Wednesday, 24 April 2013

kata penguat /kata penegas /kata nafi /kata pemeri




Kata Penguat
1.     Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif.
2.     Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.

Contoh
Paling
Agak
Sungguh
Amat
Terlalu
Nian
Benar
Paling

3.     Kata penguat seperti agak, paling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif.
4.     Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif.
5.     Kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh bleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif.

Contoh
1.     Murid yang paling pintar di sekolah ialah Latipah.
2.     Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah.
3.     Suhu di kawasan kutup amat sejuk.
4.     Kereta api itu sangat laju.
5.     Kereta itu laju sangat.

Kata Penegas
Kata penegas ialah kata yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat.

Contoh
-kah
-lah
-tah
jua
Juga
Sahaja
Hanya
Memang
Lagi
pun


Contoh
1.     Itulah rumah saya.
2.     Pernahkah awak makan sup daging arnab.
3.     Apatah dayaku untuk menolongnya.
4.     Kucing itu dibawa juga ke rumah neneknya.
5.     Hanya Kamal yang belum membayar yuran.
6.     Dia seorang sahaja yang berbaju Melayu.

Kata Nafi
1.     Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.
2.     Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.
3.     Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.

 Contoh
a)     Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.
b)     Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adik saya.
4.     Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.

Contoh
a)     Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.
b)     Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.
5.     Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara.

Contoh
a)     Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.
b)     Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.

Kata Pemeri
1.     Kata Pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket.
2.     Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.
3.     Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau kata frasa nama.
4.     Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Contoh
a)     Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.
b)     Hariza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
c)      Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.

Wednesday, 10 April 2013

karangan bahasa bersimpulan .ha..ha..ha...






CAKAP BESAR

Terdapat seekor ayam jantan bernama Si Hitam. Pada kaki Si Hitam ada dua taji, iaitu satu tumbuh di sebelah kaki kanan manakala satu lagi disebelah kaki kiri.
Pada suatu petang, Si Hitam pergi ke sebuah kampung. Apabila sampai di kampung itu, Si Hitam nampak padi di jemuran. Di jemuran itu ada seekor ayam jantan. Ayam jantan itu bernama Si Kuning. Si Hitam kenal akan Si kuning itu.
          “Kenapa kamu berada di sini? Kamu tak layak makan padi di jemuran ini. Hanya aku yang layak makan padi itu kerana aku ada dua taji. Sedangkan kamu ada satu taji,” kata Si Hitam dengan sombongnya.
          “Kamu jangan sombong Si Hitam. Walaupun aku ada satu taji, tetapi aku ada selera juga hendak makan padi di jemuran ini. Soal makan tidak ada kena mengena dengan taji,” kata Si Kuning.
Si Hitam dan Si Kuning terus makan padi di jemuran itu. Sambil makan Si Hitam menunjukkan tajinya kepada Si Kuning.
          “Tengoklah aku  ini, ada dua taji, semua ayam jantan yang ada di sini takut kepada aku. Tak ada seekor ayam jantanpun yang berani melawan aku. Apabila aku tunjukkan sahaja taji aku kepada mereka , mereka terus cabut lari,” kata Si Hitam dengan bangganya.
          “Sebenarnya mereka bukan takut, tetapi mereka tidak suka bergaduh dengan kamu tu. Kalau bergaduhpun apa yang dapat.” Kata Si kuning. Ia terus mematuk padi di jemuran.
          “Kamu jangan makan banyak. Aku sahaja yang boleh makan banyak, kalau kamu berdegil akau akan taji muka kamu tu,” kata Si Hitam  dengan sombong.
Si Kuning tidak mempedulikan kata-kata Si Hitam itu, sebaliknya dia terus mematuk padi itu dengan cepat. Si Hitam naik marah apabila Si Kuning tidak mengendahkan kata-katannya. Si Hitam pun mematuk kepala Si Kuning bertubi-tubi.
          “Kenapa kamu patuk aku? Apa salah aku?” tanya Si Kuning.
Si Hitam tidak menjawab, sebaliknya dia terus mematuk Si Kuning bertubi-tubi. Akhirnya kedua-duapun bergaduh. Si Hitam menggunakan tajinya untuk mencederakan Si Kuning. Akibatnya kepak Si Kuning berlumuran darah  kerana terkena taji Si Hitam. Si Kuning yang telah cedera terpaksa lari dan menyembunyikan dirinya.
          “Ha, padan muka kau! Nak lawan aku konon! Aku ada dua taji , kamu tu hanya ada satu taji. Aku dah kata tadi, tapi kamu degil. Aku menang! Aku menang!” teriak Si Hitam sekuat-kuat hatinya.
Suara Si Hitam telah didengari helang bukit. Sedang Si Hitam berteriak itu, tiba-tiba Si Helang bukit dengan pantas menyambarnya. Si Helang bukit membawa Si Hitam ke atas sepohon pokok. Si Helang bukit mematuk Si Hitam sehingga mati dan memakan daging Si Hitam dengan lahapnya.
          Cakap besar bermaksud cakap yang membesar-besarkan diri sendiri, sombong atau angkuh.






BURUK SIKU


Brahim dan Samsu suddah lama berkawan. Mereka merupakan sepasang sahabat akhrab. Pendek kata ke mana-mana  Brahim pergi, dia akan mengajak Samsu menemaninya. Begitu akhrabnya persahabatan antara Brahim dengan Samsu.
Pada suatu hari, Samsu kehilangan pensel 2B. Dia ingin meminjam pensel 2B Brahim.
            “Brahim, kamu ada pensel 2B lebihkah? Kalau ada bagi aku pinjam sekejap,” kata Samsu kepada Brahim.
            “Ada. Kamu ambil sahajalah. Lagipun aku ada banyak pensel 2B,” kata Brahim sambil menghulurkan sebatang pensel 2B kepada Samsu.
            “Terima kasih, Brahim. Kamulah satu-satunya sahabat aku,” kata Samsu kepada Brahim.
Brahim hanya tersenyum sambil mengangguk. Samsu pun terus menggunakan pensel 2B pemberian Brahim itu.
            ‘Nasib baik Brahim beri terus pensel 2B ni, tak payahlah aku beli,’ kata Samsu di dalam hati.
   Namun begitu, anggapan Samsu meleset. Beberapa hari kemudian Brahim meminta semula pensel  2B yang  telah diberinya kepada Samsu.
            “Samsu, pulangkan semula pensel 2B yang aku berikan kepada kamu minggu lepas.Pensel 2B aku telah hilanglah,” kata Brahim kepada Samsu.
   Samsu terkejut mendengar kata-kata Brahim itu.
            “Kamu ni buruk siku  betullah. Bukankah kamu sudah berikan pensel 2B itu kepada aku. Takkan kamu nak ambil balik,” kata Samsu kepada Brahim.
            “Aku tak kira apa yang kamu hendak cakap. Buruk sikukah, buruk lakukah, tapi aku mahu balik pensel 2B aku tu,” kata Brahim.    “Macam mana kalau aku tak mahu bagi?” tanya Samsu.
            “Pensel itu aku yang punya, kamu mesti faham!” kata Brahim dengan nada yang meninggi. Bagi mengelakkan berlakunya pergaduhan, Samsupun menyerahkan semula pensel 2B itu kepada Brahim.
            “Nah, ambillah balik pensel kamu tu!, Lain kali kalau kamu sayangkan harta kamu, jangan berinya kepada orang lain. Kalau dah beri, kemudian ambil balik, kamu akan dikatakan buruk siku. Aku mungkin boleh memaafkan tetapi jika dengan orang lain , silap hari bulan akan berlaku pergaduhan,” kata Samsu kepada Brahim.
   Dengan muka selamba Brahim mengambil pensel 2B itu dari tangan  Samsu.


Buruk siku bermaksud sudah memberi sesuatu kepada orang tetapi memintanya kembali.


AJAK – AJAK AYAM
Maksud : Ajakan yang tidak bersungguh-sungguh, hanya sebagai pemanis mulut.



   Sebaik sahaja loceng pada waktu rehat berbunyi, maka berduyun-duyunlah murid-murid Sekolah Kuala Betis ke kantin. Masing-masing masing mahu mengisi perut yang kosong.
            “ Sopian  buat apa kamu beli nasi lemak tu, marilah makan nasi goreng aku ni. Nasi goreng  ni emak aku yang masak. Sedap!” kata Sofian kepada Kamarul.
            “ Terima kasih,” jawab Kamarul.
   Namun begitu, Sofian terus makan tanpa mempedulikan Kamarul yang duduk di sebelahnya. Kamarul dapat meneka bahawa Sofian ajak-ajak ayam. Tidak mungkin Sofian bersungguh-sungguh mempelawannya.
            “Lagupun nasi goreng di dalam bekasnnya sudah tinggal sedikit” kata Kamarul di dalam hatinya.
            “Kamu tak sudikan makan nasi goreng aku ini?” tanya Sofian.
   Kamarul tidak menjawab kata-kata Sofian itu, sebaliknya dia terus bangun menuju ke tempat menjual kuih. Selepas membeli beberapa ketul kuih, Kamarul pun berjalan menuju ke arah Sofian. Belumpun sempat Kamarul hendak duduk, tiba-tiba Sofian bangun dari tempat duduknya dan terus beredar dari kantin itu. Kamarul terkebil-kebil melihat gelagat Sofian itu.
            “Dia marah kepada akukah” kata hati Kamarul.
   Pada suatu hari, Kamarul berjalan pulang bersama-sama Sofian. Ketika dalam perjalanan itu , Sofian berkata kepada kamarul,
            “ Minggu depan cuti sekolah bermula, kamu sudah ada apa-apa rancangankah?”
            “Tak ada,” jawab Kamarul.
            “Kalau begitu saya hendak ajak kamu bercuti ke kampung datuk saya. Saya dan keluarga akan balik ke kampung datuk saya di Perak. Sekarang ini di kampung datuk saya musim buah-buahan, tentu kita dapat makan buah-buahan dengan sepuas-puasnya. Marilah ikut kami,” kata Sofian kepada Kamarul.
            “Awak bersungguh-sungguhkan mengajak saya ni atau ajak-ajak ayamsaja?” tanya Kamarul kepada Sofian.
            “Betul…ini bukan ajak-ajak ayam. Lagipun, ayah saya dengan ayah kamu kawan baik. Tentu ayah kamu akan membenarkan. Malam ni, saya minta ayah saya menelefon ayah kamu,” kata Sofian.
   Pada malam itu , Kamarull memberitahu ayahnya tentang pelawaan Sofian.
            “Sofian tu ajak bertul-betulkah atau ajak-ajak ayam?” tanya ayah Kamil.
            “Entahlah ayah. Tapi jika tengok pada gaya cakapnya itu macam ajak betul-betul,” kata Kamil kepada ayahnya.
            “Kita tunggu, jika Salim ajak betul-betul, ayahnya pasti menelefon ayah malam ni. Kalau ayahnya tidak menelefon ayah, sahlah Sofian tu ajak-ajak ayamsahaja,” kata ayah Kamarul.
   Kamarul menunggu sehingga jam menunjukkan pukul dua belas tengah malam, namun ayah Sofian belum menelefon ayahnya.
            “Ayah rasa salim tu ajak-ajak ayam sahaja Kamarul. Sehingga sekarang ayahnya belum menelefon ayah. Jadi tak payahlah kamu mengharap sangat. Dahlah tu, pergi tidur,” kata ayah Kamarul


Cepat Tangan

Kampung Aman terletak di pingir Bandar Bachok. Kampung itu merupakan sebuah perkampungan nelayan. Kebanyakan penduduk kampung itu bekerja sebagai nelayan. Golongan muda tidak kurang ramai juga yang menghuni kampung itu.
Di Kampung Aman kebelakangan ini sering berlaku kecurian. Hal ini disebabkan ada kalangan penduduk kampung itu yang besikap cepat tangan. Kebiasannya barang yang hilang seperti pukat, pancing dan pelbagai peralatan menagkap ikan yang lain.
Pak Sufian, selaku ketua kampung sudah pening kepala memikirkan aduan daripada penduduk kampung. Akhirnya, Pak Sufian mengambil keputusan untuk  memerangkap si cepat tangan itu. Perancangan telah dibuat bersama-sama beberapa orang penduduk kampung.
Pada suatu malam, lebih kurang jam 1:00 pagi Pak Sufian, Pak Cik Alias, Pak Din dan, Pak Azhar memulakan rancangan mereka. Ketika itu kebanyakan penduduk kampung telah lena dibuai mimpi. Mereka bergerak perlahan-lahan menuju ke kawasan pinggir pantai di mana sering berlaku kecurian.
Setelah agak lama bersembunyi di bawah sepohon anak pokok ru yang rendang, mereka terlihat satu lembaga sedang terbongkok-bongkok di kawasan menyimpan bot-bot nelayan.
Pak Sufian mencadangkan agar mereka berpecah kepada dua kumpulan. Mereka bergerak perlahan-lahan ke arah lembagaa itu. Sekali-sekala mereka meniarap di atas pasir untuk mengelak kehadiran mereka dikesan lembaga itu.

   “ Tangkap, tangkap . Jangan bagi dia lepas lari”. jerit Pak Sufian. Mereka menyerbu ke  arah lembaga itu. Lembaga itu tergaman dan tidak sempat melarikan diri.
“ Eh, kau Man?”. Pak Sufian terkejut apabila mendapati orang yang ditangakap ialah jirannya.
Akhirnya Man jiran Pak Sufian diserahkan kepada pihak polis. Begitulah nasib orang yang cepat tangan.



PENJODOH BILANGAN LAGI .....


gambar kartun lucu 33


DARIPADA BUANG MASA ... lebih baik jawab soalan-soalan ni..



Arahan : Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong.

1.      “Berapakah harga ………. petai ini?” tanya ibu kepada penjual.
A  sebiji                 C  seulas
B  sebuah              D  sepapan


2.      Banyak ………. perca kain yang berwarna-    
       warni dijahit untuk dijadikan alas kaki yang
       menarik.
      A  cebis                 C  bidang
      B  gumpal              D  gulung

3.      Malik membeli sebatang tebu dan memotongnya agar setiap adiknya mendapat ……….
A  sebiji                 C  sehiris
B  seruas                D  seketul

4.      Pak Ahmad mempunyai beberapa ……….
rumah sewa di Kampung Pinang Sebatang.
A  pintu                 C  bidang
B  papan                D  rangkai

5.      Pemuda itu telah menjumpai ………. kunci sewaktu dalam perjalanan ke perhentian bas.
A  sebilah              C  sejambak
B  seutas                D  serumpun

6.      Dia  mengesat dakwat yang tertumpah di    
atas meja itu dengan ……… kain.
A  sebidang                       C  sepasang
B  secebis              D  selembar    

7.      Beberapa ……… mutiara digunakan pada kalung emas itu untuk mencantikkannya.
A  ulas                   C  butir
B  keping               D  potong

8.      Abang memasukkan ………. filem ke dalam kameranya.
A  segulung                       C  sekajang
B  segelung                       D  sebuah

9.      Untuk memasak gulai itu, kita perlu memasukkan ………. asam gelugur dan beberapa ………. bawang merah.
A  sepotong …..  biji
B  sehiris     …..  ulas
C  seketul    …..  biji
D  sekeping …..  ulas

10.  Setiap kali ayah pulang dari kampung, dia akan memuatkan keretanya dengan beberapa ……… rambutan serta beberapa ………. kelapa.
A  tangkai …..  sikat
B  ikat       …..  tandan
C  ikat       …..  sisir
D  tangkai  …..  sisir

11.  Ah Seng menggunakan tiga ………. kayu dan beberapa ………. daun kering untuk menghidupkan api.
A  puntung  …..  helai
B  ranting    …..  carik
C  rumpun   …..  lembar
D  bilah       …..  cebis

12.  Beberapa ………. jalan raya dan dua ………. kedai ditenggelami air akibat hujan lebat.
A  jalur     …..  pintu
B  kaki      …..  baris
C  batang  …..  deret
D  baris     …..  buah

13.  Sebelum beredar dari rumah nenek, emak sempat menjamah ……… pulut dan memakan ………. sirih.
A  seketul   …..  sekeping
B  segenggam  …..   sehelai
C  sepotong   …..  selembar
D  secubit   …..  sekapur

14.  Tiap-tiap orang yang menyertai aktiviti gotong-royong itu membawa ……… penggali dan beberapa ……… dawai seorang.
A  sebatang  …..  gulung
B  sebuah   …..  gelung
C  sekerat   …..  lembar
D  sebilah  …..  utas

15.  Emak menanam beberapa ……… sayur dan tiga ……… serai di belakang rumah untuk menjimatkan perbelanjaannya.
A  baris    …..  pucuk
B  deret    …..  kelompok
C  batas    …..  rumpun
D  ikat      …..  jambak

16.  Dia  menggunakan ……… tanah liat untuk dijadikan pinggan.
A  sekepul             C  setompok
B  segugus             D  segumpal


17.  Hanya ………. penduduk di kawasan itu yang mendapat peluang masuk ke beberapa ……… maktab perguruan.
A  segelintir  …..  buah
B  segolongan  …..  biji
C  sekelompok  …..  deret
D  sekumpulan  …..  baris

18.  Orang tua itu memilih beberapa ……….  Jagung terbaik untuk dijadikan benih yang akan ditanam di ………. tanah terbiar.
A  ulas     …..  sekaki
B  buah    …..  sekumpulan
C  biji      …..  sekeping
D  tongkol   …..  sebidang

19.  Pengawal yang bertugas ini memegang ………. senapang bagi menjaga keselamatan di ………. bangunan tinggi.
A  sebilah  …..  sebiji
B  selaras  …..  sebentuk
C  sebatang  …..  sebaris
D  sepucuk  …..  sebuah

20.  Di atas para-para itu terdapat beberapa ………. pisang dan ………. rambutan.
A  sisir   …..  segugus
B  sikat   …..  sebutir
C  biji     …..  serumpun
D  tandan   …..  sejambak

21.  Pemuda itu membeli ………. surat khabar mingguan di kedai Ali.
A  sekeping                       C  senaskah
B  selembar                       D  sehelai

22.  ………. burung  berterbangan di udara pada waktu pagi untuk mencari makan.
A  Sepasukan
B  Sekawan
C  Serumpun
D  Segerombolan