cemerlang.

Hadirin sekalian,

Pada kesempatan ini juga, kami berharap cikgu akan terus kekal mengajar di sekolah ini. Kami masih memerlukan kepakaran dan kecemerlangan cikgu untuk terus membimbing kami lebih-lebih lagi UPSR hanya tinggal dua bulan lagi.

Akhir kata, saya bagi pihak rakan-rakan mengucapkan tahniah dan selamat berjaya kepada Cikgu Ishak Ibrahim. Doa kami semoga cikgu akan terus cemerlang dalam kerjaya cikgu dan bahagia selalau di samping keluarga tersayang.

Sekian, terima kasih.

Langkah 4

• Selepas mengarang , anda hendaklah membaca semula karangan . Betulkan semua kesalahan tatabahasa dari segi penggunaan perkataan , struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca, dan ejaan.

Latihan Minggu Ini:

Panjang karangan anda mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan .

1. Kelab Bahasa Melayu sekolah anda akan mengadakan Mesyuarat Agong. Sebagai pengerusi kelab anda dikehendaki menyampaikan ucpan dalam majlis itu
Tuliskan ucapan anda itu selengkapnya.

2. Rakan anda telah memenangi satu pertandingan di peringkat daerah. Kelas anda telah meraikan kejayaannya. Sebagai ketua kelas, anda diminta menyampaikan ucapan bersempena dengan majlis itu.

Tuliskan ucapan anda itu selengkapnya.

3. Andaikan bahawa guru anda akan melanjutkan pelajaran ke universiti. Anda sebagai ketua kelas diminta menyampaikan ucapan dalam majlis perpisahan untuknya.
Tuliskan ucapan anda itu selengkapnya.


Contoh jawapan 1

Yang berusaha Tuan Guru Besar, Encik Rahim bin Omar, yang dihormati guru penasihat Kelab Bahasa Melayu, serta rakan-rakan sekalian. Terlebih dahulu saya selaku pengerusi kelab ini merakamkan ucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran hadirin sekalian dalam Mesyuarat Agong kelab ini.

Hadirin sekalian,

Sepanjang tahun ini pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh persatuan. Selaras dengan matlamat penubuhannya, untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan ahli dan murid-murid di sekolah ini.

Pada semester pertama, persatuan ini telah menganjurkan Minggu Bahasa Melayu. Pelbagai aktiviti dijalanakan untuk memilih peserta ke pertandingan di peringkat daerah. Antara aktiviti tersebut ialah pertandingan bercerita, mendeklamasi sajak, bersyair, dan syarahan.

Hadirin sekalian,

Pada semester kedua pula, persatuan telah menganjurkan pertandingan menulis karangan, kuiz antara rumah-rumah sukan, dan pertandingan drama sebabak antara kelas bagi murid-murid tahap 2.

Selain itu, persatuan juga telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke Dewan Bahasa dan Perpustakaan Negara. Sebanyak 40 orang murid dan 4 orang guru terlibat dalam lawatan itu.

Sebelum saya mengundur diri, terlebih dahulu saya mewakili ahli jawatankuasa kelab ini memohon kemaafan jika terdapat kelemahan sepanjang kami menerajui kelab ini.

Sekian, terima kasih. 

TATABAHASA TAHUN 4 KSSR

Kata Nama Am Dapat Dibahagikan Kepada Kata Nama Yang: 

(a)    konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat.
(b)   abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.
•       Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.
•       Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan: buai – buaian , tua – ketua, raja – kerajaan, tahu - pengetahuan .

KATA GANTI NAMA TUNJUK

•          digunakan untuk menunjukkan benda, haiwan, manusia dan tempat.
•          ada dua kata ganti nama tunjuk, iaitu ini dan itu. 

Kata Ganti Nama Tunjuk
Penggunaan
Ayat contoh
ini
Digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang dekat.
  1. Ini jalan ke rumah Tok Penghulu.
  2. Bilik ini telah lama dikosongkan.
itu
Digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang jauh.
  1. Pemuda itu sering mundar-mandir di luar sekolah kami menjelang senja.
  2. Kaca mata itu sesuai untuk digunakan pada waktu malam.
















Kata Kerja Aktif 

Kata Kerja yang menerima awalan meN- dengan/ tanpa akhiran -kan/ -i.
Contoh:
Mencari
Menjalani
Menggerakkan
Contoh Ayat:
i.   Samad membaca buku. (Ayat Aktif)
Samad – Pelaku
(Penyambut) – membaca apa? = Buku
ii.   Siti suka menaiki basikal.
Siti – Pelaku
(Penyambut) – Menaiki apa?  = Basikal 

Kata Kerja Pasif 

Kata Kerja hasil daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif.
Kata Kerja yang mengandungi imbuhan ‘di’.
Contoh:
- Dicari
- Dijalani
- Digerakkan 

Contoh Ayat:
i. Buku dibaca oleh Samad. (Ayat Pasif)
        Apa yang dibaca oleh Samad? = Buku
        Buku itu dibaca oleh? = Samad
ii. Basikal telah dinaiki oleh Siti. (Ayat Pasif)
        Apa yang dinaiki oleh Siti? = Basikal
        Basikal itu dinaiki oleh? = Siti

KATA HUBUNG PANCANGAN KETERANGAN 

1.       Kata hubung pancangan keterangan ialah kata yang berfungsi untuk menghubungkan klausa utama dengan  klausa yang menjadi keterangan .
2.       Antara contoh kata hubung pancangan keterangan ialah : kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dansesungguhnya. 

Contoh ayat:
•                  Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
•                  Saya berkawan dengannya semenjak kecil.
Contoh ayat:
Persembahan itu akan dibatalkan sekiranya sambutannya dingin.
•              Persembahan itu akan dibatalkan.
    Sambutan persembahan itu dingin.

KATA MAJMUK YANG TELAH MANTAP

Ada 14 jenis kata majmuk yang telah mantap, iaitu:

suruhanjaya, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, pesuruhjaya, tandatangan, matahari, kakitangan, antarabangsa, warganegara, sukarela, kerjasama, bumiputera dan tanggungjawab.

Sumber: http://prpm.dbp.gov.my

SENARAI KATA YANG MANTAP DIEJA SEBAGAI SATU PATAH PERKATAAN
1
antarabangsa
18
manakala
2
apabila
19
matahari
3
apakala
20
olahraga
4
bagaimana
21
padahal
5
barangkali
22
peribadi
6
beritahu
23
peribahasa
7
bumiputera
24
perikemanusiaan
8
darihal
25
pesuruhjaya
9
daripada
26
setiausaha
10
dinihari
27
sukacita
11
dukacita
28
sukarela
12
hulubalang
29
suruhanjaya
13
jawatankuasa
30
tandatangan
14
kadangkala
31
tanggungjawab
15
kakitangan
32
walhal
16
kepada
33
warganegara
17
kerjasama