
Simpulan bahasa bermula Huruf A
§ abang angkatt: lelaki yang telah diakui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya.
§ abang ipar: suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami.
§ abang kandung: abang yang seibu sebapa.
§ abu angin: telah musnah sama sekali.
§ Abu Dajal: orang jahat yang suka mengganggu orang lain.
§ Abu Jahal: orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan; suka membuat kacau dan mengganggu sesuatu kerja baik.
§ Abu Lahab: (sila lihat juga Abu Jahal.)
§ Abu Nawas: orang yang pandai mencari helah dengan akalnya untuk melepaskan diri daripada sebarang bencana.
§ ada-ada: ada sesuatu.
§ ada akal: cara menyelesaikan sesuatu masalah.
§ ada angin: orang yang berperangai luar biasa dengan fikirannya yang tidak tentu; orang yang mempunyai sikap tidak tetap kelakuannya sering berubah-ubah pada masa tertentu.
§ ada bakat: berkebolehan dalam bidang tertentu.
§ ada can: ada peluang.
§ ada gaya : ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya.
§ ada hati: menaruh keinginan yang melebihi kesanggupan pada sesuatu atau ada kemahuan untuk membuat sesuatu.
§ ada harta: orang yang kaya atau berharta.
§ ada jalan: ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara.
§ adat balai: adat dalam istana raja.
§ adik angkat: seseorang yang telah diakui sebagai adik sendiri tetapi tidak mempunyai pertalian darah.
§ adik ipar: adik kepada isteri atau suami.
§ adik kandung: adik daripada ibu bapa yang sama; seibu sebapa.
§ adu buku: bertinju.
§ adu domba: melaga-lagakan seseorang atau kumpulan dengan seseorang atau kumpulan yang lain.
§ adu kening: berhadap-hadapan muka.
§ adu lengan: beradu kekuatan.
§ adu nasib: mencari rezeki.
§ adu untung: (sila lihat juga adu nasib.)
§ air mandi: sudah menjadi kebiasaan.
§ air muka: (a) rupa, wajah; air muka seseorang. (b) maruah.
§ air pasang: paras air laut yang meningkat.
§ air sembilan: air yang digunakan untuk memandikan mayat.
§ air setaman: air yang bercampur bunga-bungaan dan limau untuk dibuat mandi.
§ air surut: paras air laut yang turun.
§ ajak-ajak ayam: tidak sungguh-sungguh mempelawa; mempelawa tanpa kesungguhan.
§ akal belut: orang yang pandai tipu muslihat.
§ akal kancil: (sila lihat juga akal belut.)
§ akal sejengkal: orang yang berasa dirinya lebih daripada orang lain.
§ alas cakap: (a) penjelasan yang dibuat bagi menguatkan sesuatu kenyataan. (b) percakapan yang tertib.
§ alas kata: (sila lihat juga alas cakap.)
§ alas perut: makan sedikit supaya tidak lapar.
§ alih akal: berubah pendapat atau fikiran.
§ alih angin: berpindah tempat tinggal.
§ alih muka: menyamar.
§ alim kucing: orang jahat yang berpura-pura berkelakuan baik.
§ aliran masa: perubahan masa.
§ aliran masyarakat: kehendak masyarakat.
§ ambil abu: maksud yang tidak kesampaian.
§ ambil ada: berpuas hati dengan apa yang ada.
§ ambil angin: berjalan-jalan atau bersiar-siar di tempat luar rumah yang nyaman udaranya untuk menghilangkan penat.
§ ambil bahagian: menyertai.
§ ambil berat: beri perhatian.
§ ambil haluan: membuat keputusan dalam sesuatu perkara.
§ ambil hati: (a) menarik perhatian seseorang atau membuat sesuatu supaya yakin kepadanya atau disukai orang; memikat hati. (b) perubahan sikap kerana tersinggung; merajuk atau menaruh perasaan marah.
§ ambil ibarat: menjadikan sesuatu sebagai teladan.
§ ambil ingatan: dimasukkan ke dalam ingatan; memberi perhatian.
§ ambil muka: membuat sesuatu supaya disukai.
§ ambil sumpah: disuruh bersumpah; melakukan sumpah.
§ ambil tahu: memberi perhatian tentang sesuatu perkara.
§ anak Adam: umat manusia.
§ anak air: sungai kecil.
§ anak angkat: anak orang lain yang dijadikan, dibela, atau dipelihara sebagai atau seperti anak sendiri.
§ anak bapa: seseorang atau orang yang gagah, berani, atau handal.
§ anak baju: baju dalam.
§ anak buah: orang yang termasuk dalam sesuatu keluarga, anak saudara (anak kepada abang, kakak, atau adik yang ada hubungan kekeluargaan); pengikut, rakyat, atau orang-orang yang di bawah jagaan seorang ketua.
§ anak bukit: bukit kecil.
§ anak bulan: bulan baru, satu haribulan Hijrah.
§ anak dara: budak perempuan (gadis) yang belum berkahwin.
§ anak didik: orang di bawah jagaan kita.
§ anak emas: anak atau orang yang sangat disayangi; orang yang dikasihi oleh ibu bapanya atau majikannya.
§ anak gahara: anak raja yang berbondakan keturunan bangsawan.
§ anak haram: anak yang lahir di luar perkahwinan yang sah dari segi hukum agama.
§ anak jantan: orang lelaki yang berani sifatnya.
§ anak kandung: anak yang dilahirkan sendiri.
§ anak kapal: orang yang bekerja sebagai kelasi dalam sesebuah kapal.
§ anak mata: bulatan di tengah mata.
§ anak negeri: rakyat sesebuah negeri.
§ anak perahu: (sila lihat juga anak kapal.)
§ anak piatu: anak yang kehilangan kedua-dua ibu bapanya.
§ anak pungut: (sila lihat juga anak angkat.)
§ anak sungai: sungai kecil yang mengalir dalam sebatang sungai yang lebih besar.
§ anak tangga: tempat berpijak atau terpijak sebuah tangga.
§ anak teruna: pemuda yang belum berkahwin.
§ anak tiri: (a) bukan anak kandung kepada ayah atau ibu yang baru. (b) orang yang tidak diberikan perhatian sewajarnya.
§ anak tunggal: anak satu-satunya.
§ anak tut: (sila lihat juga anak angkat.)
§ anak yatim: anak yang sudah kematian ibu atau bapanya.
§ anak yatim piatu: anak yang sudah kematian ibu dan bapa serta tiada saudara mara.
§ angin-angin: khabar atau berita yang belum dapat dibuktikan atau belum tentu betulnya.
§ angkat alis: kehairanan.
§ angkat bahu: tidak tahu atau tidak bertanggungjawab.
§ angkat bakul: sifat seseorang yang suka memuji diri sendiri.
§ angkat diri: sombong.
§ angkat kaki: cabut atau pergi dengan segera dari tempat itu; melepaskan diri apabila ada kesusahan.
§ angkat kening: (sila lihat juga angkat alis.)
§ angkat mata: (a) berani menentang atau melawan. (b) selesai daripada membuat kerja berat.
§ angkat muka: seseorang yang berperasaan megah dan sombong kerana kelebihan yang diperoleh.
§ angkat nama: terkenal.
§ angkat senjata: berperang.
§ angkat suara: meninggikan suara.
§ angkat sumpah: (sila lihat juga ambil sumpah.)
§ angkat topi: menghormati.
§ anjing hitam: orang jahat yang selalu menunjuk-nunjukkan keburukannya.
§ anjing kurap: orang yang dipandang hina kerana kemiskinannya.
§ api peperangan: perselisihan antara negara yang biasanya boleh memulakan peperangan.
§ api percintaan: perasaan cinta yang meluap-luap.
§ arang di dahi: mendapat malu.
§ arang di kening: (sila lihat juga arang di dahi.)
§ arang di muka: (sila lihat juga arang di dahi.)
§ asam garam: pengalaman; susah senang dalam kehidupan.
§ atas angin: negara-negara atau negeri-negeri Eropah atau di sebelah barat termasuk Asia Barat.
§ atas nama: menjadi wakil seseorang atau pertubuhan.
§ atas pagar: (a) berkecuali; seseorang yang tidak berpihak kepada mana-mana pihak. (b) tidak masuk campur. (c) tidak lulus dan tidak gagal (sederhana).
§ ayam jalak: orang yang berani.
§ ayam tambatan: seseorang yang menjadi orang harapan seseorang atau orang lain dalam sesuatu pertandingan.

Simpulan bahasa Bermula Huruf B
§ babi buta: berbuat, membuat, atau melakukan sesuatu pekerjaan dengan tanpa atau tidak banyak berfikir dahulu lagi.
§ bahasa dalam: bahasa istana (digunakan oleh kerabat diraja).
§ bahasa ibunda: bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kaum.
§ bahasa kasar: bahasa yang tidak sopan untuk digunakan.
§ bahasa kesat: kata-kata yang tidak bersopan.
§ bahasa pasar: bahasa pertuturan yang digunakan dalam percakapan sehari-hari yang tidak betul nahu atau susunan ayatnya dengan tidak mengikut tatabahasa yang betul.
§ baik budi: seseorang yang bersikap baik dan penyayang; suka menolong.
§ baik hati: (sila lihat juga baik budi.)
§ baik sangka: berpendapat yang orang lain baik.
§ balas budi: balas jasa dan berterima kasih.
§ balas guna: (sila lihat juga balas budi.)
§ balik gagang: berpihak kepada musuh.
§ balik hati: berubah pendirian.
§ bangkai bernyawa: orang yang kurus dan dipandang hina atau tidak berguna pada diri sendiri dan juga masyarakat.
§ bantal lengan: kehidupan yang terlalu miskin.
§ banting tulang: bekerja bermati-matian.
§ banyak akal: banyak helah.
§ banyak cakap: orang yang suka bercakap banyak atau berleter, termasuklah perkataan yang tidak sepatutnya dipercakapkan.
§ banyak lemak: terlalu manja, orang yang kaya atau gemuk; orang yang tidak mendengar kata atau suka membantah walaupun telah melakukan kesalahan.
§ banyak mulut: (sila lihat juga banyak cakap.)
§ bapa angkat: orang yang mengaku sebagai bapa dan memelihara kita, walaupun tiada pertalian darah.
§ bapa kandung: bapa sebenar.
§ barang kemas: alat perhiasan orang perempuan yang berharga.
§ basuh mulut: sajian manisan atau buah-buahan yang dihidangkan atau dijadikan hidangan selepas makan.
§ batu api: penghasut.
§ batu loncatan: sesuatu (orang atau tempat) yang digunakan atau dijadikan sebagai alat untuk mencapai sesuatu tujuan atau sesuatu yang lebih tinggi.
§ batuk-batuk kambing: batuk yang dibuat-buat dengan tujuan mengusik atau menyindir.
§ bau bacang: (sila lihat juga bau-bau bacang.)
§ bau-bau bacang: hubungan persaudaraan atau saudara yang sudah jauh pertaliannya.
§ bawa alamat: memberi tanda.
§ bawa diri: (a) pandai bergaul. (b) melarikan diri.
§ bawa hati: merajuk.
§ bawa hidup: merantau mencari penghidupan.
§ bawa mati: menyebabkan mati.
§ bawa mulut: bercerita tentang keburukan orang lain.
§ bawa nasib: (sila lihat juga bawa hidup.)
§ bawa nyawa: menyelamatkan diri.
§ bawa sial: mendatangkan malang.
§ bawa tempurung minta sedekah: kita masih gagah dan kuat.
§ bawa tuah: mendatangkan keuntungan.
§ bawah angin: negara-negara sebelah timur seperti Jepun, Malaysia, dan lain-lain.
§ bawah bendera: berada dalam perlindungan sesuatu kuasa.
§ bawah tanah: pergerakan rahsia atau pergerakan gelap.
§ bayang kata: dikias.
§ bayar nyawa: mengorbankan diri.
§ bekas tangan: hasil kerja tangan seseorang yang masih kekal; bekas pukulan.
§ belah bumi: bunyi yang sangat kuat.
§ belah hati: tidak tetap pendirian dalam mengambil sesuatu keputusan.
§ belahan hati: orang yang sangat dikasihi.
§ belahan jiwa: (sila lihat juga belahan hati.)
§ belahan nyawa: (sila lihat juga belahan hati.)
§ belakang hari: kemudian hari.
§ bendera putih: tanda menyerah diri atau mengaku kalah dalam sesuatu peperangan atau perlawanan.
§ bengkak perut: berasa dengki atau sakit hati kerana sesuatu.
§ beradu buku: (sila lihat juga adu buku.)
§ beradu kening: (sila lihat juga adu kening.)
§ beradu lengan: (sila lihat adu lengan )
§ beralih akal: (sila lihat juga alih akal )
§ beralih angin: (sila lihat juga alih angin )
§ beralih muka: (sila lihat juga alih muka)
§ berani mati: tidak takut mati.berat badan: malas.
§ berat bibir: orang yang tidak peramah atau yang pendiam; malas bercakap.
§ berat hati: kurang senang.
§ berat kaki: malas.
§ berat kepala: pening kepala.
§ berat lalat: pura-pura berani.
§ berat lidah: tidak dapat berkata-kata.
§ berat mata: mengantuk.
§ berat mulut: (sila lihat juga berat bibir.)
§ berat sebelah: tidak adil dalam membuat keputusan dengan memihak kepada satu pihak sahaja.
§ berat tangan: orang yang malas berusaha, malas bekerja, atau malas membuat kerja; pemalas.
§ berat telinga: orang yang pendengarannya kurang jelas.
§ berat tulang: (sila lihat juga berat tangan.)
§ berbahasa kasar: (sila lihat juga bahasa kasar.)
§ berbalik gagang: (sila lihat juga balik gagang.)
§ berbalik hati: (sila lihat juga balik hati.)
§ berbantal lengan: (sila lihat juga bantal lengan.)
§ berbelah hati: (sila lihat juga belah hati.)
§ berbesar hati: (sila lihat juga besar hati.)
§ berbuat jahat: (sila lihat juga buat jahat.)
§ berbulan madu: pengantin baru yang pergi makan angin.
§ bercerai kasih: (sila lihat juga cerai kasih.)
§ bercerai mata: (sila lihat juga cerai mata.)
§ bercerai mati: (sila lihat juga cerai mati.)
§ bercerai susu: (sila lihat juga cerai susu.)
§ bercermin bangkai: (sila lihat juga cermin bangkai.)
§ berdiam diri: (sila lihat juga diam diri.)
§ berdiri sendiri: orang yang tidak mahu menerima pertolongan orang lain.
§ berendam air mata: sering menangis.
§ berfahaman kiri: (sila lihat juga faham kiri.)
§ bergadai bergolok: (sila lihat juga gadai bergolok.)
§ bergadai nyawa: (sila lihat juga gadai nyawa.)
§ berganti tikar: orang yang berkahwin dengan adik isterinya setelah isterinya meninggal dunia.
§ bergendang paha: (sila lihat juga gendang paha.)
§ bergolok bergadai: (sila lihat juga gadai bergolok.)
§ berhati berlian: (sila lihat juga hati berlian.)
§ berhati tungau: (sila lihat juga hati tungau.)
§ beri jalan: memberi laluan, nasihat, keterangan, bantuan, atau buah fikiran untuk membuat sesuatu perkara.
§ beri muka: kehendak dan kemahuan seseorang sentiasa dituruti; memanjakan seseorang dengan membiarkannya bebas membuat atau berbuat sesuka hatinya.
§ berita hangat: berita baharu yang menjadi perbualan.
§ berkaki ayam: (sila lihat juga kaki ayam.)
§ berkerat rotan: (sila lihat juga kerat rotan.)
§ bermain kayu tiga: orang yang tidak jujur.
§ bermain mata: (sila lihat juga main mata.)
§ bermandi keringat: (sila lihat juga mandi keringat.)
§ bermandi ombak: (sila lihat juga mandi ombak.)
§ bermasam muka: tidak bertegur sapa kerana telah berselisih faham.
§ bermuka-muka: orang yang pandai berpura-pura baik terhadap seseorang; menunjukkan kebaikan kepada ketua atau seseorang dengan tujuan yang tertentu.
§ berpaling hati: (sila lihat juga paling hati.)
§ berpaling tadah: bertukar pihak atau mengkhianati pihak yang disokong.
§ berpatah arang: (sila lihat juga patah arang.)
§ berpeluk lutut: (sila lihat juga peluk luttut.)
§ berpeluk tangan: (sila lihat juga peluk tangan.)
§ berpeluk tubuh: malas untuk melakukan sesuatu pekerjaan.
§ berpindah tangan: (sila lihat juga pindah tangan.)
§ berputih tulang: (sila lihat juga putih tulang.)
§ berputus arang: (sila lihat juga putus arang )
§ bersaksi ke lutut: saudara mara dijadikan saksi.
§ bersengkang mata: (sila lihat juga sengkang mata)
§ bertali arus: tidak putus-putus dilalui orang; sesuatu benda atau perkara yang berlaku dengan tidak berhenti-henti.
§ bertegang leher: berlawan cakap kerana hendak menegakkan pendapat masing-masing; berbantah.
§ bertikam lidah: (sila lihat juga tikam lidah.)
§ berumah tangga: beristeri atau bersuami.
§ besar cakap: orang yang suka bercakap sombong.
§ besar diri: bongkak atau sombong.
§ besar hati: bangga; gembira; girang.
§ besar kepala: keras kepala, degil dan sombong.
§ besar mulut: suka bercakap besar.
§ besar perut: hamil.
§ betul bendul: orang yang lurus dan ada kalanya bodoh.
§ biang keladi: orang atau hal yang menjadi punca kejahatan.
§ bidan tarik: membuat sesuatu secara tiba-tiba.
§ bidan terjun: (sila lihat juga bidan tarik.)
§ bintang gelap: bernasib malang.
§ bintang hati: orang kesayangan atau kekasih; orang yang dicintai atau dikasihi.
§ bintang terang: nasib baik.
§ boleh tahan: tidak buruk sangat atau boleh digunakan.
§ bongkar sauh: bersedia hendak belayar.
§ bongkok sabut: bongkok badan yang sedikit sahaja.
§ bongkok udang: badan yang bongkok.
§ buah bibir: perkara yang dibualkan oleh orang ramai, menjadi perbualan ramai, atau menjadi sebut-sebutan orang.
§ buah cakap: (sila lihat juga buah bibir.)
§ buah fikiran: pendapat atau pendangan.
§ buah hati: (sila lihat juga bintang hati.)
§ buah helah: mencari helah.
§ buah kalam: hasil tulisan atau karya.
§ buah mulut: (sila lihat juga buah bibir.)
§ buah pena: (sila lihat juga buah kalam.)
§ buah tangan: suatu pemberian dalam bentuk barang; oleh-oleh.
§ bual kosong: bercakap tentang perkara yang tidak penting.
§ buang adat: tidak menggunakan sesuatu adat lagi.
§ buang air besar: berak.
§ buang air kecil: kencing.
§ buang anak: menggugurkan anak.
§ buang arang di muka: menghilangkan malu.
§ buang diri: merantau.
§ buang lelah: berehat untuk meredakan kepenatan.
§ buang malu: (sila lihat juga buang arang di muka.)
§ buang muka: tidak suka.
§ buang negeri: diperintah keluar dari sesebuah negeri.
§ buang sauh: berlabuh.
§ buang sial: berbuat sesuatu untuk menghilangkan malang.
§ buang tabiat: berkelakuan atau bercakap yang aneh, biasanya sewaktu sebelum meninggal dunia.
§ buang ubat: tembakan yang tidak kena pada sasarannya.
§ buat akal: (sila lihat juga buah helah.)
§ buat bodoh: berpura-pura macam orang tidak tahu.
§ buat duit: berusaha mencari keuntungan.
§ buat helah: berdalih.
§ buat jahat: melakukan kejahatan, biasanya berkenaan hubungan lelaki dan perempuan.
§ buat perkara: berbuat sesuatu, biasanya perkara yang tidak baik.
§ buaya darat: lelaki yang jahat atau gemar berfoya-foya dengan perempuan.
§ budak mentah: orang yang masih muda untuk membuat sesuatu pekerjaan atau penilaian.
§ budi bahasa: kelakuan atau pertuturan (sama ada baik atau buruk).
§ bujur sirih: bentuk muka seolah-olah bentuk sirih.
§ buka langkah seribu: lari kerana takut disebabkan sesuatu.
§ buka mata: sedar atau ambil perhatian tentang sesuatu perkara yang baik dan cuba mengikutinya.
§ buka mulut: berkata-kata atau bercakap.
§ buka pintu: memberi peluang.
§ buka tanah: mengusahakan tanaman atau membina kawasan kediaman di atas hutan atau tanah yang terbiar.
§ buka telinga: mendengar baik-baik.
§ buka tembelang: mendedahkan rahsia keburukan seseorang.
§ buku lima: penumbuk.
§ bulan kesiangan: berwajah pucat.
§ bulan madu: pergi ke sesuatu tempat untuk berhibur sesudah berkahwin.
§ bulan penuh: cantik.
§ bulat fikiran: teguh atau tetap fikirannya.
§ bulat hati: ikhlas; tetap hati dan sugguh-sungguh; mengambil keputusan yang muktamad tentang sesuatu perkara; kuat azam atau kemahuan untuk membuat sesuatu.
§ bulat kata: keazaman yang bersungguh-sungguh.
§ bunga bangsa: orang yang berjasa kepada negara.
§ bunga bibir: kata-kata yang manis.
§ bunga dedap: perempuan yang rupanya sahaja cantik tetapi perangainya buruk atau tidak berbudi.
§ bunga wang: keuntungan atau faedah yang diperoleh atau didapati daripada wang yang dipinjamkan atau disimpan di dalam bank.
§ buru hutang: terdesak kerana berhutang.
§ buru nafsu: melakukan sesuatu secara terburu-buru.
§ buru pangkat: berusaha mencari pangkat.
§ buru pelajaran: berusaha mencari ilmu pengetahuan.
§ buruk hati: orang yang jahat.
§ buruk laku: kelakuan tidak senonoh.
§ buruk lantak: orang yang makan dengan gelojoh atau lahap makannya.
§ buruk makan: (sila lihat juga buruk lantak.)
§ buruk mulut: percakapan yang kasar.
§ buruk penangan: akibat buruk atau tidak baik.
§ buruk perut: kuat makan.
§ buruk sangka: menaruh curiga.
§ buruk selera: makan apa sahaja.
§ buruk siku: meminta diambil balik semula benda yang telah diberikan kepada seseorang atau orang lain.
§ busuk budi: perangai yang jahat.
§ busuk hati: orang yang berhati jahat.
§ busung dada: sombong.
§ buta ayam: mata yang rabun menjelang senja; tidak dapat melihat dengan jelas ketika gelap atau pada waktu malam.
§ buta hati: (a) tidak dapat menerima pengajaran orang atau mengenali mana yang buruk atau mana yang baik. (b) tidak berasa kasihan atau berhati perut, kejam.
§ buta huruf: orang yang tidak tahu membaca dan menulis atau kedua-duanya; tidak berpelajaran.
§ buta kayu: (sila lihat juga buta huruf.)
§ buta larangan: tidak dapat melihat jauh.
§ buta malam: rabun pada waktu malam.
§ buta perut: orang yang tidak berfikiran, bodoh.
buta warna: tidak dapat mengecam jenis-jenis warna.
Simpulan Bermula Huruf C
§ cabut lari: meninggalkan sesuatu tempat dengan segera.
§ cabut nyawa: membunuh.
§ cacing gila: suka merayau-rayau tanpa tujuan.
§ cacing kepanasan: orang yang sentiasa gelisah.
§ cacing naik ke mata: kelakuan atau perbuatan yang melampau.
§ cahaya hidup: harapan dalam hidup.
§ cahaya mata: anak.
§ cahaya muka: seri pada wajah seseorang.
§ cakap angin: percakapan atau cakap-cakap yang tidak menentu atau tidak berfaedah.
§ cakap belakang: menceritakan keburukan orang lain.
§ cakap berisi: percakapan yang mengandungi faedah atau kebaikan untuk orang lain.
§ cakap besar: mengeluarkan cakap yang meninggi atau membesarkan diri sendiri.
§ cakap kosong: kata-kata yang tiada isinya.
§ cakap mulut: bahasa yang digunakan dalam percakapan harian.
§ cakap tinggi: (sila lihat juga cakap besar.)
§ cakar awan: bangunan-bangunan yang tinggi.
§ cakar ayam: tulisan yang sangat buruk.
§ cakar langit: (sila lihat juga cakar awan.)
§ campak batu: orang yang pergi merantau selama-lamanya.
§ campur cakap: melibatkan diri atau turut serta dalam urusan orang lain; ambil tahu.
§ campur mulut: (sila lihat juga campur cakap.)
§ campur tangan: (sila lihat juga campur cakap.)
§ cangkul angin: melakukan kerja yang sia-sia.
§ cari akal: melakukan atau mencari ikhtiar atau berikhtiar untuk menyelesaikan sesuatu perkara; mencari jalan dan sebab untuk melakukan sesuatu.
§ cari bala: membuat sesuatu yang akhirnya menyusahkan diri sendiri.
§ cari fasal: mencari sebab untuk memulakan pergaduhan.
§ cari fikiran: (sila lihat juga cari akal.)
§ cari ikhtiar: berusaha bersungguh-sungguh.
§ cari jalan: (sila lihat juga cari akal.)
§ cari makan: bekerja untuk mencari nafkah, rezeki, atau wang.
§ cari muka: mengusahakan sesuatu untuk mendapatkan pujian atau ganjaran.
§ cari nama: berusaha untuk menjadikan namanya dikenali ramai.
§ cari rezeki: (sila lihat juga cari makan.)
§ cari salah: berusaha untuk mengetahui kesalahan orang.
§ cari seteru: (sila lihat juga cari fasal.)
§ cari susah: (sila lihat juga cari bala.)
§ cecah bahu: sampai ke paras bahu.
§ cecah bumi: jejak ke bumi.
§ celaka dua belas: seseorang yang menghadapi kecelakaan terlalu teruk.
§ celik huruf: tahu membaca dan menulis.
§ cemburu buta: terlalu cemburu, cemburu yang tidak beralasan, tanpa sebab.
§ cencaru makan petang: pekerjaan yang lambat tetapi memuaskan.
§ cepat kaki: orang yang rajin apabila disuruh.
§ cepat lidah: bercakap tanpa berfikir dahulu.
§ cepat mulut: orang yang tidak boleh, dapat, atau tahan menyimpan rahsianya.
§ cepat tangan: pantas atau cepat melakukan sesuatu; orang yang suka mencuri.
§ cerai hidup: suami isteri yang bercerai ketika hidup.
§ cerai kasih: putus percintaan.
§ cerai mata: berpisah.
§ cerai mati: bercerai kerana meninggal dunia.
§ cerai susu: bayi yang telah berhenti menghisap susu.
§ cerdik busuk: cerdik tetapi selalu menyusahkan dan menyakitkan hati orang.
§ cerita burung: berita yang tidak berasas.
§ cermin bangkai: menanggung malu akibat sesuatu kejadian.
§ cicak kubin: sangat kurus.
§ cinta kilat: cinta yang cepat timbul dan cepat hilang.
§ cinta palsu: bukan, pura-pura, atau tidak bercinta.
§ cium tanah: jatuh tertiarap ke tanah.
§ cuci mata: bersenang-senang dengan melihat perempuan atau sesuatu yang cantik dan indah.
§ cuci perut: membersihkan perut dengan julap dan lain-lain.
§ cuci tangan: tidak mahu mengambil tahu, bertanggungjawab, atau terlibat dalam sesuatu hal atau perkara yang telah dilakukan.
§ cucur keringat: bekerja keras.
§ cucur peluh: (sila lihat juga cucur keringat.)
§ cuit hati: menggelikan hati.
§ cukup bulan: sampai waktu.
§ cukup umur: akil baligh atau sudah dewasa.
§ cupak asli: adat yang diwarisi daripada datuk nenek.
§ cupak hanyut: orang yang berjalan lemah lembut, hidup melarat.
§ curi hati: menawan atau memikat hati, jatuh suka.
§ curi masa: menggunakan sebahagian daripada masa yang sibuk untuk urusan lain.
§ curi tulang: malas bekerja atau mencuri peluang untuk tidak bekerja; menghelat masa atau tenaga semasa membuat sesuatu, mencuaikan kerja.
Simpulan Bermula Huruf C
Simpulan Bahasa Bermula Huruf D
§ dabik dada: menepuk dada menunjukkan keberanian.
§ dada ayam: dada bidang.
§ dada lapang: sabar dan tidak mudah marah.
§ dagang piatu: orang asing yang tiada saudara-mara dan sahabat handai.
§ dahi sehari bulan: bentuk dahi yang cantik.
§ daki dunia: harta dunia yang tidak dapat dibawa mati.
§ dakwat tumpah: rambut yang hitam lebat.
§ dalam kekeringan: sewaktu seseorang itu tidak mempunyai wang.
§ dalam tangan: sudah tentu dapat diperoleh.
§ dapat akal: beroleh ikhtiar atau helah.
§ dapat bahagian: denda atau kena pukul, beroleh separuh atau sebahagian harta.
§ dapat harta timbul: mendapat keuntungan tanpa berusaha besar.
§ dapat hati: beroleh cinta, cinta yang berbalas.
§ dapat khabar: menerima berita.
§ dapat malu: menanggung malu.
§ dapat nama: menjadi terkenal.
§ dapat terpijak: mendapat keuntungan, rezeki, wang, atau sesuatu yang tidak disangka-sangka dan diterima sekali gus dengan mudah tanpa berusaha.
§ darah baru setampuk pinang: masih muda.
§ darah daging: kaum keluarga atau saudara-mara sendiri.
§ darah gemuruh: mudah gugup atau hilang pertimbangan.
§ darah manis: mudah mendapat bahaya atau kecederaan.
§ darah muda: semangat atau perasaan yang tidak sabar, lekas marah.
§ darah panas: orang yang cepat marah atau lekas marah.
§ darah putih: orang bangsawan, anak raja.
§ darah raja: keturunan raja.
§ datang berkampung: berkumpul.
§ datuk nenek: leluhur.
§ daun pintu: bahagian pintu yang boleh dibuka dan ditutup.
§ daun telinga: bahagian luar telinga untuk menangkap suara.
§ daun tingkap: bahagian tingkap yang boleh dibuka dan ditutup.
§ daya fikir: kekuatan berfikir.
§ daya upaya: ikhtiar untuk melakukan sesuatu.
§ delima merekah: bentuk dan warna bibir yang elok.
§ dendam kesumat: benci yang amat sangat.
§ depan hidung: terlalu dekat.
§ derma kilat: derma yang dipungut dengan serta-merta.
§ detak hati: perasaan, kata hati.
§ detik jantung: bunyi degup jantung.
§ di depan hidung: (sila lihat juga depan hidung.)
§ diam-diam lepu: pada zahirnya nampak baik tetapi sebenarnya jahat dan berbahaya sekali.
§ diam-diam ubi: orang yang berusaha secara senyap tetapi menguntungkan.
§ diam diri: tidak berkata-kata.
§ diam membatu: (sila lihat juga diam diri.)
§ diam penggali: orang bodoh.
§ dibayang kata: (sila lihat juga bayang kata.)
§ dibuang negeri: (sila lihat juga buang negeri .)
§ diburu hutang: (sila lihat juga buru hutang.)
§ dingin hati: tidak menaruh perhatian atau tidak gembira.
§ dingin kepala: berfikiran tenang dan waras.
§ dingin tangan: orang yang pekerjaannya selalu berjaya.
§ ditangkap basah: (sila lihat juga tangkap basah.)
§ dua sejoli: sepasang kekasih atau suami isteri.
§ duduk perut: (sila lihat juga besar perut .)
§ duit kopi: bayaran tidak rasmi iaitu wang yang diberikan kepada seseorang sebagai upah dalam usaha mendapatkan sesuatu, rasuah.
§ duit pecah: duit syiling.
§ duit teh: wang sagu hati.
§ dunia terbalik: keadan yang berbeza daripada semula jadi, ganjil.
§ duri dalam daging: sesuatu yang mengganggu ketenteraman.
§ durian runtuh: (sila lihat juga dapat terpijak.)

Simpulan bahasa Bermula Huruf E
§ ekor belangkas: pedang atau golok yang berbentuk ekor belangkas.
§ ekor kuda: rambut yang diikat di belakang.
§ ekor lipas: rambut pada lubang tengkuk.
§ ekor mata: sudut mata yang di sebelah luar.
§ ekor pulau: hujung pulau.
§ elok budi: baik budi pekerti.
§ emak angkat: perempuan yang dianggap seperti ibu kandung sendiri.
§ emak tiri: wanita yang bukan ibu sendiri menjadi isteri bapa.
§ emas putih: campuran emas berwarna putih.
§ emas tempawan: orang yang dikasihi.
§ emas tua: emas yang tinggi mutunya.
§ emas urai: emas yang halus seperti pasir.
§ embun betina: embun yang kecil-kecil.
§ embun jantan: embun yang besar-besar.
§ enak hati: gembira atau senang hati.
§ enau di hutan: seseorang yang suka hidup bersendirian.
Simpulan bahasa Bermula Huruf F
§ faham kiri: berfikiran politik yang radikal.
§ fajar menyingsing: pagi hari.
§ fasih lidah: pandai berkata-kata atau lancar bercakap.
§ fikir panjang: berfikir dua kali.
§ fikiran buntu: tidak dapat memikirkan sesuatu kerana tiada idea.
§ fikiran kolot: fikiran yang ketinggalan zaman.
§ fikiran sempit: fikiran yang cetek.
§ fikiran tajam: cepat faham akan sesuatu.
§ fikiran terbuka: sanggup mempertimbangkan sebarang cadangan, pembaharuan dan sebagainya.
§ fikiran terganggu: sakit jiwa atau otak.
Simpulan Bahasa Bermula Huruf D
Simpulan bahasa Bermula Huruf E
Simpulan bahasa Bermula Huruf F

Simpulan Bahasa Bermula Huruf G
§ gadai bergolok: sanggup berbelanja sehingga berhabisan harta benda kerana hendak mendapatkan sesuatu hajat.
§ gadai nyawa: meletakkan diri dalam keadaan yang boleh membawa maut.
§ gadis sunti: anak perempuan yang belum baligh.
§ gajah guling: perhiasan sanggul dengan dua untai bunga melati.
§ gaji buta: gaji yang diterima dengan tidak bekerja sunguh-sungguh atau gaji yang didapati tanpa bekerja keras; seseorang yang tidak bekerja tetapi mendapat gaji.
§ gaji pokok: mendapat gaji tanpa perlu bekerja bersungguh-sungguh.
§ gambaran hidup: teladan.
§ ganti rugi: bayaran yang dibuat kerana sesuatu kerugian atas kerosakan.
§ ganti tikar: berkahwin dengan adik isteri setelah isteri meninggal dunia.
§ garam hidup: pengalaman.
§ gatal mulut: suka bercerita keburukan orang.
§ gatal tangan: sengaja mencari sebab tanpa tujuan apa-apa.
§ gelap buta: sangat gelap.
§ gelap fikiran: tidak dapat berfikir lagi kerana terlalu marah.
§ gelap hati: sukar belajar.
§ gelap mata: mengamuk atau marah macam orang gila.
§ gelap pemandangan: pitam.
§ gelap wang: menggunakan wang yang bukan hak.
§ gelegar buluh: cakap besar tetapi tidak berisi.
§ geli hati: rasa hendak ketawa.
§ gelora hati: perasaan yang tidak tenang.
§ gelora semangat: perasaan berkobar-kobar.
§ gencatan senjata: memberhentikan peperangan.
§ gendang besar: orang yang suka bercakap besar tetapi percakapannya semua kosong.
§ gendang paha: bersuka ria kerana orang lain ditimpa kesusahan.
§ gerak badan: bersenam.
§ gerak hati: niat atau perasaan dari dalam hati.
§ gerak jalan: latihan berjalan sebagai satu pasukan.
§ gerakan gelap: gerakan tidak sah yang dirahsiakan.
§ gergaji dua mata: orang yang menerima keuntungan daripada kedua-dua pihak.
§ gigi air: bahagian tepi air laut, sungai atau tasik.
§ gigi hutan: tepi hutan.
§ gila angau: sangat kasih akan seseorang sehingga tidak menghiraukan hal-hal lain.
§ gila babi: penyakit sawan babi.
§ gila bahasa: orang yang tidak panjang fikirannya.
§ gila bayang: ingin akan sesuatu yang tidak mungkin diperoleh.
§ gila bayang-bayang: berhajatkan sesuatu yang mustahil.
§ gila-gila air: kurang sihat ingatan (fikiran).
§ gila-gila bahasa: kurang sihat atau tidak panjang fikiran (cepat marah, pemberani, tidak malu).
§ gila harta: sentiasa mementingkan harta kekayaan.
§ gila isim: gila kerana tersalah menuntut ilmu batin.
§ gila judi: orang yang suka bermain judi.
§ gila kuasa: sangat ingin mendapat kuasa.
§ gila pangkat: sentiasa ingin mendapat pangkat.
§ gila perempuan: lelaki yang suka melihat atau sangat berkeinginan kepada seseorang perempuan.
§ gila talak: teringat-ingat akan bekas isteri atau suami setelah bercerai.
§ gila urat: sangat ingin kepada lelaki atau perempuan yang dicintainya.
§ golok kayu: pengetahuan yang tidak mencukupi atau tiada gunanya.
§ gulung tikar: muflis.
§ gunting hati: melukai perasaan.
§ gunung hati: tersangat ingin.
§ gunung payung: orang kesayangan.
§ gunung runtuh: bunyi bergemuruh.
Simpulan Bahasa Bemula Huruf H
§ habis akal: bingung setelah berusaha sedaya upaya.
§ habis bulan: hujung bulan.
§ habis jadi abu: musnah.
§ habis jodoh: bercerai.
§ habis modal: tidak ada idea lagi.
§ habis nyawa: (a) mati. (b) menebus dengan nyawa.
§ habis perkara: selesai.
§ habis tahun: penghujung tahun.
§ halwa mata: persembahan yang mengasyikkan.
§ halwa telinga: sesuatu yang sedap didengar.
§ hampa tangan: tidak mendapat apa-apa.
§ hancur hati: kecewa.
§ hancur luluh: hancur lebur.
§ hangat hati: sangat marah.
§ hangat-hangat kuku: suam-suam.
§ hangat-hangat tahi ayam: tidak bersungguh-sungguh melakukan sesuatu.
§ hangus hati: (sila lihat juga hangat hati.)
§ hantu paku: orang yang suka mengaku hak orang lain sebagai haknya.
§ hanyut diri: sesat langkah.
§ harga diri: moral atau maruah seseorang.
§ harga mati: harga tetap.
§ harga pokok: modal atau harga belian.
§ hari tua: masa seseorang yang telah tua serta tidak berdaya.
§ hati ayam: pengecut atau penakut.
§ hati batu: bantah, degil, atau enggan mendengar cakap dan tidak mahu mengalah; seseorang yang tidak mahu mengikut nasihat dan mempunyai azam yang kuat.
§ hati berbulu: seseorang yang menyimpan niat jahat.
§ hati berlian: sangat baik hati.
§ hati budi: sifat atau perangai.
§ hati emas: seseorang hatinya yang terlalu baik.
§ hati kecil: perasaan hati yang sebenarnya.
§ hati muda: rasa muda dalam hati.
§ hati nurani: (a) hati yang telah mendapat petunjuk Tuhan. (b) perasaan hati yang murni.
§ hati perut: bertimbang rasa.
§ hati putih: mempunyai niat yang ikhlas.
§ hati tawajuh: hati yang semata-mata dihadapkan kepada Tuhan.
§ hati terbuka: ikhlas.
§ hati tikus: penakut atau pengecut.
§ hati tungau: penakut.
§ hati waja: terus berusaha dan tidak mudah putus asa dengan mempunyai pendirian yang teguh atau memiliki cita-cita yang amat kuat.
§ hentam kromo: membuat sesuatu kerja tanpa diteliti.
§ hidung belang: pemuda lelaki yang suka mengusik, mengganggu, atau menggoda perempuan.
§ hidung tinggi: bongkak atau sombong.
§ hidup terbuang: tersia-sia diri.
§ hilang akal: tidak mampu berfikir lagi; gila.
§ hilang harapan: putus asa.
§ hilang-hilang timbul: sekejap ada sekejap tiada.
§ hilang ingatan: (sila lihat juga hilang akal.)
§ hilang lenyap: hilang tanpa berita.
§ hilang muka: seseorang yang menderita kerana malu.
§ hilang nyawa: mati.
§ hilang pegangan: hilang nilai-nilai yang baik.
§ hilang semangat: tersentak kerana terperanjat atau terkejut.
§ hilir mudik: berjalan ke sana ke mari.
§ hina budi: berkelakuan buruk.
§ hisap darah: mengambil keuntungan yang berlebih-lebih daripada orang ketika berjual beli.
§ hisap jari: kecewa.
§ hitam muka: muram atau marah.
§ hitam putih: bertulis.
§ hitung buah kerayung: mengira keuntungan sesuatu benda yang belum tentu dapat.
§ hujung pangkal: asal mula.
§ hukum alam: sesuatu yang berkenaan kejadian alam.
§ hukum Allah: takdir Tuhan.
§ hutang darah: tuntutan bela terhadap seseorang atau sesuatu pihak yang telah melakukan kejahatan.
§ hutang kayu ara: hutang yang tidak mungkin berbayar.
§ hutang lapuk: hutang yang sudah lama tidak dilunaskan.
§ hutang nyawa: nyawa seseorang yang diselamatkan oleh orang lain.
Simpulan Bahasa Bermula Huruf I
§ ibu angkat: perempuan yang memelihara seseorang seperti anaknya sendiri.
§ ibu ayam: seseorang perempuan yang melindungi atau menjaga pelacur untuk mendapatkan wang.
§ ibu kandung: ibu sendiri.
§ ibu keladi: orang yang duduk di tengah-tengah satu kumpulan orang.
§ ibu pertiwi: tanah tempat kelahiran.
§ ikat diri: terlalu berat.
§ ikat hati: menawan.
§ ikat janji: membuat perjanjian.
§ ikat kata: menggubah kata.
§ ikat perut: tahan selera, menahan lapar, atau kurangkan makan kerana berjimat.
§ intan baiduri: (sila lihat juga emas tempawan.)
§ iri hati: perasaan dengki atau cemburu.
§ isi dada: sesuatu atau apa-apa yang terfikir dalam hati, perasaan; segala yang ada di dalam hati seseorang tentang sesuatu perkara.
§ isi hati: (sila lihat juga isi dada.)
§ isi perut: (sila lihat juga isi dada.)
§ isi rumah: keluarga; orang yang tinggal di rumah berkenaan.
Simpulan Bahasa Bermula Huruf J
§ jadi abu arang: barang yang telah rosak.
§ jadi alat: tenaganya sahaja diperlukan tetapi faedahnya ia tidak merasa.
§ jadi angin: sesuatu yang tidak boleh dipakai lagi atau sudah rosak.
§ jadi bapa kuda: orang lelaki yang berkahwin di sana sini dan tidak bertanggungjawab.
§ jadi bumi langit: orang yang sangat diharapkan.
§ jadi fikiran: masalah yang harus difikirkan.
§ jadi kaki: orang yang dijadikan ejen atau pesuruh kepada sesuatu pekerjaan oleh orang lain.
§ jadi perkakas: (sila lihat juga jadi alat.)
§ jadi umang-umang: orang yang suka berlagak dengan memakai pakaian orang lain.
§ jaga hati: bertolak ansur dan saling menghormati.
§ jaga mulut: berhati-hati bila bercakap.
§ jalan belakang: menggunakan cara yang tidak sah.
§ jalan buntu: sesuatu yang tiada penyelesaian.
§ jalan damai: menyelesaikan sesuatu menggunakan cara rundingan.
§ jalan fikiran: cara berfikir.
§ jalan kaki: berjalan tanpa kenderaan.
§ jalan tengah: mengambil keputusan yang tidak berat sebelah.
§ jantung hati: orang yang sangat dikasihi.
§ jarum halus: tipu muslihat.
§ jatuh air muka: menjadi malu.
§ jatuh bangun: maju mundur.
§ jatuh cinta: menaruh atau jatuh cinta (kasih) kepada seseorang.
§ jatuh dari langit: (sila lihat juga dapat terpijak.)
§ jatuh harga diri: jatuh maruah.
§ jatuh hati: (sila lihat juga jatuh cinta.)
§ jatuh melarat: menjadi miskin.
§ jatuh nama: (sila lihat juga dapat malu.)
§ jatuh sakit: mendapat sakit.
§ jatuh semangat: hilang keberanian.
§ jauh hati: sedih kerana perasaannya tersinggung oleh perbuatan atau percakapan orang lain.
§ jejak bahu: (sila lihat juga cecah bahu.)
§ jejak bara: sesuatu yang tergantung hampir mencecah tanah.
§ jejak keruh: perbuatan yang kurang baik.
§ jejak langkah: mencontohi.
§ jejak orang tua: mengikut kelakuan orang tuanya.
§ jelatang kampung: pengganggu keamanan kampung.
§ jinak-jinak lalat: persahabatan seseorang yang bergaul dengan orang lain tetapi tidak mesra.
§ jinak-jinak merpati: orang perempuan yang pada zahirnya kelihatan ramah atau lembut tetapi hakikatnya tidak atau ada hadnya.
§ jinak lalat: (sila lihat juga jinak-jinak lalat.)
§ jinak merpati: (sila lihat juga jinak-jinak merpati.)
§ jiwa besar: mempunyai sikap yang tidak mahu kalah atau dipengaruhi oleh orang lain.
§ jiwa hamba: mempunyai perasaan rendah diri dan senang memberi tenaga bakti kepada orang lain.
§ jual mahal: tidak suka masuk campur.
§ juling air: juling sedikit.
§ juling itik: apabila memandang sesuatu, kepala disengetkan.
Simpulan Bahasa Bermula Huruf G
Simpulan Bahasa Bermula Huruf I
Simpulan Bahasa Bermula Huruf J
Simpulan Bahasa Bermula Huruf N
§ naik angin: menjadi terlalu marah tanpa bersebab atau tidak tentu masa sehingga tidak dapat mengawal diri; meradang.
§ naik darah: (sila lihat juga naik angin.)
§ naik geram: menyampah.
§ naik kepala: berbuat sesuatu yang melampaui batas.
§ naik lemak: menjadi terlalu manja.
§ naik minyak: menjadi marah dan mengganas.
§ naik pitam: pening.
§ naik saksi: menjadi saksi.
§ naik semangat: bertambah berani.
§ nama baik: maruah.
§ nasi damai: nasi yang dihidangkan kepada pengantin sebagai tanda mesra setelah bersatu.
§ nipis telinga: (sila lihat juga darah panas.)
§ Nujum Pak Belalang: tukang tilik palsu.
§ nyawa-nyawa ikan: keadaan yang hampir-hampir mati.
§ nyiur gading: pokok kelapa kuning.
Simpulan Bahasa Bermula Huruf O
§ oleh-oleh: hadiah.
§ omong kosong: (sila lihat juga cakap angin.)
§ orang asing: orang dari negeri lain yang datang ke sesebuah negeri.
§ orang asli: penduduk asal sesebuah negeri.
§ orang atasan: orang yang berpangkat tinggi; pembesar.
§ orang berada: orang yang berharta.
§ orang besar: (sila lihat juga orang atasan.)
§ orang biasa: rakyat biasa.
§ orang buangan: orang yang dihukum buang negeri.
§ orang buruan: orang yang dicari kerana kesalahan jenayah.
§ orang dagang: (sila lihat juga orang asing.)
§ orang dalam: orang yang bekerja dalam sesuatu jabatan.
§ orang dapur: orang perempuan.
§ orang darat: (sila lihat juga orang asli.)
§ orang gaji: orang yang bekerja di rumah orang lain dan diberikan gaji.
§ orang galang: orang yang menjadi pelindung kepada orang lain.
§ orang halus: roh, jin, atau orang bunian.
§ orang harapan: seseorang yang diharapkan untuk membuat sesuatu perkara.
§ orang kanan: orang yang diharapkan.
§ orang rumah: isteri.
§ orang tua-tua: orang bijak dan berpengalaman.
§ orang upahan: orang yang dibayar untuk membuat sesuatu kerja biasanya yang tidak baik.
§ otak beku: orang yang bodoh.
§ otak cair: orang yang sangat pintar, pandai, atau cerdik.
§ otak kering: tidak berapa siuman; lambat atau susah menerima sesuatu yang diajarkan.
§ otak udang: (sila lihat juga otak beku.)
Simpulan Bahasa Bermula Huruf P
§ pacat kenyang: terus beredar setelah makan.
§ padang jarak padang tekukur: musnah.
§ pak pandir: orang yang bodoh.
§ pak sanggup: orang yang menyanggupi sebarang kerja yang diberikan.
§ pak turut: orang yang mengikut sahaja.
§ paku belanda: harga tetap atau harga yang tidak dapat ditawar-tawar lagi.
§ paling hati: tidak setia.
§ paling tadah: (sila lihat juga paling hati.)
§ panas hati: sangat marah atau sangat benci.
§ panas rezeki: sukar mendapat rezeki.
§ panjang akal: cerdik.
§ panjang ekor: berani berbuat jahat.
§ panjang fikiran: (sila lihat juga panjang akal.)
§ panjang lidah: suka mengadu atau menyampai-nyampaikan cakap.
§ panjang tangan: (sila lihat juga cepat tangan.)
§ pasang badan: berhias diri untuk memikat.
§ pasang kaki: menggunakan orang-orang yang tertentu untuk membuat sesuatu kerja.
§ pasang mata: memerhatikan baik-baik; waspada.
§ pasang telinga: mendengar dengan teliti, berhati-hati, atau bersungguh-sungguh.
§ pasar gelap: perniagaan yang dijalankan secara haram dari segi undang-undang.
§ patah arang: perceraian yang tidak dapat didamaikan lagi.
§ patah hati: hilang kemahuan untuk berbuat sesuatu.
§ patah kandar: hilang tempat bergantung.
§ patah lagu: getaran suara apabila menyanyi.
§ patah lidah: tidak dapat berkata-kata dengan lancar.
§ patah perang: kalah perang.
§ patah semangat: hilang kemahuan untuk berusaha.
§ patung bernyawa: hidup yang tidak mempunyai cita-cita.
§ pecah amanah: melanggar amanah.
§ pecah khabar: tersiar berita.
§ pedih hati: pilu.
§ pejam mata: orang yang tidak mengambil tahu hal-hal yang berlaku di sekelilingnya.
§ pekak badak: seseorang yang rosak pendengarannya atau pura-pura tidak mendengar.
§ pekak batu: (sila lihat juga pekak badak.)
§ peluk lutut: tidak bekerja.
§ peluk tangan: (sila lihat juga peluk lutut.)
§ peluk tubuh: (sila lihat juga peluk lutut.)
§ pembasuh mulut: (sila lihat juga basuh mulut.)
§ pencakar awan: (sila lihat juga cakar awan.)
§ pencakar langit: (sila lihat juga cakar langit.)
§ pendekar kata: orang yang pandai berpidato.
§ pendekar lidah: (sila lihat juga pendekar kata.)
§ pendekar pena: orang yang pandai menulis rencana di surat khabar.
§ pendekar sambal: pendekar yang pengecut dan mudah ditumbangkan.
§ pengubat hati: (sila lihat juga ubat hati.)
§ pening-pening lalat: berasa pening sedikit.
§ penyapu baru: orang yang baru akan rajin bekerja.
§ perang dingin: bergaduh dengan tidak bercakap.
§ perang gerila: perang secara bersembunyi.
§ perang mulut: berbahas, bertengkar.
§ perang pena: pertengkaran melalui tulisan di akhbar.
§ perang saudara: perang antara orang sebangsa.
§ perang terbuka: perang secara besar-besaran.
§ peras otak: belajar bersungguh-sungguh.
§ peras tenaga: (sila lihat juga banting tulang.)
§ peras tenaga orang: membuat orang bekerja untuk keuntungan dirinya.
§ perigi buta: perigi yang tidak berair.
§ perut kapal: bahagian kapal yang di tengah-tengah.
§ perut kosong: lapar.
§ perut laut: bahagian laut yang dalam.
§ pilih bulu: memandang kedudukan, bangsa, dan keturunan.
§ pilih kasih: bersikap berat sebelah dengan memberi layanan yang lebih kepada pihak yang disayangi.
§ pindah tangan: bertukar milik.
§ pinggang kerengga: ramping.
§ pintu rezeki: jalan untuk mendapat rezeki.
§ pintu terbuka: sedia menerima tetamu.
§ pisau cukur: perempuan yang suka menghabiskan harta benda lelaki.
§ potong jalan: mendahului sehingga menyebabkan orang yang sepatutnya mendapat sesuatu tidak berpeluang.
§ pukul curi: memukul dengan tidak diketahui oleh orang yang dipukul.
§ pukul rata: (a) purata. (b) melayan atau memperlakukan semua dengan sama.
§ putera mahkota: anak raja yang bakal naik takhta.
§ puteri lilin: perempuan yang tidak tahan kena panas.
§ putih hati: ikhlas dan jujur.
§ putih mata: kecewa atau gagal kerana harapan tidak tercapai; mendapat malu.
§ putih tapak kaki: lari sekuat-kuatnya.
§ putih tulang: mati.
§ putus akal: (sila lihat juga mati akal.)
§ putus arang: persahabatan yang putus sama sekali.
§ putus kata: mendapat kata sepakat.
§ putus rezeki: hilang mata pencarian.
§ putus ubat: upacara menamatkan ubat selepas sembuh.
§ puas hati: lega.
Simpulan Bahasa Bermula Huruf Q
§ quran buruk: sesuatu yang sudah tidak boleh diharapkan atau digunakan tetapi masih dihormati kerana sebab-sebab tertentu.
Simpulan Bahasa Bermula Huruf R
§ rabun ayam: (sila lihat juga buta ayam.)
§ rabun senja: (sila lihat juga buta ayam.)
§ raja bola: pemain bola yang handal.
§ raja sehari: pasangan pengantin yang bersanding.
§ rambang mata: tidak tahu yang mana satu hendak dipilih.
§ rangkai hati: (sila lihat juga bintang hati.)
§ retak tangan: nasib.
§ rezeki harimau: makanan yang banyak dan berjenis-jenis.
§ rezeki mahal: (sila lihat juga panas rezeki.)
§ rezeki murah: selalu mendapat keuntungan.
§ ringan kaki: suka melawat atau berkunjung.
§ ringan kepala: mudah memahami sesuatu yang diajarkan.
§ ringan mulut: peramah; suka bercakap-cakap.
§ ringan tangan: suka menolong orang; rajin bekerja atau cepat membuat kerja.
§ ringan tulang: (sila lihat juga ringan tangan.)
§ ringan tulang berat perut: orang yang rajin bekerja dan memperoleh kesenangan.
§ rosak hati: menderita.
§ rosak nama: (sila lihat juga arang di dahi.)
§ runtuh iman: tergoda untuk melakukan kejahatan.
§ rusuh hati: gelisah.
Simpulan Bahasa Bermula Huruf S
§ sagu hati: wang atau pemberian yang diberikan sebagai ganti rugi.
§ sakit akal: (sila lihat juga hilang akal.)
§ sakit angau: (sila lihat juga gila angau.)
§ sakit hati: perbuatan yang menyinggung perasaan dan membuatkan orang marah.
§ sakit mata: benci melihat sesuatu.
§ sakit otak: (sila lihat juga hilang akal.)
§ sakit telinga: benci mendengar sesuatu.
§ salah cakap: maklumat yang disampaikan tidak tepat.
§ salah jalan: tersesat.
§ salah kata: (sila lihat juga salah cakap.)
§ salah kerop: salah alamat atau tujuan.
§ salah langkah: memulakan sesuatu usaha tanpa rancangan yang teliti.
§ salah mulut: terlajak kata.
§ salah urat: terseliuh atau terpelecok.
§ salin tikar: mengahwini kakak atau adik perempuan kepada isteri yang telah meninggal dunia.
§ samar muka: waktu senja dengan cahaya yang hampir gelap.
§ sampah dunia: (sila lihat juga bangkai bernyawa.)
§ sampah masyarakat: (sila lihat juga bangkai bernyawa.)
§ sampai ajal: meninggal dunia.
§ sampai akal: (sila lihat juga masuk akal.)
§ sampai hati: tidak segan-segan; tergamak; tidak menaruh belas kasihan.
§ saudara angkat: (a) orang yang dipelihara oleh ibu bapa kita. (b) seseorang yang diakui sebagai saudara sendiri.
§ saudara anjing: adik-beradik seibu berlainan ayah.
§ saudara baru: orang yang baru memeluk agama Islam.
§ saudara dekat: saudara-mara yang masih dekat pertaliannya.
§ saudara jauh: (sila lihat juga bau-bau bacang.)
§ saudara kandung: saudara seibu sebapa.
§ saudara pungut: (sila lihat juga saudara angkat.)
§ saudara susu: menjadi saudara atau adik-beradik kerana menyusu daripada perempuan yang sama.
§ saudara susuan: (sila lihat juga saudara susu.)
§ sehelai sepinggang: pakaian yang ada pada tubuh.
§ sejuk hati: berasa lega atau tenang dan tidak risau memikirkan sesuatu perkara.
§ sekangkang kera: sangat sempit, (tanah, kawasan, tapak, dan sebagainya) yang tidak luas.
§ sekapur sirih: sekejap.
§ senang cakap: mudah memperkatakan sesuatu tetapi sukar membuatnya.
§ senang hati: gembira kerana sesuatu.
§ senapang bambu: orang yang nampaknya berbahaya sahaja tetapi sebenarnya tidak.
§ sengkang mata: tidak tidur semalaman.
§ senyum kambing: senyum mengejek.
§ senyum kucing: senyum yang ada muslihat.
§ senyum manis: senyum yang menarik.
§ senyum mesra: senyum yang menunjukkan kemesraan.
§ senyum raja: senyum yang dibuat-buat.
§ senyum-senyum siput: (sila lihat juga senyum simpul.)
§ senyum simpul: senyum sedikit.
§ senyum sumbing: (sila lihat juga senyum simpul.)
§ senyum tawar: senyum yang dibuat-buat ketika sedang berduka.
§ sepak kertas: tidak mempunyai pekerjaan.
§ separuh mati: terlalu penat.
§ serang hendap: serbuan yang dibuat secara sembunyi-sembunyi.
§ seri muka: cahaya muka.
§ seri panggung: bintang bangsawan.
§ serkap jarang: tuduhan yang dibuat secara agak-agak; meneka atau menuduh dengan sembarangan sahaja.
§ setengah masak: sesuatu yang tidak cukup sempurna.
§ setengah tiang: gila-gila.
§ simpul mati: masalah atau perbalahan yang tidak dapat diselesaikan.
§ singkat akal: tidak bijak.
§ singkat umur: umur pendek.
§ suara hati: (sila lihat juga gerak hati.)
§ suara-suara sumbang: (sila lihat juga suara sumbang.)
§ suara sumbang: pendapat yang bertentangan dengan pendapat umum.
§ sumber ilham: sesuatu yang menjadi inspirasi.
§ suntuk akal: (sila lihat juga mati akal.)
§ suntuk fikiran: cetek pengetahuan.
Simpulan Bahasa Bermula Huruf T
§ tahan hati: orang yang tahan menerima segala kesusahan.
§ tahan uji: (a) boleh diuji. (b) terbukti kebaikannya (keelokannya dan lain-lain); seseorang baik yang disangka buruk.
§ tahi air: sampah yang mengapung di atas air.
§ tahi arak: (sila lihat juga kaki arak.)
§ tahi judi: orang yang suka berjudi.
§ tahi ketam: sisa kayu yang diketam.
§ tahi lalat: titik atau tumbuhan kecil di kulit.
§ tahi minyak: orang yang cerewet.
§ tahu ada: mahukan sesuatu itu siap sedia.
§ tahu adab: berbudi bahasa.
§ tahu adat: sopan santun.
§ tahu bahasa: (sila lihat juga tahu adab.)
§ tahu diuntung: sedar akan kedudukan diri.
§ tajam akal: cerdik; pintar.
§ tajam fikiran: (sila lihat juga tajam akal.)
§ tajam ingatan: tidak pelupa.
§ tajam lidah: (sila lihat juga mulut bisa.)
§ tajam mulut: (sila lihat juga mulut bisa.)
§ tajam pendengaran: orang yang lekas dapat mendengar atau baik pendengarannya.
§ tajuk mahkota: (sila lihat juga bintang hati.)
§ tak kering gusi: ketawa yang berulang-ulang sehingga beberapa lama kerana mendengar lawak jenaka.
§ talam dua muka: orang yang berbuat baik kepada dua pihak yang bermusuh.
§ tali arus: terlalu banyak (misalnya orang) yang lalu di sesuatu kawasan; tidak putus-putus.
§ tali barut: orang yang membuat pekerjaan tidak baik untuk orang lain.
§ tangan kanan: (sila lihat juga orang kanan.)
§ tangan kosong: hampa.
§ tangan panas: selalu gagal.
§ tangan terbuka: menerima atau menyambut sesuatu atau orang dengan sukacita.
§ tangkai hati: (sila lihat juga bintang hati.)
§ tangkai jering: (sila lihat juga ketam batu.)
§ tangkai kalbu: (sila lihat juga bintang hati.)
§ tangkap basah: ditangkap ketika melakukan kesalahan.
§ tangkap buta: menuduh orang dengan sembarangan sahaja.
§ tangkap maut: memilih dengan tidak teliti.
§ tangkap muat: mengambil mana yang sempat.
§ tangkap tangan: (sila lihat juga tangkap basah.)
§ tangkap wap: perbuatan yang sia-sia.
§ tarik kesimpulan: membuat kesimpulan.
§ tarik langkah seribu: (sila lihat juga langkah seribu.)
§ tarik modal: membawa masuk modal.
§ tarik muka dua belas: bermuka masam.
§ taruh hati: suka.
§ taruh mata: melihat.
§ tawar hati: tidak bersemangat; tidak ada kemahuan.
§ tebuk tupai: perempuan yang kehilangan dara bukan melalui perkahwinan yang sah.
§ tegar hati: (sila lihat juga hati batu.)
§ telinga kuali: orang yang pekak atau tahan hati walaupun dimarahi.
§ telinga lintah: (sila lihat juga tajam pendengaran.)
§ telinga nipis: (sila lihat juga darah panas.)
§ telinga tempayan: orang yang tidak mahu mendengar.
§ teman hidup: suami atau isteri.
§ teman sejawat: rakan tempat bekerja.
§ terang hati: mudah memahami sesuatu yang diajar.
§ terang tanah: waktu pagi atau hampir siang.
§ terang-terang tanah: (sila lihat juga terang tanah.)
§ terburu nafsu: (sila lihat juga buru nafsu.)
§ termakan budi: (sila lihat juga makan budi.)
§ tersalah jalan: (sila lihat juga salah jalan.)
§ tersalah kata: (sila lihat juga salah kata.)
§ tidur ayam: tidur dalam keadaan berjaga; mudah terjaga dari tidur.
§ tidur mati: tidur yang tidak sedarkan diri.
§ tidur-tidur ayam: tidur yang tidak nyenyak.
§ tikam lidah: saling bertengkar, berdebat, atau berbahas tentang sesuatu.
§ tin kosong: orang yang bercakap besar tetapi cakap-cakapnya itu tidak berilmu pengetahuan atau tidak boleh dipakai.
§ tinggi hari: waktu matahari sudah tinggi.
§ tinggi hati: megah dan sombong.
§ tinggi rezeki: (sila lihat juga murah rezeki.)
§ titi buih: melakukan pekerjaan yang sangat sukar.
§ titik peluh: penat lelah (usaha yang bersungguh-sungguh); kerja atau usaha.
§ tua keladi: orang yang semakin tua dan perangainya yang berperangai seperti orang muda yang semakin jahat.
§ tua-tua keladi: orang tua yang berperangai buruk.
§ tua-tua kelapa: orang yang semakin tua semakin baik perangainya.
§ tua-tua terung masam: orang tua yang berperangai muda.
§ tulang belakang: punca kekuatan seseorang, kumpulan, atau organisasi.
§ tulang hitam: sumsum.
§ tulang itik: orang yang tidak kuat bekerja.
§ tulang kering: tulang dari lutut hingga pergelangan kaki.
§ tumbuk rusuk: rasuah.
§ turun minyak: menjadi berang atau ganas.
§ turun takhta: melepaskan jawatan raja.
Simpulan Bahasa Bermula Huruf U
§ ubat hati: penghibur hati.
§ ubat jerih: upah.
§ ubat lelah: (sila lihat juga ubat jerih.)
§ ulat buku: orang yang suka atau rajin membaca buku.
§ undur diri: beredar dari sesuatu tempat.
§ untung batu: nasib buruk.
§ untung sabut: nasib yang baik.
§ upah seraya: memberi upah terhadap bantuan yang diberikan.
Simpulan Bahasa Bermula Huruf W
Simpulan Bahasa Bermula Huruf Z
Simpulan Bahasa Bermula Huruf W
§ wang duka: wang yang diberikan kepada waris yang meninggal dunia.
§ wang hantaran: wang yang diberikan kepada keluarga pengantin perempuan.
§ wang kopi: (sila lihat juga duit kopi.)
§ wang suap: bayaran yang diberikan kerana melakukan sesuatu pekerjaan, biasanya secara tidak sah.
Simpulan Bahasa Bermula Huruf Z
§ zaman atom: zaman moden atau zaman sekarang, iaitu zaman yang penuh dengan kemajuan.
§ zaman bahari: zaman purbakala.
§ zaman puntung berasap: zaman kuno.
Sumber daripada : http://ms.wiktionary.org/wiki/Wiktionary:Simpulan_bahasa
No comments:
Post a Comment